Friday, December 2, 2011

Tahun Baru 1433H

6 Muharram 1433H

Alhamdulillah Alah masih memberi nafas untuk meneruskan kehidupan di tahun Hijriah yang ke 1433. Semakin umur bertambah maka semakin hampir juga menemui saat kehidupan di alam yang lain. Hanya pinta ku agar Allah memberi kesihatan dan rezeki yang cukup untuk melihat anak-anak membesar dengan sempurna dan dapat berdikari sebelum diri di jemput Allah.

Walau bila jua tiba masa, hanya Allah yang tahu dan setiap ketentuan nya pasti yang terbaik untuk kita. Bekalan yang tidak kurang mesti dikumpul agar hidup disana tidak dalam kesusahan.

Masih terngiang bacaan talkin sewaktu Encik dikebumikan. Walaupun nama Encik yang disebut dalam bacaan itu, namun yang pasti ianya adalah peringatan untuk kita yang masih tinggal. Pasti meremang bulu roma saat melihat Encik diturunkan ke liang lahat, terbayang jika diri sendiri yang berada disitu.....oh...masanya pasti tiba jua....

Bila membaca email berkenaan seorang 'pemuda' yang akan menemankan kita didalam kubur, hati jadi semangat utk istiqamah membaca al quran kerana ia lah 'pemuda' yang akan menemankan kita nanti.

Surah Al Rahman
menjadi pilihan untuk saya hafal pada tahun yang baru ini. Semoga Allah beri kekuatan dan ketajaman fikiran untuk menghafal surah ini. Insyallah...

Saturday, May 14, 2011

Emosi dan Realiti

15 May 2011.

Dalam entri yang lepas emosi ku agak berlebihan. Adakah kebetulan atau sememangnya ini yang akan berlaku. Hingga ke saat ini, sudah 10 hari berlalu selepas maid ku melarikan diri setelah 6 bulan berkhidmat kepada keluargaku. Cerita penuh di
http://www.facebook.com/#!/note.php?note_id=10150297893087524

Demi Allah, aku tak pernah menyangka apa yang pernah berlaku kepada kawan2 dan keluarga terdekat akan juga berlaku jua kepada ku. Dan yang paling ku kesal, aku anggap maid yang kedua ini lebih baik dari yg pertama.

Walaupun setelah beberapa insiden berlaku membawa aku menulis dalam entri yg lepas, namun aku tidak sampai mengsyaki yang dia akan melarikan diri tanpa dokumen.

Bila makin difikir, memang makin membara rasa marahku. Betul juga kata Mr. Huby, lupakan saja apa yang berlaku dan kalau perlu maafkan saja, agar tenang fikiran. Juga kata2 ustaz yang ku dengar di radio IKIM, cerita yang lebih kurang begini:

Ada seorang wanita, dizaman sahabat jika tak silap; mempunyai tanah bersebelahan dengan tanah seorang lelaki yang warak. Setiap kali wanita ini akan mengalihkan batu tanda sempadan tanah mereka. Hingga akhirnya luas tanah wanita ini menjadi semakin besar berbanding tanah lelaki tersebut. Lelaki ini walaupun haknya telah diambil, tetapi dia tidak pernah bermusuh dengan perempuan tersebut, kerana padanya harta adalah kepunyaan Allah jua. Hingga suatu ketika, lelaki ini sakit dan hampir hendak meninggal dunia, dia pun berdoa untuk perempuan tersebut agar Allah berikan lagi harta yang berlipat ganda, umur yang panjang dan agar wanita itu mati ditanahnya sendiri. Setelah lelaki tersebut meninggal, wanita ini semakin kaya dan panjang umurnya walaupun sudah tua kerepot tapi masih hidup. Pada suatu hari, wanita tua ini berjalan ditanahnya yang dipenuhi ladang jagung. Tiba2 semasa dia berjalan ia tidak nampak akan perigi buta diantara pokok jagungnya. Lalu ia terjatuh kedalam perigi buta tersebut. Tiada siapa yang sedar akan musibah yang menimpanya. Setelah lama, maka matilah wanita tua itu. Dengan itu termakbullah doa lelaki yang telah dianiaya pada mulanya itu.

Jadi moral of the story, adalah lebih baik aku melupakan apa yang telah dilakukan oleh maid ku yang lari itu. Mungkin juga aku boleh doakan dia agar diberi peluang oleh Allah untuk sedar akan kesalahan nya.

Semoga Allah memberiku kekuatan untuk melupakan kejadian tersebut. Insyallah.....

Sunday, February 6, 2011

Emosi Terlebih

7 February 2011

Tiada ucapan tahun baru, tiada pembuka kata. Namun tiba-tiba hati terlintas untuk menulis sesuatu di blog yg semakin bersawang dan berdaki ini. Entah kenapa emosi ku terasa sungguh lain dari malam semalam. Hati ku terasa kecut, perut terasa menggelodak, nafas seakan semput, kepala terasa pusing dan berat, mata ingin sentiasa terlelap. Jiwa ku agak kacau. Kanapa ya???

Ada masalah yang meruntun jiwa? Tidak juga. Mungkin ada sedikit, masalah bisnes yang agak slow ketika ini serta beberapa masalah bisnes yg rasanya masih terkawal. Juga maid ku yg menuntut agar dibayar gaji separuh, walaupun ikut perjanjian nya dengan agen, gajinya dipotong untuk empat bulan yang pertama. Tapi atas dasar kemanusian aku, bersetuju memberinya separuh dari potongan tersebut...

Keluarga ku ok. Suami tersayang sentiasa ada disisi ketika susah dan senang. Anak-anak juga agak mendegar kata w/pun kadangkala degil juga...Kewangan ditahap yg ok juga. Namun harus berdikit untuk menempuhi hari-hari mendatang sebelumnya cukup bulan....

Tah kenapa jiwa ku sepi, hidung terasa sebu...

Adakah hari ini Monday blues terutama sudah bercuti seminggu dek public holiday yg bersambung-sambung ditambah dgn cuti yg terpaksa diambil disuruh oleh company?

Atau adakah cycle 'datang bulan' akan menjelma. W/pun selama ini aku jarang diserang moody ketika hampir waktu itu, selalunya hanya mendengar cerita rakan-rakan sahaja yg memang ketara moody bila waktu hendak period.

Oh ya...mungkin doa Nabi Musa dapat menjadi penawar....

“Rabbi inni lima anzalta ilaiya min khairin faqir” (”Wahai Tuhanku, Sesungguhnya aku ini kepada apa sahaja kebaikan yang Engkau turunkan amatlah fakir”)

dan tulisan di blog Dr Asri selalu menjadi ulangan utk dibaca jika hati dirundung resah....http://drmaza.com/home/?p=967
 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates