Tuesday, May 5, 2009

The wedding of My Niece

Pada cuti hari pekerja baru ni balik ke Ipoh. Memula planning nya nak balik ke Kota Tinggi, rumah IBU MERTUA KU.... Tapi tak jadi sebab ada kenduri kahwin Ina, anak Eteh; kakak saya yang no. 5. Ina baru saja berumur 20 tahun. Kenduri dibuat agak tergempar juga. Memandang kan dia tak lagi berminat nak belajar dan dah ada orang yang dirasakan begitu sincere nak memperisterikannya, jadi abang Li, suami eteh mengizinkan lah mereka berkahwin. Anak-anak eteh ada 2 semuanya dan kedua2nya perempuan. Ina anak sulung. Sedari kecil pun jika diukur dari segi kepandaian, Ina agak terkebelakang daripada adiknya, Ida.

Bercerita tentang mereka, terkenang pula saya semasa zaman mereka kecil2 dulu. Pada awal perkahwinan eteh, mereka tinggal bersama2 Apak dan Encik dikampung. Walaupun saya sentiasa bersekolah diluar daerah dan tinggal di asrama, tapi bila cuti mesti balik ke kampung dan mereka sentiasa ada bersama membuatkan hubungan kami lebih rapat. Bila saya dah mula bekerja, eteh sekeluarga dah berpindah ke Manjoi, Ipoh. Semasa saya dah mempunyai kereta sendiri, setiap kali cuti hujung minggu bila berkesempatan saya akan pulang juga ke kampung. Dan setiap kali pulang saya akan keluar di exit Jelapang dan akan ambil eteh serta Ina dan Ida bawa sekali pulang ke kampung. Begitulah rutinnya sehingga lah saya sendiri berkahwin.

Bila hari raya, Ina dan Ida selalunya akan dapat duit raya lebih la sikit daripada anak2 buah yg lain kerana memikirkan eteh tidak bekerja dan agak kekurangan dari segi kewangan berbanding adik-beradik yg lain. Banyak juga kenangan suka duka pahit dan manis yang tak dapat nak diceritakan disini; membesar bersama eteh hinggalah dia berkahwin dan mempunyai anak dan saya kira hidupnya mungkin lebih bahagia kini.....

Macamana pun jom layan gambar2 sekitar persediaan sebelum dan semasa kenduri kahwin Ina.....

Persiapan di dapur
Persiapan di dapur lagi
Persiapan di depan
Persiapan di depan
Bilik pengantin
Ketibaan pengantin lelaki

Pengantin sedang nak manjamu selera
Bersanding atas pelamin
Lagi bersanding
Dan lagi bersanding
Lagi dan lagi bersanding
Iye ke mikee???

Saya, anak2 dan anak buah serta bibik bergambar bersama pengantin

0 comments:

 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates