Saturday, March 28, 2009

Prosedur Pengambilan Pembantu Rumah Warga Asing

1 Rabiulakhir 1430H

Entry kali ini saya akan bercerita mengenai proses yang telah saya lalui untuk mengambil pembantu rumah.
Pembantu yang saya telah ambil adalah seorang warga Indonesia. Saya memilih untuk mengambil agen dari Jakarta dan segala urusan dengan jabatan imigresen di Malaysia saya uruskan sendiri. Saya berurusan dengan agen yang telah biasa kakak saya, Nyah di Ipoh gunakan juga untuk mengambil pembantu untuk menolongnya menguruskan Encik.

Langkah 1:
Hubungi agen di Jakarta, iaitu Ibu Ana dengan SMS sebaik2nya. Beritahu ciri-ciri atau latarbelakang pembantu yang kita inginkan seperti umur, status perkahwinan atau umur anak2 pembantu tersebut jika kita tak mahu yang ada anak kecil dan sebagainya.... (No HP Ibu Ana akan diberi kepada pembaca yang berminat untuk mengambil pembantu sahaja)

Langkah 2:
Buat bayaran kepada Ibu Ana mengikut jumlah yang ditetapkan melalui perkhidmatan Western Union....(Bayaran akan berubah dari masa ke semasa, jadi saya tidak perlu beritahu disini)

Langkah 3:
Tunggu kiriman biodata pembantu yang disediakan. Ibu Ana akan kirimkan melalui e-mail atau pos laju.

Langkah 4:
Daripada biodata yang telah dihantar, jika kita setuju beritahu Ibu Ana. Ibu Ana akan sediakan laporan perubatan dan salinan pasport pembantu tersebut dan kirimkan melalui pos.

Langkah 5:
Sediakan borang2 yang telah ditetapkan oleh Jabatan Imigresen untuk membolehkan pemprosesan pengambilan pembantu rumah dilakukan. Boleh layari http://www.imi.gov.my/ untuk mencetak borang.

Langkah 6:
Kirimkan melalui e-mail atau secara pos salah satu borang tersebut iaitu
borang "Contract Of Employment' di mana memerlukan pembantu yang dipilih dan seorang saksi menandatangani borang tersebut. Beritahu Ibu Ana supaya kirimkannya bersama2 dengan dokumen di 'Langkah 4'.

Langkah 7:
Sediakan dokumen berikut, untuk kita suami isteri:-
a) Gambar berukuran pasport
b) 3 bulan slip
c) Surat Pengesahan Jawatan dari ketua jabatan
d) Borang EA
e) Penyata KWSP
f) Salinan I/C
g) Salinan surat lahir anak2

Langkah 8:
Bila laporan perubatan dan salinan pasport pembantu telah sampai kepada kita, bolehlah lengkapkan borang2 yang perlu dihantar ke imigresen untuk diproses.

Langkah 9:
Bawa borang "contract of employment' sebanyak 3 salinan untuk dimatikan setem di jabatan hasil. Jabatan Hasil yang telah saya pergi ialah di Plaza Perangsang Shah Alam.

Langkah 10:
Bawa semua borang2 yang telah lengkap ke Jabatan Imigresen. Pegawai yang bertugas akan mempastikan semua borang lengkap beserta dengan dokumen sokongan. Jika semuanya lengkap, jangka masa untuk memproses ialah selama 3 hari.

Langkah 11:
Selepas 3 hari atau hari yang ditetapkan oleh pegawai imigresen, datang semula ke Jabatan Imigresen dan boleh ambil 'calling visa' beserta bayaran.

Langkah 12:
Poskan 'calling visa', resit bayaran serta surat kepada kedutaan Indonesia (yang disediakan oleh Jabatan Imigresen) kepada Ibu Ana dan simpan salinan nya.

Langkah 13:
Tunggu dalam masa lebih kurang 3 minggu untuk proses kemasukan pembantu rumah ke Malaysia. Ibu Ana akan menguruskan kedatangannya dibantu oleh agennya di Johor Baharu. Ini kerana pembantu akan naik kapal terbang dari Jakarta dan turun di Batam. Dari Batam mereka akan naik feri ke Stulang Laut, JB. Dari JB akan naik bas ke KL.

Langkah 14:
Apabila pembantu sudah sampai, sediakan borang untuk laporan perubatan di Malaysia yang boleh didapati dengan melayari http://www.fomema.com.my/. Lengkapkan borang tersebut dan hantar ke FOMEMA beserta bayaran.

Langkah 15:
Bawa pembantu untuk menjalani ujian perubatan serta X-ray di klinik yg berdaftar dengan FOMEMA. Boleh pilih mana2 klinik yang berdaftar yang anda hendak pergi.

Langkah 16:
Tunggu keputusan laporan perubatan dalam jangka masa lebih kurang seminggu. Boleh layari website FOMEMA untuk mengetahui keputusan dengan merujuk kepada no pendaftaran pembantu anda.

Langkah 17:
Jika pembantu tiada sebarang masalah kesihatan, dan lapuran kesihatan telah sedia; pergi semula ke imigresen dan bawa pasport untuk pengesahan permit bekerja bagi pembantu selama setahun.

Note: Jika menggunakan khidmat pembantu yang sama untuk jangka masa lebih dari 3 tahun; tahun pertama hingga tahun ketiga memerlukan mereka menjalani pemeriksaan kesihatan. Untuk tahun keempat dan seterusnya tidak perlu.


Peringatan*****
Prosedur ini adalah dari pengalaman yang telah saya lalui sendiri. Mungkin ada beberapa item yang tidak saya 'detail' kan. Keseluruhan proses yang tersebut di atas mengambil masa antara 2 ke 3 bulan. Kelancaran pengambilan pembantu rumah mungkin akan berlainan dari seorang ke seorang yang lain.

4 comments:

Nasibah said...

salam ziarah.

saya ingin bertanya tentang ibu ana.

adakah ibu ana yang saudara maksudkan ialah org yg memegang no telefon ini - +6281383213849

lagi satu, saya ingin tahu...bagaimana urusan dengn beliau jika maid yg dihantarnya bermasalah dengn FOMEMA? Adakah beliau sedia menggantikannya segera?

terima kasih
ummuaeyman@yahoo.com

baitulrahmah said...

salam.


saya ingin memaklumkan kepada sesiapa lagi yang berminat untuk berurusan dengan beliau...berhati-hati.

saya mungkin 'mangsa' mendapat maid daripada beliau tetapi disahkan Hepatitis dan perlu diganti. setelah hampir 4 bulan, beliau masih beralasan untuk mmeberikan pengganti. dan sampai sekarang saya masih belum diberikan pengganti seperti diharapkan.

Mai said...

Assalamualaium kpd Nasibah....
Minta maaf kerana saya baru terperasan ada comment dari anda...mmg betul no yg anda beri tu...ada masalah ke dgn Ibu Ana ni..

Amirluddin said...

Dear all,
Ada tak sesiapa dpt contact ibu Ana lately coz my current maid now is under Ibu Ana.Br ni i arrange utk ambik maid from Ibu Ana for my anak saudara, biasanya I sms dia akan reply tp ni dah nak dekat 4 mths still x ada any progress & bila I asyik call/sms dia lately terus senyap.Duit pendahuluan sudah diberikan.

 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates