Monday, September 1, 2008

2 Ramadhan 1429H

Hari ini hari kedua berpuasa, si abang balik dari sekolah nampak steady lagi. Elok je landing depan tv, dia mintak nak minum. Saya pun cuba la memujuk nya dengan mengingatkan nya bagaimana semalam dia berjaya berpuasa, tentang upah yang saya janjikan dan macam2 lagi lah. Si kakak yang tak puasa pun cuba menolong. Dah lah babahnya tak ada dirumah, jadi terpaksala saya bertungkus-lumus cuba mengalihkan perhatian nya daripada ingatkan tentang nak berbuka sebelum waktunya. Siap ajak duduk dalam bilik, pasang air-cond nak suruh dia tidur. Yang herannya dia kata dia tak ngantuk pun...saya yang terlelap beberapa kali....Tapi pantang keluar bilik je mulala dia mintak nak minum air.

Cabaran juga bagi saya yang berpuasa ni.....


Ya Allah kau kuatkan lah semangat anakku untuk berpuasa.....


Dari pukul 2 saya pujuk2 dia hinggalah akhirnya waktu berbuka...alhamdulillah selamat juga akhirnya puasa si abang untuk hari kedua ini.....


Juadah berbuka hari ini, saya plan nak masak bihun goreng tom yam. Resepi saya dapat daripada show chef wan di afc. Sebab masa tengok show tu saya tak menyalin pun resepinya, jadi bahan2nya agak2 saja lah...Tapi rasanya 90% betul la bahan2nya.....

Resepi 1

Bihun Goreng Tom Yam
sumber: Chef Wan

Bahan2

4 keping tauhu - di goreng dan di potong
2 ulas bawang besar - diracik halus
6 ulas bawang kecil - diracik halus
3 sudu besar minyak utk menumis
4 keping daging ayam - dibuang kulit dan tulang
10 ekor udang sederhana besar - dibuang kepala dan ekor
2 sudu besar cili boh
2 kiub tom yam (chef wan gunakan pes tom yam)
2 sudu besar oyster sos
1/2 bungkus bihun - direndam hingga lembut dan ditoskan
garam secukup rasa
secekak kuchai - dipotong sepanjang 1inci
segenggam taugeh
beberapa helai daun limau purut diracik halus
Limau nipis - ambil perahannya
Sedikit bawang goreng - utk hiasan

Cara

Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Masukkan bawang dan tumis hingga naik bau dan sedikit garing. Masukkan daging ayam dan udang kacau hingga agak masak. Masukkan cili boh dan oyster sos dan di gaul rata. Masukkan kiub tom yam, pastikan kiub hancur dan gaul rata lagi. Masukkan bihun dan kacau hingga bahan tumisan tadi digaul rata dengan bihun. Tambah garam secukup rasa. Masukkan kuchai, taugeh, daun limau purut dau tauhu. Kacau sebentar dan tutup api. Masukkan kedalam pinggan besar hidangan kemudian perahkan limau nipis dan taburkan bawang goreng sebagai hiasan.




Resepi 2

Samosa Sweet Potato


Bahan2


Kulit popiah ready made sekucupnya


Bahan untuk melekatkan kulit popiah


1 sudu besar tepung gandum

1/2 sudu besar tepung jagung

sedikit air


Bancuh tepung dengan air yg dimasukkan sedikit2 hingga tepung pekat


Bahan inti


2 sudu besar minyak untuk menumis

2 ulas bawang besar - dimayang halus

4 ulas bawang putih - dimayang halus

sedikit daging cincang

2 sudu besar serbuk kari - bancuh dengan sedikit air dijadikan pes

sebiji keledek sederhana besar - di potong dadu

2 sudu teh garam atau secukup rasa

beberapa helai daun kari


Cara

Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Bila minyak agak panas masukkan bawang dan tumis hingga wangi. Masukkan daging cincang dan kacau hingga agak masak. Masukkan pes kari dan kacau hingga garing dan masukkan sedikit air untuk mengelakkannya menjadi hangit. Masukkan keledek dan gaul rata. Masukkan lagi air hingga agak sama paras dengan keledek. Masukkan garam. Kacau sekali sekala hingga air kering dan keledek empuk.


Setelah inti masak dan agak sejuk, letak inti keatas kulit popiah dan lipat lah sesuka hati. Gamkan bahagian kulit yang hujung supaya inti tidak keluar semasa menggoreng dengan adunan tepung. Gerong hingga kekuningan. Siap!







Untuk sahur pula, lauk yang disedian ialah sambal ikan bilis petai. Walaupun bau nya memang 'kuat' tapi petai banyak khasiatnya. Saya akan ceritakan khasiat petai dalam entry yang akan datang.....





"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”

0 comments:

 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates