Monday, November 24, 2008

Cerita Ayahanda Ku

'APAK'..itulah nama panggilan arwah ayah saya yang kami adik-beradik gunakan. Dulu2 di kampung semasa kecil saya rasa macam tak best betul nama panggilan tu, kerana sepupu2 saya memanggil ayah mereka dengan gelaran 'ABAH'. 'ABAH'...bunyi macam best jee...Sepupu2 yang rapat hanyalah anak2 kepada kedua2 orang adik Encik. Adik2 Encik seorang lelaki (arwah Ayah Ngah) dan seorang perempuan(Kecik) masing2 masa tu tinggal di KL dan JB. Masa kecil2 dulu dan apabila cuti sekolah, mereka akan datang berkunjung sementelah ibu mereka iaitu arwah Opah tinggal bersama keluarga saya.
Jarak umur saya dan sepupu2 saya iaitu anak2 Ayah Ngah serta anak bongsu Kecik tidak jauh berbeza, menjadikan kami seakan2 boleh geng lah bila mereka datang. Walaupun kesemua mereka adalah budak2 lelaki. Bila tak tahan dengan perangai lasak mereka, saya pun tak lah berkawan dengan mereka. Kebanyakan masa saya keseorangan, dan bila mendengar mereka memanggil ayah mereka 'ABAH' ketika itu jugalah saya akan berfikir...oo..deme duduk di KL memang le panggil 'ABAH'....
Jarak umur antara saya dan kak tun yang hampir 11 tahun juga menjadikan saya rasa agak terpisah dengan adik beradik sendiri. Dan masa itu, segala apa yang bermain dibenak saya jarang saya luahkan kepada sesiapa. Sekarang je, bila dah lebih dewasa dan ada keluarga, rasanya barulah saya lebih rapat dengan kakak2 saya kerana ada banyak perkara yang boleh di share bersama.

Banyak kisah Apak yang sebenar2nya saya tak berapa tahu. Terutama pekerjaan Apak. Setiap kali nak isi borang nak masuk sekolah sains juga nak masuk matrikulasi, dibahagian 'Pekerjaan Bapa'; saya kena tulis 'Bekerja Sendiri' dan itu lah yang Apak bagitahu. Tak lah macam2 kawan2 saya boleh tulis samada 'Guru' atau 'Petani' atau 'Polis' atau lain2. Semasa kecil, rasanya itu saja lah pekerjaan yang boleh difahami. Yang pasti Apak aktif dalam politik sekitar tahun 60-an hingga 70-an. Juga pernah menjadi ADUN. Saya juga pernah melihat gambar2 Apak semasa dia berada di Hong Kong, China dan beberapa negara lain yang saya pun dah tak ingat. Tak pasti juga lah apa yang dibuatnya di sana.

Dari cerita2 Apak, yang saya ingat dia pernah memberi instruction untuk kapal terbang mendarat dengan jayanya, mungkin semasa cuaca buruk lah agaknya. Cerita lanjut bagaimana dia pulak yang boleh berada di menara kawalan tu serta dimana tak pulak saya ketahuan, sebab semasa kecil saya bukanlah jenis kanak2 yang suka bertanya banyak2. Tak seperti anak2 saya sendiri, yang banyak sangat tanya sampai kan tak de idea nak jawab. Dia juga pernah menjadi bos kepada pemandu2 teksi di Parit. Perak. Tapi yang paling saya ingat ialah Apak mengusahakan kebun pisang di londang tidak jauh di belakang rumah kami di kampung dulu. Apa yang membanggakan saya ialah Apak speaking English boleh tahan. Pernah ada sekali tu semasa di sekolah rendah cikgu suruh saya buat karangan English, saya suruh Apak yang buatkan.....ahaks...

Semasa bulan puasa pula, setiap hari Apak akan berbuka dengan 'kanji' dan 'kerabu'. Sampaikan kadang2 Encik kata 'muak aku hari2 masak kanji ni...'

Bulan puasa baru ni, saya ada juga cuba memasak makanan kegemaran Apak. Puasa baru ni tak sempat nak posting resepinya sebab gambar nya tak tahu letak kat mana, ni baru jumpa. Rupanya tersorok kat phone memory.
Resepinya seperti ini:

Kanji

Bahan2
1 pot beras di basuh bersih
1 ulas bawang putih dimayang
2 ulas bawang merah dimayang
1 sudu kecil halba
1 cawan santan cair
sedikit garam

Cara
Masukkan beras dan bawang kedalam periuk dan masaklah dengan air yang banyak. Apabila telah mendidih dan nasi sudah agak lembik seperti bubur, masukkan halba dan santan. Renihkan seketika hingga santan dan nasi bercampur elok dan perasakan dengan garam. Setelah santan/air agak kering tutup api.

Kerabu
Bahan2

Segenggam pucuk paku
Segenggam pucuk gajus
Segenggam pegaga

Cara
Celur seketika semua bahan dan dihiris halus

Bahan sambal
Ikan masin digoreng, udang kepal/kering, ikan bilis, bawang merah, halia, cili hidup, kerisik, air asam limau. Semua bahan di tumbuk halus.

Campurkan semua ulam dengan bahan sambal.











"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”

0 comments:

 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates