Sunday, May 24, 2009

Sukan Sekolah Arif

24 May 2009

Hari ini walaupun hari ahad, pagi2 lagi selepas azan saya dan anak2 terutamannya si kakak yang terlebih exited nak pergi Hari Sukan sekolah si abang. Walaupun si abang, Arif tak masuk apa2 acara tapi dia masuk perbarisan. Jadi kena lah datang awal...

Inilah gambar2 yang sempat diambil semasa hari sukan sekolahnya...


















Thursday, May 21, 2009

Arif Kena Gigit....????

Hari Rabu...tgh dok lunch dengan member2 ofis di Chilis...tetiba pembantu ku call...suara agak sedikit cemas...

Pembantu: "Bu...arif ni balik2 aja menangis...katanya kawannya budak India gigit dia.....tak nak pergi sekolah agama..."

Myself: "Kawan gigit???? Kat mane???..."

Pembantu: "Kat tangannya..."

Myself: "Teruk sangat ke??"

Pembantu: "Iya...sampai nampak isinya..."

Myself: "Hah!!! Nampak isiiii???" Tape...tape...basuh tempat kena gigit tu lepas tu letak minyak gamat..."

Pembantu: "Saya udah letak minyak Pak Ali..."

Myself: "Minyak Pak Ali??? Tak pedih ke???"

Pembantu: "Tidak...ok je dia tu...nanti saya letak minyak gamat pula..."

Myself: "Haa...ok lah...kalau dia tanak pegi sek agama....tak pe la..."


Haii...berderau jugak darah saya dengar....bos saya yg tgh makan sekali pun dengar..."apsal??? serius je bunyi..."


Diskus2 dgn member2 ofis, sy pun mintak permission utk dtg lambat keesokan harinya ke ofis sebab nak pergi sekolah jumpa cikgu utk mengetahui kisah sebenar...Sebelum tu dah call cikgu kelasnya, dan dia pun dah explain serba sedikit...


Cuma punca bagaimana pergaduhan bermula sukar nak ditentukan...


Teruk jugak lebam di tangan arif tu...Namun pada saya, tak semestinya Arif tak bersalah...mungkin dia yang provoke kawannya dulu...bila tanya dia pun dah tak tau apa yg sebenarnya dah terjadi pada asalnya....


Sebagai seorang ibu yang prihatin, saya pergi juga ke sekolah keesokan harinya....jumpa dgn cikgu bertanya apa yang patut...saya juga sempat jumpa budak yang menggigit Arif. Macamanapun saya cakap elok2 dgn dia supaya kawan baik2 dgn Arif dan jangan bergaduh. Cikgu pun ingat nak pisahkan tempat duduk diorang, tapi saya kata biar dulu...saya tak mahu pula nanti wujud sifat perkauman dalam diri Arif mahupun budak India tu...kerana diorang pun kecik lagi...rasanya semua ni budak2 punya hal...small matter only maa......







bekas kena gigit selepas 2 hari...

Sunday, May 10, 2009

HAPPY MOTHER'S DAY

Sempena Hari Ibu semalam, banyak sms yang menarik2 saya terima daripada kawan2 dan kakak...
Sebelum saya clear kan dari inbox handphone, elok juga paparkan disini, jadi tak lah ia hilang begitu sahaja...

SMS daripada Kak Tun:
" A mom is ALLAH's love in action...she looks with her heart and fells with her eyes...a mom is the bank where her children deposit all their worries and hurt.. a mom is a cement that keeps her family together and her love lasts a lifetime...you are one of the good mom...may ALLAH bless you... "

SMS daripada Nina:
"Salam, semoga cerdik mu secerdik Aisyah. Cantikmu secantik Ainul MArdhiah. Pengorbanan mu setinggi Sumaiyah. Ikhlas mu seikhlas Rabiatul Adawiyah. Dan semoga tempatmu di syurga Aljannah. Selamat hari Ibu khas buat saudara2ku yang bergelar IBU...."

SMS daripada Yah:
"To all mothers...It's normal when u're in ur 20s, u'll look very "MENGANCAM"...when u're at 30s, u'll begin to behave "BERMACAM2"...when u turn 40s - 50s, u'll feel "TERANCAM" and sadly when u reach above 60s, orang lansung tak boleh "CAM"!! Happy Mother's Day!!"

SMS daripada Su:
"Seorang wanita umpama sekuntum bunga di taman. Segar mewangi di pelusuk dunia. Setulus kasih, sesuci embun, lembut wanita kerana tutur katanya, mesra wanita kerana snyamannya, cekal wanita kerana beraninya, patuh wanita kerana setianya, sabar wanita kerana imannya, kasih wanita kerana belainya, lemah wanita kerana airmatanya, ikhlas wanita kerana simpatinya, dendam wanita kerana cemburunya, sayang wanita kerna sifat keibuanya...SELAMAT HARI IBU..."

Saturday, May 9, 2009

Reunion USM kcp di Equatorial Bangi

14 Jamadilawal 1430H

Hari ni kami sekeluarga pergi ke reunion USM kcp 93/97. Terima kasih kepada kengkawan yg bertungkus lumus meng organise reunion ni...

Banyak kenangan indah semasa menjadi student 'U' dulu...

Seronot sangat dapat jumpa semula...ada yg dah 12 tahun tak jumpa sejak grad...ada yang berubah dan ada yang maintain cam dulu...

Jom layan gambar2 candid..gambar reramai kat camera org lain...lain kali saya akan tempek kat cni...


















Wednesday, May 6, 2009

My two girls' birthday

12 JamadilAwal 1430H

Hari ini, 7 Mei 2009 genaplah 6 tahun dan 2 tahun umur si kakak Batrisyia dan baby Damia.

Mungkin ramai yang menyangka saya terror planning sbb dapat tarikh lahir yang sama untuk kedua2 anak perempuan saya. Tapi sebenarnya ada cerita disebalik tarikh kelahiran mereka.

Batrisyia was born in the year 2003. Jika diingat bagaimana susahnya pengalaman yang terpaksa dilalui semasa melahirkannya mungkin saya sudah serik untuk mempunyai anak lagi. Namun mungkin naluri seorang ibu mengatasi segala perasaan ngeri tersebut. Walaupun si abang Arif dilahirkan secara caesarean section, saya ingin juga mencuba melahirkan anak kedua secara normal. Setelah meminta nasihat doktor, saya beranikan diri untuk mencuba bersalin secara normal.

Pada tarikh 7/5/2003, early in the morning before dawn I could feel a mild contraction. Since this was the second time and the rate of contraction was still mild, I took my own sweet time to get ready to go to the hospital. Pagi tu sempat lagi pekena roti canai. Around 8 a.m only Mr. Huby and I went to U.H. Sampai je disana nurse just do all the necessary preparation. When the doc check, the womb had just has the opening of 3cm, so terus diorang suruh saya baring dan pasangkan alat utk mengukur tahap contraction.

I was unlucky because Dr. Idora, whom used to see me was not in duty at that time. Dan dia juga terlupa untuk tinggalkan pesanan kpd nurse yang bertugas utk call dia jika saya mengalami contraction awal dari ygn dijangka. So, the other doc has to perform the task.

Bila menjelang tghari dan petang sakit dah makin kuat tapi progress agak perlahan, sampai dah ke pukul 10 malam barulah pintu rahim terbuka sepenuhnya. Tapi tah mengapa kepala baby masih tak betul2 turun. Oleh kerana dr takut baby lemas, jadi diorg terpaksa gunakan vakum supaya baby dapat keluar. Elok sahaja baby keluar saya tumpah darah dengan banyak dan terpaksa tambah darah sebanyak 2 liter.
I had a 4th degree tear....(istilah ni hanya dr dan mereka yg pernah mengalam sahaja yang mungkin faham...). Saya juga pengsan kerana hilang banayk darah. Dr terpaksa perform major operation to the tearing. Dalam keadaan mamai2 tu, saya nampak keadaan yang kelam-kabut kerana nak selamatkan saya.

Sejak baby lahir hinggalah keesokkan harinya saya masih tak dapat jumpa lagi baby. Dan besoknya bila Dr Idora datang, the first thing that she said to me was that " I'm so sorry that you had a hard time yesterday" she also regret that she has not been called. Pagi tu juga baru saya perasan yang badan saya bengkak dan lebam sana sini, mungkin disebabkan banyak injection yang terpaksa nurse dan doc lakukan semasa keadaan cemas semalamnya.

