Sunday, January 4, 2009

Yop Datang ke Puchong Intan

7 Muharam 1430H

2 hari lepas dapat sms dari Yop, kata dia ada KL. (Yop is my eldest brother and the one and only brother that I have. He is a medical doctor by profession which I'm proud of, even though during my childhood life I’m not that close to him. I think it’s due to the substantial age differences between us and seldom meet him. Setelah bersara, sibuk menjaga cucu serta menguruskan Badan Kebajikan yang dinaunginya di Kelantan)

Asal2nya Yong (isteri Yop) yang datang dulu sebab melawat mak Yong yang tak sihat yang berada di rumah adik Yong. Bila dah stay beberapa hari, cucu Yop (anak Kamil) yang tinggal di Ampang pula tak sihat; demam panas sampai kena admitted. Jadi Yop pun turun lah dari Kelantan.

Plan diorang hari ini, Yong nak pergi KLCC nak beli mixer utk buat roti brand Kenwood. Yong pun dah berminat nak 'menceburi' bidang baking ni. Since dia pun dah pencen, sambil2 jaga cucu boleh la mengadun kek dan roti.

Oleh kerana Yop pun tak pernah datang ke Puchong Intan, semenjak saya berpindah ke sini, so persuade jugak la dia datang. Ikut plan nya maybe 2 hari lagi dia nak balik Kelantan. Since hari ini hari Ahad, saya pun tak ada plan nak kemana2, oleh kerana esok dah nak start sekolah, so bolehlah melayan tetamu. Bila ada tetamu nak datang elok la kalau sediakan something special to be eaten. Fikir2 buatkan lah Chocolate Cheesecake ala2 Nigella Lawson dan juga Carbonara Spagetti yang saya prepare mengikut suka hati saya...

Chocolate Cheesecake

Bahan2

300gm biskut digestive
150gm butter dicairkan

500gm cream cheese
3/4 cawan gula kaster
150ml yogurt (1 bekas kecil)
3 biji telur
3 biji kuning telur
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar serbuk koko
150gm coklat masak - dicairkan

Cara2
Hancurkan biskut digestive dan digaul sebati dengan butter. Tekan padat campuran biskut di dalam acuan springfoam saiz ~ 21cm. Sejukkan didalam peti sejuk.
Sementara itu, putar cheese dengan gula hingga sebati. Pastikan cheese telah dinyah sejuk pada suhu bilik. Masukkan yogurt dan gaul sebati. Didalam bekas berasingan pukul telur, tepung kastard serta serbuk koko menggunakan whisker. Setelah bercampur elok dan tidak bergentel, masukkan kedalam adunan cheese tadi dan sambung putar menggunakan mixer elektrik. Masukkan separuh daripada coklat masak yang telah dicairkan kedalam adunan cheese, dan gaul sebati. Keluarkan biskut yang telah disejukkan dan tuang adunan cheese keatasnya. Bakar secara steambake pada suhu 160 degree C selama 1 jam. Setelah 1 jam, cuba tekan permukaan kek dengan sudu, jika ia agak padat bermakna kek sudah masak. Jika tidak tambah lagi masa memasak dalam 10 ke 15 minit. Setelah puas hati dengan rupa kek yang telah masak, renggangkan pintu oven dan biarkan kek menyejuk didalam oven dalam 1 jam lagi. Setelah dikeluarkan dari oven, tuang lebihan coklat masak yg dicairkan keatas kek mengikut corak yang dihajati.

**Untuk cheesecake, bila nak potong gunakan pisau yang direndam dalam air panas dan lap sebelum memotong. Ulang merendam untuk potongan berikutnya. Ini untuk mendapatkan potongan yang licin tanpa melekit2 pada pisau.


Spagetti Carbonara
Bahan2
500gm Spagetti di rebus dalam air yang dicampur sedikit minyak.

Bahan kuah
2 tin Campbell mushroom soup
1 tin susu cair

1 tin cendawan butang di potong nipis
16 batang crab stik dipotong setebal ~ 1/2cm
2 biji bawang besar diracik
5 biji bawang putih diracik
1/3 biji cauliflower*
1/3 biji capsicum merah*
1/3 biji capsicum hijau*
1/3 biji capsicum kuning*
sedikit minyak untuk menumis bawang
(* dipotong dadu)

Serbuk lada hitam, lada putih dan garam - kuantiti mengikut citarasa masing2.
Sedikut serbuk oregano.

Cara
Masukkan lebih kurang 2 sudu besar minyak kedalam periuk panas. Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan capsicum dan kacau rata seketika. Masukkan cauliflower dan kacau rata. Masukkan air sekadar sama paras dengan bahan2 didalam periuk hingga cauliflower separa lembut. Masukkan cendawan butang. Masukkan kedua2 tin Campbell soup, 2 tin air(ambil dari bilasan tin campbell) serta susu cair. Perasakan dengan serbuk lada hitam, lada putih, oregano dan garam. Tambah mana2 perasa yang difikirkan sesuai dengan selera masing2 seperti nak lebih masin atau pedas. Akhir sekali masukkan crab stik. Renihkan seketika. Sedia dihidang!





My Choc Cheesecake - 1/2 of the recipe

The Carbonarra Soup

With spagetti

Yop, Yong, menantu sulung dan anaknya

Tak lama lepas tu Faiz, anak Yop no 2 datang bersama isterinya dari Tmn Equin


Yop, Yong, menantu sulung, dan menantu kedua

0 comments:

 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates