Tuesday, September 9, 2008

8 Ramadhan

Di minggu baru ini, barang basah dah kekurangan sebab weekend baru ni tak pergi shopping sebab sebok dengan projek cc. Kalau nak pergi shopping barang dapur biasa pergi dgn Mr. Huby sebab nak ngangkut kanak2 di rumah ni, tak terlarat nak cari barang lagi nak layan kerenah diorang lagi...jadi menu berbuka hari ini gunakan saja lah apa yang ada dan yang boleh didapati dari kedai kat apartment ni.

Tengok dalam petiais, ayam dan ikan ada lagi. Tapi biasanya berbuka tak makan nasi so, tak de la nak masak ikan tu. Tengok2 ada lagi daging burger beberapa keping. Secara spontan, dapat idea; goreng je lah bihun dengan perencahnya daging burger.

BIHUN GORENG BURGER (Hidangan utk 4 org)

1/3 paket bihun direndam
3 keping daging burger dipotong dadu
sedikit minyak jagung
3 ulas bawang putih diracik halus'
2 ulas bawang besar diracik halus
1 biji cili merah dibuang biji dan diracik halus
1 biji cili hijau dibuang biji dan diracik halus
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1/2 - 1 st garam
1/3 biji kubis bulat dipotong2


Cara
Panaskan kuali non-stick. Masukkan daging burger dan goreng hingga agak garing. Tekan-tekan sedikit supaya minyak daripada dalam daging itu keluar. Buangkan minyak dari daging berger itu. MMasukkan sedikit sahaja minyak jagung. Masukkan bawang putih, bawang merah dan cili, goreng bersama daging burger yang telah sedikit garing tadi. Masukkan sos tomato dan sos tiram. Masukkan garam. Masukkan bihun yang telah direndam dan kubis. Kacau rata hingga bihun dan kobis lembut. Jika agak keras masukkan sedikit air panas. Kacau lagi hingga rata, tutup api dan siap dihidang!



Menu kedua pula ialah:

SARDIN ROLL

Bahan2

1 buku roti gardinea saiz besar yang dikukus seketika
1 tin besar sardin buangkan sosnya didalam tin itu
1 sb minyak jagung
1 ulas bawang besar diracik halus
2 ulas bawang putih diracik halus
2 biji cili merah dibuang biji dan diracik halus
separuh biji perahan limau nipis
sedikit daun sup diracik
1/2 st garam

2 biji telur putih

2 sb tepung gandum*
4 -6 sb air*
* campurkan hingga likat

Minyak untuk menggoreng

Cara
Panaskan kuali dan masukkan minyak jagung. Tumiskan bawang besar, bawang merah dan cili. Setelah bawang keperangan masukkan sardin dan dhancurkan didalam kuali sambil mengacau hingga rata dengan bahan tumisan. Masukkan perahan limau nipis dan garam. Kacau rata dan tutup api.

Sediakan periuk kukus. Setelah air dalam periuk kukus mendidih, masukkan roti sebanyank yang boleh muat didalam periuk kukus. Kukus roti jangan sampai benyek, cukup sekadar ia lembut sahaja. Canai roti hingga nipis. Masukkan inti sardin sebanyak lebih kurang 1 sudu besar. Gulungkan kemas-kemas dan gamkan hujungnya dengan tepung gandum yang bercampur air. Buat hingga habis sebuku roti. Celup roti yg telah digulung didalam putih telur dan goreng didalam minyak yang panas hingga kekuningan setelah itu angkat dan toskan minyak.









"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”

0 comments:

 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates