Friday, September 19, 2008

17 Ramadhan 1429H

Mula2 tak teringat hari ini public holiday sempena Nuzul Quran. Selangor cuti tapi KL tidak, tu yang tak teringat tambahan pula semenjak duamenjak dah tak bekerja ni, hari cuti pun dah tak berapa ambil tahu. Kebetulan pula hari ini harijadi si abang. Balik sekolah je semalam dia dah tanya tak nak buat birthday dia ke? Tak plan lah nak buat apa2 sebab hari tu dah discuss dgn Mr. Huby memula saya ada juga terfikir nak ajak jiran2 terdekat datang berbuka dirumah sambil potong kek. Tapi Mr. Huby tak setuju sebb masa pendek sangat sebab nanti kelam kabut nak solat Isyak dan terawih pula. Katanya celebrate je masa raya sekali open hse raya.
Si abang pula dah mention nak ajak juga sesapa datang berbuka dan nak suruh saya buat kek sekali...fikir2...ajak aje lah best friends nya Hazim dan Shahrul. Tapi mestilah ajak parents diaorang sekali. Ok lah kalau masak utk 2 family campur family kami 3 family. Boleh lah tu...
Kek nya dah buat malam tu jugak. Muak dah nak buat kek coklat, cakap kat si abang buat kek butter oren je lah, dia pula demand nak gambar ASTRO BOY




Untuk main dish saya masak nasi putih dengan lauknya AYAM KALASAN, GULAI LEMAK NENAS dan SAMBAL TERUNG BAKAR DAN TEMPE. Resepi ayam kalasan dapat dari blog Jeni.

Ayam KalasanSumber :
Variasi Masakan Selatan oleh Norzailina Nordin
Bahan-bahan
500 ml santan dari 1 biji kelapa
1 ekor ayam potong 8
1 sudu makan kicap manis
1 sudu teh kunyit serbuk
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak

Bahan (A) ditumbuk kasar
6 cm lengkuas
5 cm halia
4 cm kunyit
5 ulas bawang putih
5 batang serai
2 biji bawang besar
2 sudu besar biji ketumbar (yg ni saya tambah)

Cara Membuatnya
Perap ayam bersama kicap, serbuk kuinyit dan garam selama 1 jam.
Rebus ayam dengan santan dan bahan (A). Tambah gula dan garam secukup rasa.
Bila ayam setengah masak, angkat ayam dan letak di dalam penapis. Toskan bahan rebusan. Ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ayam hingga keemasan. Letak di dalam pinggan.
Goreng pula bahan rebusan yang ditapis di dalam minyak tadi. Bila sudah garing, angkat, toskan dan taburkan di atas ayam tadi.



GULAI LEMAK NENAS
Bahan2
1 biji nenas sederhana besar - dibelah 6 dan dipotong dalam ketebalan 1cm
1-1 1/2 cwn air
1 1/2 kotak santan KARA

Bahan (A)
1 1/2 sudu besar minyak
1 batang serai - diketuk
1 helai daun kunyit - diikat
1 biji bawang besar - diracik halus
2 biji bawang putih - diracik halus
2 inci halia dipotong nipis
1 biji cili merah - dipotong nipis

Cara
Rebuskan nenas hingga lembut. Sambil itu tumiskan bahan A hingga kekuningan dan masukkan kedalam periuk rebusan nenas tadi. Biar mendidih. Masukkan santan dan masak sehingga renihkan lagi hingga nenas sebati dengan santan.



Resepi ini sebenarnya sangat simple, tapi kombinasi nya amat digemari oleh saya dan Mr. Huby....

SAMBAL TERUNG BAKAR DAN TEMPE
Bahan2
Sebiji terung panjang - dipotong menyerong dan bakar dalam kuali tanpa minyak hingga lembut
Sekeping tempe - digoreng
Segenggam ikan bilis - digoreng

Bahan sambal
3 ulas bawang besar - diracik halus
3 ulas bawang putih - diracik halus
2 inci halia - diracik halus
3 sudu besar cili boh cap Puteri
2 sudu teh gula
2 sudu besar tomato sos
1 sudu besar sos tiram
sedikit air - jika sambal terlalu pekat

Cara
Tumis bawang dan halia hingga kekuningan. Masukkan cili boh dan kacau rata. Masukkan gula, sos tomato, sos tiram dan gula. Masak hingga pekat.

Cara menghidang
Letakkan terung, tempe dan ikan bilis sebelah menyebelah. Taburkan sambal keatas ketiga2nya. Siap dihidang...




ASTRO boy dah kena pancung...




"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”

0 comments:

 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates