Tuesday, November 25, 2008

Juadah pada 21 Ramadhan 1429H

Tajuk posting kali ni macam agak2 basi la pulak. Tapinya sebab nak jugak posting kan resepi masakan pada hari itu, jadi terpaksa jugak lah publish kan.

Ada banyak kuih tradisi yang menjadi kegemaran saya sebenarnya, antaranya kuih kasui. Walaupun saya tak berapa expert nak buat kuih2 tradisi ni, tapi masa bulan puasa baru ni cari2 kat internet terjumpa resepinya di myresipi.com. Masa bulan puasa tu tak dapat nak buat posting sebab sama la kes nya dengan resepi Kanji Apak tu...gambarnya misplaced. Bila dah buat menjadi elok pulak..suke hati le.....


Bahan-bahan ( 15-20 keping )
125 gm gula merah (1 cawan) masak dengan 2 cawan air hingga hancur dan sejukan.
250 tepung gandum ( 2 cawan 1/2)
40 gm gula pasir (lebih kurang 1/4 cawan)
40 gm tepung sagu (lebih kurang 3/4 cawan)
1 sudu makan air kapur (saya bancuh menggunakan 1/2 sudu teh kapur)
kelapa parut muda digaulkan dengan secubit garam.
sesudu minyak
2 cawan air

Cara-cara

Campurkan tepung gandum, tepung sagu, gula dengan air dan kacau rata.
Tambahkan sesudu air kapur. Ia akan bertukar sedikit kuning.
Masukkan campuran air gula merah. Kacau
Tapiskan adunan dengan penapis kelapa ke dalam bekas lain.
Sapukan loyang dengan minyak. Masukkan adunan ke dalam loyang. Panaskan kukusan. Kukus selama 5-10 minit. Setelah sejuk potong dan golekkan kedalam kelapa parut.




Pada hari yang sama juga saya sediakan butter prawn utk dimakan bersama nasi putih. Resepinya pun diambil dari myresipi.com

Bahan-bahan
udang yang sederhana besar (ikut suka berapa ekor)
butter
1 biji telur diasing putih dan kuning
susu
bawang putih (cincang)
daun kari
cili padi
garam
tepung beras

Cara-cara

1.Gaul udang, garam, tepung beras dan sebiji telur kuning (saya guna putih telur, sebab tak nak membazir putih telur) - biar sebati ~pastu goreng dan toskan~

2.Panaskan kuali, serta masukkan butter. Bila sudah cair, masukkan susu yang telah dicampur dgn sebiji telur kuning.
Bila dah agak pekat masukkn bwg putih, daun kari dan cili padi.
Kacau seketika kemudian letak udang yng sudah di goreng tadi.



Satu lagi masakan yang saya sediakan ialah tom yam. Cara masak tom yam ni, dalam pemerhatian saya ada banyak jenis sebenarnya. Tapi saya suka cara yang diajar oleh kawan baik saya semasa Matrikulasi 2 di USM Penang. Darin Wong, yang sememangnya mempunyai darah kacukan Siam disebelah ibunya dan Sabah disebelah bapanya. Resepi tom yam yang diajar oleh Darin ini tidak berminyak, warnanya putih kemerahan dan mudah untuk disediakan.

Tom Yam Putih Darin

Bahan2
Air secukupnya
3 biji tomato buah yg ranum
2 inci halia
3 batang serai
2 ulas bawang besar di potong bulat
3 biji bawang putih
10 helai daun limau purut
10 biji cili padi dipatah2- boleh tambah jika suka pedas
2 biji limau nipis di ambil air
sos ikan secukup rasa
Sebatang carrot dipotong bulat
1/4 bahagian cauliflower dipotong kecil
2 batang celery dipotong sepanjang 1 1/2 inci
1/2 cawan susu cair
Segenggam sotong
Segenggam udang

Cara
Didihkan air didalam periuk secukupnya. Masukkan tomato buah sebiji2 dan apabila telah lembut keluarkan ia dan dilenyek2kan. Masukkan semula kedlam air rebusan. Tujuannya ialah untuk mendapatkan warna kuah yang kemerahan. Masukkan halia dan serai yang telah diketuk serta bawang2an. Masukkan juga daun limau purut, cili padi, air perahan limau nipis serta sos ikan. Rasa dulu kuah tom yam, tambah apa yang perlu jika hendak lebih pedas tambah cili atau jika kurang masin tambahkan sos ikan. Apabila rasanya sudah ngam dengan citarasa masing2, barulah sayur carrot, cauliflower dan celery. Bila hampir empuk masukkan pula sotong diikuti dengan udang. Akhir sekali masukkan susu cair. Renihkan sebentar hingga udang dan sotong masak elok, tetapi tidak over cooked.

Nota:
Tujuan udang dan sotong dimasukkan kemudian adalah untuk mengekalkan kesegarannya.

Gambar tom yam ni nampak tidak menarik sebab tom yam nya dah nak abes baru teringat nak ambik gambo....hua..hua..

Dah lama tak jumpa Darin. Last sekali Darin datang rumah semasa si abang umur tak sampai setahun. Masa tu Darin baru start keje as a doctor at Hospital Kedah. Harap2 Darin teringat nak contact saya...boleh tunjuk posting ni kat dia dan bercerita tentang kisah masing2...mesti menarik punyeerrr.....

"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”

0 comments:

 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates