Dalam pada teringatkan arwah Etak, juadah berbuka harus juga saya sediakan untuk kami sekeluarga. Hari ini saya memilih resepi ala kebaratan...tentu Etak tak pernah menjamah hidangan seperti ini......aahhh...teringatkan Etak lagi....
Resepi ini sebenarnya saya dapat semasa menonton show hosted by Racheal Ray. Ada di NTV9 setiap isnin hingga jumaat pukul 11 pagi. Mulanya saya nak check diinternet resepi sebenar, tp connection bermasalah pula, jadi saya masaklah mengikut apa yg saya ingat....
Meat Loaf
Bahan2
1 pek daging cincang Ramli Burger
1 ulas bawang besar diracik3 ulas bawang putih diracik
1 biji cili merah diracik1 genggam parutan keju
6-8 ketul biskut lutut dipotong kiubsejemput daun sup dihiris halus
1 sudu teh garam1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk oreganosebiiji telur
Cara
Gaul rata semua bahan menggunakan tangan. Bentukkan seperti loaf dan bakar dalam loyang yang dilapik aluminium foil pada suhu 220 degree C selama 40 minit atau sehingga masak. Pabila masak potong melintang seperti memotong sebuku roti.PASTA SALAD
Bahan21/2 paket pasta curl direbus hingga empuk
Tomato ceri
Bhn ATomato ceri
Cili sos maggi bawang putih
2 biji bawang putih diracik halus
1 biji bawang besar dimayang
3 sudu besar mayonis
1/2 sudu teh garam
1 batang carrot dipotong dadu
1/2 biji sengkuang sederhana besar dipotong dadu
6 tangkai asparagus
Cara
Campurkan semua bahan A kedalam mangkuk dan gaul dgn pasta yg telah direbus. Masukkan tomato ceri. Masukkan bahan B yang telah direbus hingga empuk. Gaul rata kesemuanya. Hidangkan bersama meat loaf.
campurkan semua bahan
gaul rata
bentukkan seperti sebuku roti
letakkan dalam loyang yg dilapik aluminium foil dan bakar
potong slices seperti roti
pasta salad with meat loaf
"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”
0 comments:
Post a Comment