Bila bagitau dr yg saya tak tengok lagi baby, cepat2 dia suruh nurse bawakkan baby. Risau juga saya takut tertukar baby dgn orang lain.

After a month I came for the follow up. Dan masa tu bila dr check, they told me that I have to undergone a vagina recostructive surgery. I was quite surprise and seek for a second opinion. Sampai pergi kelantan jumpa gynae kat sana, kawan Yop. Dan dia juga agree to the U.H's doc suggestion. The surgery need to be performed after 6 month from the date I delivered the baby. However, it is not a major surgery. But still I need to stay at the hospital for one day.

Thinking of it, that's why I choose to have an elective ceasarian section for my third child. So, itu pasalla dapat pilih tarikh lahir yang sama, kebetulannya cuma dari perkiraan doc, baby dah cukup bulan sama tarikh dengan hari lahir si kakak Batrisyia....

Olehh kerana hari jadinya jatuh hari bekerja, dan saya pun agak kemalasan nak membuat party di rumah, jadi saya buatkan kek dan hantar ke tadikanya. Lebih meriah jika dia sambut bersama kwn2nya....

Si baby Damia pun tompang la sekaki.......









Tuesday, May 5, 2009

The wedding of My Niece

Pada cuti hari pekerja baru ni balik ke Ipoh. Memula planning nya nak balik ke Kota Tinggi, rumah IBU MERTUA KU.... Tapi tak jadi sebab ada kenduri kahwin Ina, anak Eteh; kakak saya yang no. 5. Ina baru saja berumur 20 tahun. Kenduri dibuat agak tergempar juga. Memandang kan dia tak lagi berminat nak belajar dan dah ada orang yang dirasakan begitu sincere nak memperisterikannya, jadi abang Li, suami eteh mengizinkan lah mereka berkahwin. Anak-anak eteh ada 2 semuanya dan kedua2nya perempuan. Ina anak sulung. Sedari kecil pun jika diukur dari segi kepandaian, Ina agak terkebelakang daripada adiknya, Ida.

Bercerita tentang mereka, terkenang pula saya semasa zaman mereka kecil2 dulu. Pada awal perkahwinan eteh, mereka tinggal bersama2 Apak dan Encik dikampung. Walaupun saya sentiasa bersekolah diluar daerah dan tinggal di asrama, tapi bila cuti mesti balik ke kampung dan mereka sentiasa ada bersama membuatkan hubungan kami lebih rapat. Bila saya dah mula bekerja, eteh sekeluarga dah berpindah ke Manjoi, Ipoh. Semasa saya dah mempunyai kereta sendiri, setiap kali cuti hujung minggu bila berkesempatan saya akan pulang juga ke kampung. Dan setiap kali pulang saya akan keluar di exit Jelapang dan akan ambil eteh serta Ina dan Ida bawa sekali pulang ke kampung. Begitulah rutinnya sehingga lah saya sendiri berkahwin.

Bila hari raya, Ina dan Ida selalunya akan dapat duit raya lebih la sikit daripada anak2 buah yg lain kerana memikirkan eteh tidak bekerja dan agak kekurangan dari segi kewangan berbanding adik-beradik yg lain. Banyak juga kenangan suka duka pahit dan manis yang tak dapat nak diceritakan disini; membesar bersama eteh hinggalah dia berkahwin dan mempunyai anak dan saya kira hidupnya mungkin lebih bahagia kini.....

Macamana pun jom layan gambar2 sekitar persediaan sebelum dan semasa kenduri kahwin Ina.....

Persiapan di dapur
Persiapan di dapur lagi
Persiapan di depan
Persiapan di depan
Bilik pengantin
Ketibaan pengantin lelaki

Pengantin sedang nak manjamu selera
Bersanding atas pelamin
Lagi bersanding
Dan lagi bersanding
Lagi dan lagi bersanding
Iye ke mikee???

Saya, anak2 dan anak buah serta bibik bergambar bersama pengantin
 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates