Hari ini saya memilih untuk masak ala kebaratan. Iaitu spaghetti meatball. Resepi asal saya cedok daripada Racheal Ray. Selalunya masakan Racheal banyak menggunakan cheese. Oleh kerana Mr. Huby seorang yang sangat conscious tentang penggunaan minyak dan lemak dalam penyediaan makanan, jadi saya omit the cheese. Saya juga tidak menggunakan tomato puri kerana Mr. Huby juga tidak suka kuah spagetti yang masam.
Spaghetti Meatball
Bahan-bahannya (Hidangan untuk 4 orang)
Untuk kuah sos
2 sudu besar minyak jagung
1 biji bawang besar, di racik
2 carrots, dipotong dadu
3 ulas bawang putih, dicincang
1 kiub ikan bilis Maggi without MSG
6 biji tomato ranum - diblender
2 - 3 senduk sos tomato
1/2 sudu teh garam
sedikit oregano
Untuk meatball
Segemgam besar daging cincang cukup untuk menghasilkan 12 biji meatball
Daun English parsley, diracik halus (a generous handful)
1 biji telur
1/4-1/3 cawan serbuk roti
1/2 sudu teh garam dan 1 sudu teh lada putih atau secukup rasa
250gm spaghetti di rebus hingga lembut
Cara
Panaskan dan masukkan minyak jagung ke dalam periuk. Bila minyak sudah panas, masukkan bawang merah, bawang putih dan carrot dan dikacau, biar selama 5 ke 10 minit. Masukkan kiub ikan bilis, tomato yang telah diblender dan sos tomato, biarkan mereneh dengan api kecil.
Dalam mangkuk, satukan daging cincang, parsley, telur dan serbuk roti; perasakan dengan garam dan lada putih. Gaul rata menggunakan tangan dan bulat2kan membentuk bola.Jatuhkan bola2 daging ke dalam kuah sup perlahan2 dan jangan dikacau untuk mengelakkan bebola daging terpecah. Setelah dalam 5 minit balikkan bebola daging perlahan dan kacau sedikit2 kuah sos untuk meratakannya. Biarkan mereneh hingga kuah pekat.
Bahagikan spagetti yang telah direbus kedalam 4 pinggan, setelah kuah agak pekat, curahkan keatas spagetti dengan meletakkan 3 biji bebola daging setiap satu pinggan. Boleh juga ditabur parutan cheese jika menginginkan rasa ala Itali. Siap dihidanhg!
Selain daripada spaghetti meatball ada 2 lagi juadah yang saya sediakan. Juadah ini biasa disediakan oleh Encik (mak saya) semasa saya kecil2 dulu waktu di kampung.
Jemput Kuchai
Bahan2
300gm tepung gandum
segenggam kuchai yang telah dipotong sepanjang 1 inci
segengam taugeh
sejemput udang kering
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
air secukupnya
Minyak dalam 1 1/2 inci tinggi dari dasar kuali untuk menggoreng.
Cara
Campurkan semua bahan kedalam besen kecil. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau. Adunan haruslah sangat pekat dan kental. Setelah adunan bercampur elok, sendukkan menggunakan sudu besar kedalam kuali yang berisi minyak panas. Goreng hingga kekuningan.
Encik juga selalu menyediakan manisan berupa pengat pisang yang saya kira tak sama dengan yang dijual di kedai2 makan atau yang disediakan oleh orang lain.
Pengat Pisang Encik
Bahan2 (Hidangan untuk 2 orang)
4 biji pisang nipah yang kulitnya sudah kuning tetapi isinya tidak berapa lembik
1/4 cwn gula pasir
1/3 cwn air
1/3 cwn santan
sehelai daun pandan
Cara
Potong pisang nipah memanjang untuk mendapatkan 2 kepingan setiap satu. Kemudian potong 3 secara menegak untuk mendapatkan 6 ketulan kecil pisang bagi setiap biji pisang yang digunakan.
Masukkan gula kedalam periuk dan panaskan hingga gula cair menjadi gula hangus (caramel). Gula harus dikacau sentiasa agar tidak hangit. Setelah gula cair masukkan air sedikit2 dengan berhati2 kerana caramel didalam periuk boleh memercik keluar jika air dituang sekali gus. Kacau lagi hingga rata dan masukkan daun pandan yang telah disimpul dan pisang yang telah dipotong2. Biar hingga mendidih. Setelah caramel agak menyusut dari kuantiti asal, masukkan santan. Biar mendidih dan tutup api.
Note:
Kuah pengat yang biasa disediakan oleh Encik selalunya agak kering dan pisang tidak benyek. Itulah keistimewaan pengat pisang Encik ini.
Untuk sahur pula saya sediakan masak gulai taucu ikan patin. Gulai taucu juga selalu disediakan oleh Encik. Baru-baru ni tengok rancangan memasak hosted by Chef Wan ada juga ditunjukkan caranya. Tetapi kali ini saya akan sediakan mengikut versi saya sendiri.
Gulai Taucu Ikan Patin
Bahan2
Ikan tenggiri/merah/patin potong
Garam
Kunyit
Minyak untuk menggoreng
Bahan kuah
Sebiji bawang merah sederhana besar - diracik
3 biji bawang putih - diracik
sebiji cili hidup merah - dipotong memanjang dibuang biji
sebiji cili hidup hijau - dipotong memanjang dibuang biji
seinci halia - dipotong nipis
Sebiji timun - dipotong menegak dalam 1 1/2 inci, dibuang bahagian tengah dan potong memanjang
sepeket taucu - dibasuh sedikit supaya tidak terlalu masin
garam jika perlu
Cara
Lumur ikan dengan garam dan kunyit - goreng hingga garing
Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, cili hingga sedikit garing.Masukkan taucu dan kacau hingga rata. Masukkan timun yang siap dipotong. Masukkan air mengikut banyaknya mengikut kehendak masing2. Masukkan ikan yang telah digoreng. Biar mendidih. Perasakan dengan garam jika perlu.
"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”
0 comments:
Post a Comment