Thursday, December 25, 2008

Kuih Seri Muka

Hari ini belek2 blog mat gebu terjumpa satu resepi 'kuih seri muka'. Actually ni adalah kali ketiga saya cuba buat seri muka, sebelum ni tak pernah menjadi elok. Mesti 'kepala'nya asyik terlembek je...Kerana agak kerinduan untuk makan kuih ni yang biasa arwah Opah buat masa dikampung dulu, cuba2 lah cari resepi di tenet. Tapi hat versi mat gebu punya ni tak sama dgn yg biasa Opah buat. Opah biasa buat 'kepala' warna coklat sebab guna gula merah/kabung. Next time pulak lah cuba seri muka versi Opah. Dengan bangganya saya nak tayang... Inilah dia resepi dan gambar kuih seri muka versi mat gebu yang telah saya sediakan dgn jayanya.......

KUIH SERI MUKA
BAHAN LAPISAN BAWAH :-)
250 g beras pulut, cuci dan rendam 30 minit, toskan
200 ml santan cair*
1/3 camca teh garam*
1/2 camca besar minyak masak*(*disatukan dan kacau rata)
1 helai daun pandan, disimpul
Beberapa titik pewarna biru (optional)

BAHAN LAPISAN ATAS :-)
60 g tepung gandum
1 1/2 camca besar tepung jagung
90 g gula pasir
2 biji telur
1/3 camca teh garam
375 ml pati santan santan*
4 helai daun pandan*(*dikisar dan tapis)
1 camca teh pandan paste

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK LAPISAN ATAS :- Panaskan kukusan, tuang pulut ke dalam tin yang berukuran 8 x 8 x 3 incii, tuang bancuhan santan cair dan gaul rata, letak daun pandan atas pulut dan kukus 20 minit. Bila pulut masak, keluarkan 1/3 bahagian, dan campur dengan beberapa titik pewarna biru, gaul rata. Masukkan pulut bewarna ke dalam loyang berisi pulut biasa dan gaul rata. Kemudian tekan padat. Ketepikan sebentar. (kalau tak suka pulut ada warna, biarkan putih saja).

UNTUK LAPISAN ATAS :- Bancuh semua bahan2 untuk lapisan atas, kacau dengan whisk hingga gula hancur dan larut. Tapis adunan dan ketepikan.
UNTUK KUIH SERI MUKA/PUTRI SALAT :- Tuang bancuhan tadi atas pulut dan sambung mengukus selama 40 minit - 1 jam. Bungkus tutup kukusan dengan kitchen towel yang bersih untuk mengelakkan wap menitik atas kuih atau tutup permukaan tin dengan aluminium foil. Gunakan api sederhana kuat semasa mengukus. Biar kuih betul2 sejuk sebelum dipotong...



The very the sangat the lemak nih...

Gemok la kalo makan selalu...





"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”

Saturday, December 13, 2008

A Place I Used to Call Home....

Hari Raya Aidiladha baru ni, balik Ipoh..dah memang giliran ke sana pula. Sempat lagi saya menjenguk kampung halaman di Bota Kanan tempat saya dibesarkan. Cuma tak sempat nak berjumpa dengan saudara mara yang masih berada disana. Rumah peninggalan arwah Apak masih tersergam utuh. Namun kelihatan dari luar keadaannya tidak semolek dahulu. Keadaan persekitaran tidak berjaga seperti ketika kami tinggal disana. Dibahagian dalam apatah lagi, keadaannya sangat menyedihkan. Bersepah dan sangat kotor. Walaupun rumah itu kini disewa oleh sekumpulan lelaki Siam yang bekerja sebagai pemotong rumput, tetapi keadaan rumah tidak terjaga tambahan pula mereka semua bukan orang Islam. Dulu ada seorang yang baru memeluk agama Islam tinggal disana tetapi kini tidak lagi.

Banyak kenangan indah dan sedih yang ditinggalkan disana, yang tak mungkin dapat saya lupakan. Keluasan rumah memang besar, lebar dan panjang serta dua tingkat. Bila semua adik beradik saya balik juga keluarga Ayah Ngah dan Kechik, tak jadi masalah untuk menempatkan kesemua ahli kelaurga yang ada. Kadang-kadang ada juga rasa terkilan kerana saya tak berpeluang mengadakan kenduri kahwin disana, kerana ketika itu Encik dah tidak lagi tinggal disana. Semasa itu Encik dijaga oleh Nyah yang pada ketika itu tinggal di Melaka. Jadi kenduri kahwin saya terpaksa lah diadakan di Melaka juga.

Ingat lagi pernah semasa disekolah rendah dalam darjah 2 atau 3. Cikgu menyuruh saya sekelas melukis gambar rumah masing2. Dengan lurus bendulnya saya bawalah kerusi dan meja duduk di depan rumah dan cuba melukis. Oleh kerana tangan tak berapa nak berseni, dah cuba berkali2, tak jadi2 jugak rupa rumah sebenar. Memang saya tak berpuas hati masa tu, mengadu2 dengan Apak. Last2 Apak kata, lukis je la rupa rumah apa2...cikgu bukan tau pun...akhirnya jadi la jugak rupa rumah kotak sempoi.....

Kalau tiba musim buah2an pula, paling best dudok kat bawah pokok manggis..jolok satu makan satu...bila dah penat, Opah (arwah) yang tolong jolok, saya makan je lah...pokok manggis tu ada dua, sangat besar tapi berada di sebelah rumah Opah yang bersebelahan dengan rumah Apak. Pokok yang betul2 berada di sebelah rumah Apak ialah pokok rambutan, langsat serta sebatang pokok durian. Beberapa tahun sebelum Apak meninggal, pokok durian tu telah ditebang sebab takut menimpa rumah bila waktu angin kuat, sayang juga sebab buahnya sedap. Bila tiba musim durian, Encik dan Opah akan menyediakan pulut untuk dimakan dengan durian...iaitu 'pulut durian'. Masa tu semua ahli keluarga akan berkumpul. Bestnyeeee....masa tu....

Bila petang, Apak akan menyapu daun kering yang bertaburan dihalaman serta membelek bunga-bungaan tanamannya. Kekadang Apak suruh jugak saya tolong, penat betul sebab halamannya sangat luas. Sebelum Magrrib, saya akan mengejar ayam halau masuk ke reban. Yang best tu, dalam reban yang besar tu ada rumah2 ayam yang tertentu. Ayam2 tu semua dah tahu dah rumah memasing. Cuma ada jugak yang degil tak nak masuk rumah. Seingat2 sayalah, keluasan keseluruhan reban mungkin menyamai luas apartment saya ni yang sebesar 1040 sq.ft....hhmmm... how amazing life before....







Setiap kali balik ke sini, saya selalu mengimpikan dapat agar dapat tinggal beberapa hari, agar anak2 saya dapat bermain kejar2 dihalaman, halau ayam masuk kereban, menjolok buah rambutan dan langsat serta makan durian ditepi tangga.

Namun semuanya memang mustahil. Kesemua kami adik beradik sudah mempunyai kediaman masing2 yang selesa untuk ahli keluarga sendiri. Hanya untuk berkumpul beramai-ramai yang menjadi masalah dek kerana ruang yang terhad. Kadang2 saya terfikir...kalaulah saya ada duit beratus ribu ringgit, akan saya bina semula rumah ini menjadikan ia tempat yang selesa agar kami adik-beradik yang masih ada serta Encik dapat berkumpul sekali sekala untuk bermesra bagai dulu..........


"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”

Thursday, November 27, 2008

Kuih Talam Keladi

Entry kali ni nak tayang kuih talam keladi yang first time saya buat dengan jayanya. Beriya nak buat sebab baru ni balik dari Ipoh ke KL, sempat lagi lencong ke Cameron Highland. Dapat lah beli sayuran, keledek serta fresh flower. Resepi dari myresipi.com memang ok. Ikut sebijik2, kuihnya menjadi elok.


Bahan-bahan ( Loyang 10 x 10 cm )
Bahagian Atasnya :-
2 cawan gula pasir
4 cawan santan pekat
3 helai daun pandan
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 st. garam
1 st. perwarna purple
Bahagian Bawahnya :-
4 cawan santan cair
2 cawan tepung beras
1 cawan keladi dadu siap rebus
1 biji telur
1 st garam

Cara-cara
Untuk bahagian atasnya:- Satukan santan pekat,gula pasir dan daun pandan jerang atas dapur dengan api pelahan sekali mengelegak saja tutup api dan biarkan sejuk betul.Setelah sejuk masukan tepung pukul rata dan masukan telur yang dipukul ringan dengan garam dan kacau rata-rata kemudian di tapis dan campurkan dengan perwarna purple ketepikan dulu.
Untuk bahagian bawahnya:- Bancuh tepung beras dengan santan cair dan telur pukul ringan dgn garam dan di kacau rata-rata tapis masukan dalam periok dan jerang atas dapur dengan api pelahan dan kacau selalu supaya tidak bergentel2 setelah pekat masukan pula keladi dadu tadi dan digaul rata dan tuangkan dalam loyang yang siap dialaskan dengan plastik berukuran 14" x 14" rata kan adunan dan kukus selama 5 minit dulu dan tuangkan bahagian atasnya pelahan2 mengunakan senduk dan kukus semula dalam masa 10 minit buka tudung kukus dan lap diatas kuih dengan kertas tisu dan kukus semula selama 15 minit.Penutup kukus hendaklah dibungkus dengan kain dan kukus dengan api yang pelahan. Tunggu sejuk, barulah dipotong2.




Nampak lazat dan menyelerakan

Memang sesungguhnya lazat bila dimakan

Yang best tu, dah bagi seorang jiran disini yang buat katering, rasa kuih ni dan dia suka sangat. Hari sabtu baru ni dia ada katering order skali kuih saya ni....bisnes..jangan tak bisnes....

Bungaan pilihan saya


Bungaan pilihan Mr. Huby

"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”

Tuesday, November 25, 2008

Juadah pada 21 Ramadhan 1429H

Tajuk posting kali ni macam agak2 basi la pulak. Tapinya sebab nak jugak posting kan resepi masakan pada hari itu, jadi terpaksa jugak lah publish kan.

Ada banyak kuih tradisi yang menjadi kegemaran saya sebenarnya, antaranya kuih kasui. Walaupun saya tak berapa expert nak buat kuih2 tradisi ni, tapi masa bulan puasa baru ni cari2 kat internet terjumpa resepinya di myresipi.com. Masa bulan puasa tu tak dapat nak buat posting sebab sama la kes nya dengan resepi Kanji Apak tu...gambarnya misplaced. Bila dah buat menjadi elok pulak..suke hati le.....


Bahan-bahan ( 15-20 keping )
125 gm gula merah (1 cawan) masak dengan 2 cawan air hingga hancur dan sejukan.
250 tepung gandum ( 2 cawan 1/2)
40 gm gula pasir (lebih kurang 1/4 cawan)
40 gm tepung sagu (lebih kurang 3/4 cawan)
1 sudu makan air kapur (saya bancuh menggunakan 1/2 sudu teh kapur)
kelapa parut muda digaulkan dengan secubit garam.
sesudu minyak
2 cawan air

Cara-cara

Campurkan tepung gandum, tepung sagu, gula dengan air dan kacau rata.
Tambahkan sesudu air kapur. Ia akan bertukar sedikit kuning.
Masukkan campuran air gula merah. Kacau
Tapiskan adunan dengan penapis kelapa ke dalam bekas lain.
Sapukan loyang dengan minyak. Masukkan adunan ke dalam loyang. Panaskan kukusan. Kukus selama 5-10 minit. Setelah sejuk potong dan golekkan kedalam kelapa parut.




Pada hari yang sama juga saya sediakan butter prawn utk dimakan bersama nasi putih. Resepinya pun diambil dari myresipi.com

Bahan-bahan
udang yang sederhana besar (ikut suka berapa ekor)
butter
1 biji telur diasing putih dan kuning
susu
bawang putih (cincang)
daun kari
cili padi
garam
tepung beras

Cara-cara

1.Gaul udang, garam, tepung beras dan sebiji telur kuning (saya guna putih telur, sebab tak nak membazir putih telur) - biar sebati ~pastu goreng dan toskan~

2.Panaskan kuali, serta masukkan butter. Bila sudah cair, masukkan susu yang telah dicampur dgn sebiji telur kuning.
Bila dah agak pekat masukkn bwg putih, daun kari dan cili padi.
Kacau seketika kemudian letak udang yng sudah di goreng tadi.



Satu lagi masakan yang saya sediakan ialah tom yam. Cara masak tom yam ni, dalam pemerhatian saya ada banyak jenis sebenarnya. Tapi saya suka cara yang diajar oleh kawan baik saya semasa Matrikulasi 2 di USM Penang. Darin Wong, yang sememangnya mempunyai darah kacukan Siam disebelah ibunya dan Sabah disebelah bapanya. Resepi tom yam yang diajar oleh Darin ini tidak berminyak, warnanya putih kemerahan dan mudah untuk disediakan.

Tom Yam Putih Darin

Bahan2
Air secukupnya
3 biji tomato buah yg ranum
2 inci halia
3 batang serai
2 ulas bawang besar di potong bulat
3 biji bawang putih
10 helai daun limau purut
10 biji cili padi dipatah2- boleh tambah jika suka pedas
2 biji limau nipis di ambil air
sos ikan secukup rasa
Sebatang carrot dipotong bulat
1/4 bahagian cauliflower dipotong kecil
2 batang celery dipotong sepanjang 1 1/2 inci
1/2 cawan susu cair
Segenggam sotong
Segenggam udang

Cara
Didihkan air didalam periuk secukupnya. Masukkan tomato buah sebiji2 dan apabila telah lembut keluarkan ia dan dilenyek2kan. Masukkan semula kedlam air rebusan. Tujuannya ialah untuk mendapatkan warna kuah yang kemerahan. Masukkan halia dan serai yang telah diketuk serta bawang2an. Masukkan juga daun limau purut, cili padi, air perahan limau nipis serta sos ikan. Rasa dulu kuah tom yam, tambah apa yang perlu jika hendak lebih pedas tambah cili atau jika kurang masin tambahkan sos ikan. Apabila rasanya sudah ngam dengan citarasa masing2, barulah sayur carrot, cauliflower dan celery. Bila hampir empuk masukkan pula sotong diikuti dengan udang. Akhir sekali masukkan susu cair. Renihkan sebentar hingga udang dan sotong masak elok, tetapi tidak over cooked.

Nota:
Tujuan udang dan sotong dimasukkan kemudian adalah untuk mengekalkan kesegarannya.

Gambar tom yam ni nampak tidak menarik sebab tom yam nya dah nak abes baru teringat nak ambik gambo....hua..hua..

Dah lama tak jumpa Darin. Last sekali Darin datang rumah semasa si abang umur tak sampai setahun. Masa tu Darin baru start keje as a doctor at Hospital Kedah. Harap2 Darin teringat nak contact saya...boleh tunjuk posting ni kat dia dan bercerita tentang kisah masing2...mesti menarik punyeerrr.....

"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”

Monday, November 24, 2008

Kek Birthday Kak Yang

Dapat oderan daripada Ronita dari Bandar Bukit Puchong. Ronita nak mini choc layer indulge. Everytime kalau customer order kek mini, saya rasa 'letih' sikit nak buat sebab terpaksa membahagi 2 kuantiti bahan dalam resepi which is agak leceh la...itu pasal la regenya saya tak boleh bahagi 2, sebab ada lebih effort juga wastage bahan mentah. Tapi oleh kerana Kak Yang masih berada dirumah saya, saya buat lah full recipe tapi bahagi kepada 2 bekas.

Kak Yang ialah kakak saya yang no 3. Sampai kini umur sudah menjejak separuh abad, dia lebih senang meneruskan kehidupan sendiri. Tidak perlu memikir soal menjaga hati seorang insan bernama suami atau anak2 penghibur di kala sepi. Namun kehadiran anak2 buah nya saya kira sudah cukup untuknya meneruskan kehidupan. Kerjaya nya sebagai guru juga banyak menuntut masa nya untuk dihabiskan di sekolah. Kak Yang juga menghidap kencing manis, kek-kek ni sebenarnya tak berapa sheshuaaii le benornyeee....tapi tak pe la...buat suke2 je...

Birthday Kak Yang sebenarnya 1/12 nanti. Tapi hujung minggu ni dia dah nak balik Ipoh, so celebrate je lah awal since kek pun ada extra. Bebudak dua orang tu yang sebenarnya ter over exited. Siap suruh Mak Yang nya tiup lilin lagi, pedehal deme yang lebih meniup. Si baby tecikku Damia, macam biasa lah; bila ada orang lain yang dia tak biasa, dia tak lah dekat2 dengan Mak Yang nya. Sengih memanjang dari jauh...Diambil tak nak...

Anyway, semoga Kak Yang di kurniakan Allah kesihatan selalu....Amin....


Kek extra





Damia, reserve her space

"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”

Cerita Ayahanda Ku

'APAK'..itulah nama panggilan arwah ayah saya yang kami adik-beradik gunakan. Dulu2 di kampung semasa kecil saya rasa macam tak best betul nama panggilan tu, kerana sepupu2 saya memanggil ayah mereka dengan gelaran 'ABAH'. 'ABAH'...bunyi macam best jee...Sepupu2 yang rapat hanyalah anak2 kepada kedua2 orang adik Encik. Adik2 Encik seorang lelaki (arwah Ayah Ngah) dan seorang perempuan(Kecik) masing2 masa tu tinggal di KL dan JB. Masa kecil2 dulu dan apabila cuti sekolah, mereka akan datang berkunjung sementelah ibu mereka iaitu arwah Opah tinggal bersama keluarga saya.
Jarak umur saya dan sepupu2 saya iaitu anak2 Ayah Ngah serta anak bongsu Kecik tidak jauh berbeza, menjadikan kami seakan2 boleh geng lah bila mereka datang. Walaupun kesemua mereka adalah budak2 lelaki. Bila tak tahan dengan perangai lasak mereka, saya pun tak lah berkawan dengan mereka. Kebanyakan masa saya keseorangan, dan bila mendengar mereka memanggil ayah mereka 'ABAH' ketika itu jugalah saya akan berfikir...oo..deme duduk di KL memang le panggil 'ABAH'....
Jarak umur antara saya dan kak tun yang hampir 11 tahun juga menjadikan saya rasa agak terpisah dengan adik beradik sendiri. Dan masa itu, segala apa yang bermain dibenak saya jarang saya luahkan kepada sesiapa. Sekarang je, bila dah lebih dewasa dan ada keluarga, rasanya barulah saya lebih rapat dengan kakak2 saya kerana ada banyak perkara yang boleh di share bersama.

Banyak kisah Apak yang sebenar2nya saya tak berapa tahu. Terutama pekerjaan Apak. Setiap kali nak isi borang nak masuk sekolah sains juga nak masuk matrikulasi, dibahagian 'Pekerjaan Bapa'; saya kena tulis 'Bekerja Sendiri' dan itu lah yang Apak bagitahu. Tak lah macam2 kawan2 saya boleh tulis samada 'Guru' atau 'Petani' atau 'Polis' atau lain2. Semasa kecil, rasanya itu saja lah pekerjaan yang boleh difahami. Yang pasti Apak aktif dalam politik sekitar tahun 60-an hingga 70-an. Juga pernah menjadi ADUN. Saya juga pernah melihat gambar2 Apak semasa dia berada di Hong Kong, China dan beberapa negara lain yang saya pun dah tak ingat. Tak pasti juga lah apa yang dibuatnya di sana.

Dari cerita2 Apak, yang saya ingat dia pernah memberi instruction untuk kapal terbang mendarat dengan jayanya, mungkin semasa cuaca buruk lah agaknya. Cerita lanjut bagaimana dia pulak yang boleh berada di menara kawalan tu serta dimana tak pulak saya ketahuan, sebab semasa kecil saya bukanlah jenis kanak2 yang suka bertanya banyak2. Tak seperti anak2 saya sendiri, yang banyak sangat tanya sampai kan tak de idea nak jawab. Dia juga pernah menjadi bos kepada pemandu2 teksi di Parit. Perak. Tapi yang paling saya ingat ialah Apak mengusahakan kebun pisang di londang tidak jauh di belakang rumah kami di kampung dulu. Apa yang membanggakan saya ialah Apak speaking English boleh tahan. Pernah ada sekali tu semasa di sekolah rendah cikgu suruh saya buat karangan English, saya suruh Apak yang buatkan.....ahaks...

Semasa bulan puasa pula, setiap hari Apak akan berbuka dengan 'kanji' dan 'kerabu'. Sampaikan kadang2 Encik kata 'muak aku hari2 masak kanji ni...'

Bulan puasa baru ni, saya ada juga cuba memasak makanan kegemaran Apak. Puasa baru ni tak sempat nak posting resepinya sebab gambar nya tak tahu letak kat mana, ni baru jumpa. Rupanya tersorok kat phone memory.
Resepinya seperti ini:

Kanji

Bahan2
1 pot beras di basuh bersih
1 ulas bawang putih dimayang
2 ulas bawang merah dimayang
1 sudu kecil halba
1 cawan santan cair
sedikit garam

Cara
Masukkan beras dan bawang kedalam periuk dan masaklah dengan air yang banyak. Apabila telah mendidih dan nasi sudah agak lembik seperti bubur, masukkan halba dan santan. Renihkan seketika hingga santan dan nasi bercampur elok dan perasakan dengan garam. Setelah santan/air agak kering tutup api.

Kerabu
Bahan2

Segenggam pucuk paku
Segenggam pucuk gajus
Segenggam pegaga

Cara
Celur seketika semua bahan dan dihiris halus

Bahan sambal
Ikan masin digoreng, udang kepal/kering, ikan bilis, bawang merah, halia, cili hidup, kerisik, air asam limau. Semua bahan di tumbuk halus.

Campurkan semua ulam dengan bahan sambal.











"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”

Sunday, November 16, 2008

Cuti Sekolah dan Cerita Berkhatan

Beberapa minggu sebelum cuti sekolah, Munie jiran tingkat 6 dah ajak untuk pakat2 buat majlis berkhatan. Saya pun setujulah untuk khatankan si abang sekali dan cuba juga ajak best friend nya Hazim dan Sharul. Bila Hazim dan Sharul tak setuju untuk join (actually ayah msg2 yg nak buat tunggu diorang besar sikit); si abang pun macam dah tak nak, pujuk2 dia bagitau ada classmate nya pun nak berkhatan jugak di klinik yg biasa kami pergi iaitu Klinik Rahim, so dia pun setuju lah untuk berkhatan.

Sebelum hari berkhatan kami, ibu2 kepada kanak2 yang terlibat dah berbincang nak buat kenduri doa selamat di surau apartment ni. Kiranya share lah budget nya dan jemput kebanyakan daripada penduduk di sini juga keluarga yang dapat hadir. Agak meriah juga siap dengan pelamin yang di sponsor oleh Pn. Zai, kain pelamin itu jugak yang memang digunakan semasa majlis persandingannya 12 tahun yg lepas kalau tak silap yg diberitahu kepada saya. Ada bunga telur dan pulut kuning untuk disuap kepada kanak2 yg bersanding ni. Menu utama terdiri daripada nasi dagang, pulut kuning dan rendang ayam, macaroni goreng, roti canai serta kuih muih. Kami bahagi2 kan tugas untuk menyediakan juadah tersebut juga ada juga yg diorder.

Kak Tun dan abang Harun yg kebetulan datang KL untuk jumpa Liza pun dapat memeriahkan majlis.

Acara dimulakan dengan kata2 aluan oleh Pengerusi Surau, abang zainal dan diteruskan dengan bacaan doa selamat oleh Pak Imam Niza. Kemudian Pak Imam juga mengetuai selawat Nabi. Selepas itu diteruskan dengan ibu bapa masing2 menyuapkan pulut kuning kepada kanak2 yang disandingkan. Beberapa orang jiran2 yg lain juga ada memberi 'ang pau' kepada mereka.

Si abang dah dibuat apoinment dengan Dr. Rahim untuk dikhatankan pada hari isnin. Pagi2 lagi saya dah bawak si abang sebelum pintu klinik bukak supaya dapat yang first. Takut nanti dia tengok org lain tak jadi pulak dia berkhatan. Elok je dr rahim datang dah ready nak sunat kan dia; tetiba dia tak nak pulak bukak seluar. Dah la babah nya tak de sebab kerja. Puas saya dah dr rahim memujuk. Last2 dr kata tak boleh buat ni takut dia meronta2 nanti lagi payah. So, saya pun decide nak tunggu babahnya balik kerja, sebab dr rahim pun kata dia boleh je anytime.

Beberapa hari sebelum tu lagi, si abang dah berangan nak beli gameboy. Dah tanya dengan jiran yg juga classmate nya; Aiman harga gameboy nya. Aiman bagitau kat dia dalam rm140. Beriya dia nak beli jugak baru lah nak bersunat. Sebelum exam ituhari babah nya janji kalau dapat antara no 1 hingga 3 dia nak belikan PS. Oleh kerana usaha pun tak serupa macam orang nak dapat no 1, memang le confirm tak dapat memandangkan markah pun takat antara 75 ke 85 je. Jangan harap le nak dapat top 3. So, secara tak lansung ni la peluang dia nak membodek beli game. Check2 tengok gameboy tu mana dapat rege seratus lebih, paling murah pun empat ratus lebih. Kautim punya kautim dengan si abang, malam hari yg dia tak jadi bersunat tu siap pergi Giant...dapat la satu game ni yg agak2 cokia jugak tu pun dah terbang rm230. Nak kata saya ni kedekut sangat dengan anak2 tak juga...tapi memang saya dan Mr. Huby jarang sangat nak membazirkan duit dengan benda2 yg rasanya sangat tak berfaedah ni...tapi nak buat macamana anak punya pasal...sediakan jugak lah mana yg terdaya...

Besok paginya dah book dengan dr rahim sekali lagi; pergilah kami berdua suami isteri membawa si abang ke klinik utk dikhatankan. Memula saya rasa ngeri jugak...duduk kat belakang sikit...babahnya je yg dok kat sebelah dia. Bila tengok si abang dah meleleh ayaq mata..saya pun datang lah berdiri jugak kat sebelah dia tolong bagi semangat. Sempat jugak tengok cemana dr buat walaupun ada gak rasa ngeri tu...

Hari pertama selepas bersunat, balik je terus suruh dia mandi sebab dr pesan suruh mandi 4 kali sehari sebab guna method 'smart clamp'. Petang nye masa dah nak marghrib suruh dia mandi lagi, bila buang air kecik melalak2...PEDIH!!!!!PEDIH!!!! sudahnya tak jadi mandi. Besok pagi pulak takut lagi nak mandi, sebab lepas buang air kecik melalak lagi macam semalam. Petang tu lepas babahnya balik keje baru lah dia mandi tp takut nak buang air. Tahan tu sampai pagi esoknya saya paksa jugak dia buang air sebab dah seharian dan semalaman menahan. Tengok2 tak de pape pun..elok je air keluar dah tak sakit punnn....heiii!!!Sengal la budak nihhhh!!!!

Lepas2 tu baru la nampak muka ceria sikit....makan.. apalagi..asik keje mengunyah je...kalo tak takut pun nak makan minum....

Cemana pun pengalaman menjaga anak berkhatan ni rasanya sangat bererti..ye lah.. tu je lah satu2 nye anak lelaki yang saya ada...lepas ni tak dapat dah pengalaman macam ni....Harapan saya semoga besar nanti Arif akan jadi anak yang taat kepada Allah, berilmu dan dapat manafaatkan ilmunya serta ingat keluarga selalu.....

CAYALAHHH....AYIPPP!!!!!!



Kanak2 yang akan dikhatankan ibu2 kepada kanak2 yg terlibat Bergambar dgn ibu bapa My family and I..oppsss where's my baby??? Tak cukup korum la pulak...


Abg n kakak
Muka ceria selepas beberapa hari bersunat

abg n kakak n mak yang

"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”

Saturday, November 1, 2008

Nasi Dagang

3 Zulkaedah 1429H

Hari ini saya nak bercerita tentang resepi nasi dagang. Masa bulan puasa yg lepas lagi dah teringin nak makan. Ada sekali tu pergi PARAM tak ada orang jual la pulak. Bila belek2 kat myresipi.com jumpa pulak. Tu yang beriya2 nak try buat tu....

Bila tengok kat myresipi.com ada banyak version sebenarnya resepi dan cara memasaknya. Jadi saya cuba memasak mngikut apa bahan yg available di dapur saya...

Bahan2 Untuk Nasi

2 pot kecil beras dagang yang bewarna perang
2 pot kecil beras wangi
1 1/2 kotak kecil santan
3 ulas bawang putih dimayang
1 ulas bawang besar dimayang
1 inci halia dipotong seperti bilah mancis
1 sudu teh halba
garam

Cara

Basuh beras bersih2 dan rendam semalaman. Sediakan periuk kukus yg dilapik dgn kain napkin bersih agar beras tidak jatuh kedalam lubang2 pada periuk. Tunggu sehingga air kukus mendidih dan masukkan beras yang telah ditoskan. Kukus sehingga beras agak-agak 3/4 masak. Keluarkan beras dan masukkan ke dalam besen besar dan tambah 1/2 kotak santan, air hingga hampir menutupi paras beras serta garam (saya guna lebih kurang 1 1/2 sudu teh garam). Biar seketika hingga beras jadi kembang. Gaul beras dengan bawang, halia, dan halba. Toskan semula dan arun dengan santan pekat setelah itu kukus lagi sekali hingga beras masak elok.

Bahan2 Untuk Gulai Ikan Tongkol

1 ekor ikan tongkol besar di kerat2 dan direbus bersama 3 keping asam
2 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih, 2 cm halia } di'blend'
4 sudu besar biji ketumbar dikisar halus
3 sudu besar rempah kari
1 kotak santan
2-3 cawan air

Cara2

Masak santan bersama air hingga naik minyak. Masukkan bahan yang telah di blend serta serbuk kari. Tunggu hingga mendidih masukkan ikan yang telah direbus. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Reneh seketika.

Bahan acar

2 batang timun
1 batang lobak merah
1/2 biji bawang besar
1 biji lada besar
cuka, garam, gula

Cara2
Timun dan lobak dihiris panjang2. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas. Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika.







"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”

Thursday, October 16, 2008

Open House for Housewives

Masuk hari ini dah separuh Syawal berlalu, di sana sini ramai yang mengambil peluang mengadakan rumah terbuka. Di bandar memang begitu lazimnya, jika nak berkunjung untuk beraya kenalah bagitau tuan rumah terlebih dahulu, kalau tidak mungkin terpaksa pulang begitu sahaja kerana tiada orang di rumah. Di bandar juga biasanya kita tunggu jiran atau rakan jemput ke rumah dahulu barulah boleh datang beraya. Lain pula halnya jika dikampung, kalau nak beraya tak kisah bila2 pun tak apa.

Alhamdulillah, awal2 lagi saya telah plan untuk puasa qada serta puasa 6 sekaligus. Siap sahaja puasa, plan nak ajak geng2 di apartment ni yang housewives datang makan2 di rumah. Fikir2 waktu yang sesuai ialah ajak diorang datang makan breakfast. Tapi tak le subuh 'sepiie' sangat...dalam lebih kurang antara 9 pagi sampai tengahari sebelum masing2 sebuk pula nak ambik atau tunggu anak balik tadika dan juga nak prepare lunch untuk yang ada anak2 yang sekolah rendah.

Jadi menu pilihan untuk breakfast Syawal hari ke 15 ini adalah ketupat mini dan kuah lodeh serta sambal tumis; lemang dan rendang ayam; cupcakes yang saya beri nama chocolate oreo temptation juga kek buah kukus serta nugget yg sesuai utk kanak2.

Rendang ayam ini saya masak stail masakan Encik semasa di kampung dulu2. Resepinya:

Bahan2

Seekor ayam di potong kecil (saya buang sebahagian besar kulitnya)
*5 ulas bawang merah besar - dimayang
*3 ulas bawang putih - dimayang
*2 inci halia - di potong halus memanjang
*2 helai daun kunyit - dihiris halus
*2 tangkai serai - diketuk
*2 sudu besar kerisik
*2 - 3 sudu besar cili boh (mengikut kesesuaian kepedasan yg diingini)
*2 - 3 sudu teh garam atau secukup rasa
*1/2 sudu besar paste asam jawa
1 1/2 biji kelapa - diambil santan pekat dahulu kemudian hampas kelapa diperah lagi dapatkan santan cair yang kuantitinya dapat menutupi ayam yang diletakkan didalam kuali

Cara

Basuh ayam dan toskan sebentar. Masukkan ke dalam kuali. Timbunkan ke atas ayam bahan-bahan bertanda *. Masukkan santan cair hingga parasnya menutupi ayam. Masak dengan api sederhana. Kacau hingga semua bahan bercampur gaul dengan ayam. Kacau lagi sekali sekala untuk mengelakkan ia lekat di permukaan kuali. Apabila sudah menggelegak atau kuah ayam tinggal separuh daripada semasa mula2 dimasak tadi, tuangkan santan pekat. Kacau lagi sekali sekala dan rasa jika perlu untuk tambah garam lagi. Masak lah sehingga kuah pekat.


Masa mula2 hidang tu lupa pulak nak ambik gambar, ni je lah gambar yang ada masa dah separuh kena makan....

Kuah lodeh mak mertua's stail
ketupat mini
rendang ayam Encik's stail
lemang...beli sajaaa...
My new cc - chocolate temptation oreo

Untuk geng2 Mr. Huby serta wife diorang yang bekerja buat next round of open house pula.....


"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”

Monday, October 6, 2008

Daging masak kicap

Balik dari beraya di kampung ituhari, tengok dalam freezer ada lagi seketul daging yg belum sempat dimasak. Kira ni daging beku abes lah nih...Tapi sebenarnya daging fresh tak elok utk org yg ada penyakit darah tinggi, maybe sebab darahnya masih 'panas' lagi dimakan pula oleh org yg ada darah tinggi memang 'kena' lah...
Dari hari tu dah plan nak buat daging masak kicap. Teringatkan ada sekali tu, Kak Tun cerita yg Yop sampaikan sms dia tanya resepi masak kicap ni. Masa Encik sihat, dialah yg selalu prepare daging masak kicap ni. Sepupu Encik yg kami gelarkan Mak We pun selalu masak stail ni. Jadi saya pun call lah Kak Tun utk tanya resepi dan cara menyediakannya.

Bahan2
1/2 kilo daging direbus hingga lembut
minyak utk menggoreng

Bahan kisar
3 ulas bawang besar
6 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering
2 inci halia
2 sudu besar minyak jagung utk menumis

Bahan ditumbuk
1 sudu besar lada hitam (boleh tambah jika nak lebih 'hot')

3 sudu besar tomato sos
4 sudu besar kicap masin
1/2 sudu besar gula
1 biji bawang besar dipotong bulat

Cara
Toskan daging yang telah direbus. Potong nipis melintang ira. Goreng daging yg telah dipotong, tidak perlu terlalu garing. Part menggoreng ni bahaya sedikit sebab minyak akan meletup2 sebab daging berair, jadi utk mengelakkan ia meletup letakkan gaging diatas kitchen tissue dan lap sebelum menggoreng. Tumbuk kepingan daging yang telah digoreng dalam lesung batu hingga ia menjadi nipis tetapi jgn sampai hancur pula.

Tumis bahan kisar dan lada hitam yang telah ditumbuk hingga naik bau. Masukkan sos tomato, kicap dan gula serta air rebusan daging tadi. Banyak kuah bergantung kepada pilihan sendiri. Masukkan daging yang telah ditumbuk. Renehkan hingga daging dan kuah sebati. Masukkan bawang yang dipotong bulat reneh kan sebentar lagi. Tutup api. Hidangkan.

Nota:
Daging masak kicap ini lebih sedap dimakan keesokkan harinya setelah dipanaskan.


Yang lain daripada lain resepi ni saya rasa ialah cara penyediaan dagingnya yg digoreng dan ditumbuk terlebih dahulu. Resepi2 yg saya jumpa di internet tak ada lagi yg begini. So kira special lah masakan daging masak kicap resepi keluarga saya ni....






"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”

Budak2 datang beraya

Balik ke Puchong dari Kota Tinggi, awal2 pagi lagi dalam 7 setengah dari Kota samapai Puchong pukul 12. Alhamdulillah tak traffic jam. Selalunya saya memang kalau balik dari travel sure mabuk tidur punya. Tengahari tu masak ala kadar je, apa yang ada dalam peti ais. Petangnya tak sempat berkemas, asal menyusukan si baby je, sendiri yang lelap...

Anyway, petang tu sempat jugak arrange sofa biar nampak lain dan lebih selesa. Memang saya ni suka tukar2 tempat perabot yg ada, bukan apa kalau dok tempat yg sama je sepanjang tahun jemu pulak mata memandang....

Tetiba dalam pukul 9 lebih, bell dirumah ni berbunyi tandanya ada tetamu datang...dengar bunyi suara budak2 panggil2 nama si abang....ni mesti datang nak beraya ni...Ajak diorang masuk, adalah 11 orang...cepat2 masukkan kuih yang tak berapa nak ada tu dalam bekas, tambah dengan kerepek yg mak mertua dah bekalkan masa balik pagi tadi...selamat....





"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”

Wednesday, October 1, 2008

Hari Raya Aidilfitri 1429H

Semenjak saya mendirikan rumahtangga dan setiap kali menyambut hari raya di rumah mertua; memang menu utama adalah ketupat yang dimakan bersama kuah lodeh dengan sambal tumis juga ayam masak merah dan daging masak kurma.Jiran sebelah menyebelah pula akan bertukar-tukar juadah dengan menghantar sedulang penuh dengan menu yang lebih kurang sama iaitu ketupat dan masak lodeh ditambah dengan masakan ayam dan daging.

ketupat siap dimasak
kuah lodeh
daging masak kurma kemestian bagi ayah mertua
ayam masak merah

Juadah dari jiran sebelah kiri
Juadah dari jiran sebelah kanan


Tradisi di rumah mertua juga yang tiada dilakukan pabila menjelang hari raya di rumah sebelah keluarga saya ialah aktiviti bersalaman selepas solat sunat aidilfitri secara mengikut aturan susunan dari anak sulung hingga anak terakhir diikuti oleh isteri/suami dan anak2 masing2. Bukan lah bermakna kami tidak bermaafan di hari raya tetapi rasanya lebih secara tidak formal dan secara volunteer.
Disini juga pada hari raya pertama akan selalu ramai tetamu terdiri daripada sanak saudara dan kanak2 yang datang beraya. Disebelah keluarga saya pula, biasanya kami yang akan mengunjungi sanak saudara dan pada keesokkannya baru lah menerima tetamu.
Namun begitu, pagi tadi awal2 lagi setelah siap lebih kurang urusan di rumah, cepat2 kami keluar beraya ke rumah saudara sebelah ibu mertua saya yang menjadi D.O di Kota Tinggi




get ready masuk barisan utk bermaafan

Ayah dan mak mertua tengah ready nak bermaafan

acara bermaafan dimulakan oleh suami kakak ipar yang sulung

Anak2 buah dan anak2 saya dgn kakak ipar
Budak2 kalut tengah kira duit raya yg dapat lepas salam2










"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”
 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates