Thursday, September 4, 2008

4 Ramadhan 1429H

4 Ramadhan 1429H

Hari keempat masih lagi si abg dengan kerenahnya yang mengacah2 nak berbuka puasa sebelum waktu. Beberapa kali hampir2 terbabas air kat mulut. Penat memujuk dia supaya terus menahan diri untuk berpuasa. Berkat kesabaran saya yang dah ke tahap maksima, kadang2 kena jugak tempik macam Mak Som dalam cerita Putera Shazlan di Astro Ceria tu....mana idaknya dah janji nak terus puasa kalau saya buatkan apa yang dia mintak, lepas tu masih lagi sebok2 buka petiais dan cuba nak minum air vitagennya. Saya memang tak penyabar pun orangnya...tapi di bulan yg mulia ni bawak2 juga la bersabar.....

Jom cerita tentang penganan berbuka pula. Semenjak berumahtangga, Mr. Hubby dan saya bila datangnya ramadhan kami jarang berbuka dengan nasi. Selalunya mesti makan sesuatu selain dari nasi. Kecuali kalau balik kampung atau pergi ke PARAM, kadang2 teringin pula nak makan nasi dagang atau nasi kerabu. Hanya bila bersahur baru kami menjamah hidangan nasi.

Jadi kali ini saya cuba bega2 resepi yang pernah dilihat tapi jarang dicuba. Resepi ini sesuai jika ada lebihan lauk semalam seperti daging atau ayam yang masih elok utk dimakan. Maklumla bulan puasa ni semua teringin nak makan...sudahnya berlebihan. Ia juga saya kira baik untuk yang mementingkan kesihatan kerana tiada penggunaan minyak yang berlebihan juga banyak sayuran digunakan. Resepi ini saya beri nama:

Tortilla Roll with Chicken Fingger

Bahan2
Tortilla bread
Sengkuang di parut kasar
Carrot di parut kasar
beberapa biji tomato ceri
mayonis, cili sos, krim mustard dan apa2 sos yang diingini

Bahan Utk Chicken Fingger (Hidangan utk 4 orang)

3 ketul ayam dibuang tulang dan diblender(utk ayam lebihan gulai semalam lebih elok dibasuh supaya rasanya tidak bercampur dengan adunan bahan yang hendak digunakan utk resepi ini; jika menggunakan ayam yg belum dimasak rebus ayam terlebih dahulu)
1 biji tomato ranum sederhana besar
1 biji telur

Kesemua bahan diatas diblender sebentar

2 sudu besar minyak jagung atau Extra Virgin Olive Oil (EVOO)
sejemput daun parsley atau daun sup yang telah dicincang
1 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh garam (boleh tambah jika kurang masin)

6 keping biskut tawar (Hwa Tai)
oat secukupnya
sedikit minyak untuk menglengser acuan

Campur bahan diatas dengan campuran ayam yang telah diblender dan digaul dengan tangan. Bila sebati masukkan biskut satu persatu sambil dihancurkan menggunakan tangan agar tidak terlalu halus. Gaul hingga adunan boleh dibuat bentuk, ambik agak2 segenggam dan golekkan hingga membentuk seperti sosej.





Golekkan kedalam oat hingga oat menyaluti chicken fingger tersebut. Letakkan dalam acuan yg dilengser dan bakar didalam oven bersuhu 180 degree C selama 20 ke 30 minit.






Apabila chicken fingger masak elok, letakkan keatas roti tortilla yang dipotong separuh bulat dan di sapu dengan mayonis dan cili sos atau sos pilihan masing2.



Susun chicken fingger secara selari dengan diameter tortilla separuh bulatan tersebut dan letakkan juga sengkuang dan carrot yang diparut juga tomato ceri.



Boleh juga taburkan parutan cheese jika suka. Gulungkan menjadi bentuk kon.





Siap untuk dimakan!





"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”

0 comments:

 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates