Bila berkumpul adik-beradik, teringat kenangan semasa Encik masih sihat dulu2 di kampung. Bercerita tentang masakan yang biasa disediakan oleh Encik dan arwah Opah, membuatkan kami (terutamanya saya sendiri) teringin untuk merasai dan memasak makanan2 yang biasa kami santapi bersama dahulu. Memang menjadi masalah bagi saya untuk menyediakan kuih2 melayu seperti limas, jongkong dan seri muka yang biasa arwah Opah sediakan. Almaklumlah, semasa itu saya masih lagi dibangku sekolah rendah, bila naik sekolah menengah saya jarang ada dirumah kerana sedari tingkatan satu lagi sudah duduk di asrama. Semasa di sekolah rendah, kehadiran saya di dapur diaanggap sesuatu yang merimaskan bagi Opah. Masa tu pun tak berapa nak minat bab masak2 ni, tak pernah pulak terlintas nak menyalin resepinya. Baru Memang tiada sukatan yang tepat semuanya main agak2 saja. Antara kakak2 saya rasanya Eteh lah yang paling terror bab agak2 ni, bila Tanya sukatan mesti dia cakap...alah..celup je jari dalam bancuhan tepung tu tengok ada lekat sikit2 ok la tu....iissyyy...payah tul la...tu yang sampai hari ini saya masih belum Berjaya nak posting cerita pasal ‘limas opah’ dalam blog ni sebab masih tengah dok buat trial lagi adunan limas nye....
Hari ini mintak Eteh masakkan nasi yang saya panggil nasi kelabu. Nama sebenarnya nasi lemuni. Nasi dimasak dengan menggunakan sejenis tumbuhan herba diberi nama daun lemuni. Dulu masa di kampong ada seorang mak saudara yang rajin memasak dan membekalkan kami dengan nasi ini.
Info yang saya dapat dari satu website berkenaan daun lemuni ini adalah seperti berikut:
Nama Tempatan: Lemuni
Nama Saintifik: Vitex Trifolia var Negundo
Nama Lain: Dangla, lagundi,lipuk, tigau,three leaves chaste tree,Indian Privet, Indian wild-pepper
Famili: Lamiaceae/Verbenaceae
Lokasi dijumpai:
Asal:
keterangan:
Lemuni ialah tumbuhan dari jenis renek yang boleh mencapai ketinggian 1 hingga 4 meter.Satu tanggai daun memegang 3 daunnya,dengannya daunnya berkilat dibahagian atas.Menurut kajian, daunnya juga mempunyai minyak pati dan resin.
kegunaan:
Akarnya boleh direbus dan diminum bagi perempuan lepas bersalin.Ia juga boleh digunakan untuk merawat luka terbakar dengan cara memanaskan daunnya didalam periuk yang panas tanpa dicampur air. daun yang panas ini kemudiannya ditekapkan pada luka tadi.Lakukannya dua hingga 3 kali sehari.Daunnya juga boleh digunakan untuk merawat penyakit beri beri, rheumatik dan cirit birit dan juga boleh digunakan sebagai antiseptik.Dimalaysia daunnya yang telah ditumbuk bersama bawang butih, lada hitam, kunyit dan nasi, kemudian digentel kecil-kecil digunakan selalunya untuk merawat sakit kepala, mata berair dan juga untuk menggalakkan pertumbuhan janggut.Ia juga digunakan untuk merawat kanser payudara.selain itu daunnya boleh juga dijadikan bantal untuk mengubat sakit kepala selain daunnya juga dijadikan ulam dan bahan campuran ketika memasak nasi.Daunnya juga dapat membunuh jentik-jentik dan boleh digunakan sebagai ubat nyamuk (nyamuk aedes).untuk keterangan lanjut sila ke: http://www.herbmed.org/Herbs/Herb135.htm#Category25Herb135
RESEPI NASI LEMUNI
Bahan2
2 pot beras dibasuh bersih
Segenggam daun lemuni dibuang tangkai dan diblender - campurkan air yg secukupnya untuk menanak 2 pot beras
2 sudu besar santan pekat
1 ulas bawang besar diracik
3 ulas bawang putih diracik
Cara
Campurkan semua bahan diatas dan tanaklah nasi seperti biasa.
Lauknya padan dgn gulai kari ikan atau sambal tumis.





"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”
0 comments:
Post a Comment