Tuesday, September 9, 2008

6 Ramadhan 1429H

Hari ini saya agak sibuk kerana nak menyiapkan oderan cc sebanyak 185 bijik daripada kengkawan di ofis lama. Diorang nak buat jualan ke kontraktor. Jadi bermula daripada selepas solat subuh dah bertapa di dapur. Si abang pula tak sekolah kerana hari ini hari sabtu, lagi la penat nak melayan kerenah berpuasanya. Mr. Huby pula pagi2 dah keluar kerana ada kerja yang perlu diselesaikan, tapi tghari boleh siap katanya. Lega sikit kalau tak pening jugak nak melayan si abang dari pagi ke petang dah la saya sibuk nak pulun buat cc, malam esok member dari ofis lama nak ambik dan nak bawa balik ke southern branch office di Yong Peng.

Jadi untuk hari ini, bagitau kat Mr Huby juadah berbuka kena beli di PARAM lah sebab mungkin tak sempat nak sediakan.

Tengahari Mr. Huby balik si abang dok lagi merengek2 nak kata lapar dan nak makan. Mungkin hari ini cuaca agak sejuk dan menjadikan perut nya sangat lapar kot. Mr. Huby pulak dengan baik hatinya bagi la si abang kebenaran untuk berbuka, walaupun saya tak berapa setuju sebab sebelum tu dia dok main melompat dgn si kakak yang tak posa, tu boleh pulak. Jadinya untuk hari ini, posa si abang dah bolos...so tolaklah seringgit duit upah dia berpuasa.

Macamana pun agak2 dah pukul 5.30 ptg, masa Mr. Huby dah nak pergi PARAM cakap kat dia beli kuih saja lah, saya boleh goreng kuew teau. Jam 6.30, cc tinggal 2 tray lagi dok dalam oven; sempat lagi prepare kuew teau sotong express.

KUEW TIAU SOTONG EXPRESS (hidangan untuk 4 orang)

Bahan2

Sebungkus kuew tiau
1 - 2 sudu besar minyak untuk menumis
3 biji bawang putih - diracik halus
segenggam sotong kecil
1 sudu makan cili boh
3 - 4 renjis sos ikan
2 sudu makan tomato sos
2 biji telur ayam
segenggam kuchai dipotong sepanjang 1 1/2 inci
sedikit daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan

Cara
Panaskan kuali dan minyak, tumis bawang putih. Setelah agak kuning masukkan sotong kacau seketika dan masukkan cili boh. Masukkan sos ikan, tomato sos dan telur. Kacau rata seketika. Masukkan kuew tiau - pastikan kuew tiau tidak melekat2 antara satu sama lain. Akhir sekali masukkan kuchai. Kacau higga rata dan tutup api. Hidangkan bersama taburan daun bawang dan bawang goreng.






"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”

0 comments:

 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates