Namun oleh kerana ada bahan2 yang tak ada, so macam biasalah saya membega resepi mengikut citarasa dan bahan2 yang available.
Resepi asal
Mee Bandung Muar (resepi asli Muar)
Bahan-bahan:
1 kg mee kuning [saya guna kuew tiow]
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan) [saya guna 5 biji sbb bebudak tak makan pedas]
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis) [saya guna mince meat buat bulat2 dan rebus]
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ - 1 cawan gula pasir [saya guna 2 sudu besar shj]
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)
NOTE: Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.
Cara memasak:
1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
4. Masukkan sos tiram
5. Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada).
6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat
Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
5. Hidangkan.
Untuk hidangan kuih pula, teringat pula nak makan kuih sagu
KUIH SAGU
Bahan2
1 cwn sagu
2 - 2.5 cwn air
3/4 cwn gula
kelapa parut digaul dgn garam
Cara
Masak gula dengan air hingga gula larut.
Titikkan pewarna.
Masukkan sagu dan kacau hingga mendidih & sagu pun nampak jernih.
Tuang kan dalam bekas dan sejukkan.
Bila benar2 sejuk, potong dan terus gaulkan dengan kelapa parut.
Siap untuk dihidang.
Untuk resepi diatas boleh muat loyang bulat sebesar lebih kurang 8" diameter. Yang dimakan hanya gambar dalam piring tu, selebihnya hantar surau sebab anak2 tak berapa gemar. Mamanya je yang beriya2 nak makan....
"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”
2 comments:
Tumpang tanya sat kak, kuih sagu tu boleh tahan berapa lama kalau tak digaul dengan kelapa parut?
Tak sure la pulak, maybe kalau tak nak makan segera jgn salut dgn kelapa dulu, bila time nak makan baru salut.....
Post a Comment