Thursday, January 1, 2009

Salam Maal Hijrah 1430 & Happy New Year 2009

Tahun baru Hijrah telah 5 hari meninggalkan kita sementara tahun Masihi baru semalam bermula. Tiada azam baru atau kata-kata semangat bagi saya untuk memulakan tahun baru ini. Hhmmm... bagi saya selalunya azam dan angan akan berlalu tanpa dizahirkan, bersama-sama berlalunya saat, minit, jam, hari dan bulan dan akhirnya tahun yang baru lagi muncul kembali.

Prinsip saya cuma satu, tak perlu menetapkan azam bila tiap kali bermula tahun baru. Azam adalah kehendak yang menjurus kepada kebaikan perlu dilakukan untuk setiap apa pun perkara yang ingin atau perlu kita lakukan. Contohnya seperti berikut:

1. Bila nak pergi shopping barang dapur.
Kita mesti menetapkan apa yang kita nak beli, sebaik2nya buat list apa barang yang perlu. Bila membeli, jangan teralu terpengaruh dengan iklan dan jenama barang. Buat pilihan bijak dengan memeriksa harga barang, untuk itu pilih yang paling murah dan sesuai dgn kegunaan.

2. Bila nak shopping barang perempuan, exp: tudung, baju, kain, handbag atau barang kemas (emas).
Tak payah la terikut2 sangat dengan taktik peniaga yang sengaja mengambil peluang menggunakan nama tudung 'Ekin' la, baju 'siti norhaliza' la...Rata2 tudung Ekin yang saya perhatikan dijual dengan harga antara RM35 hingga RM90. Bagi saya tudung harga sepuluh hengget pun sudah memadai asalkan boleh menutup aurat, dan boleh didapati dengan corak yang menarik dan sangat cantik. Daripada spend berpuluh hengget dapat beli sehelai baik beli yang murah, boleh beli berhelai-helai...Kalau teringin jugak nak pakai tudung Ekin, cuba survey lagi, ada jugak kedai yang menjualnya dengan harga yang jauh lebih murah. Sayang duit beb...habis musim glamornya nanti, sure turun harga punyerr...
Sama juga halnya kalau beli handbag, setakat ada satu yg betul2 branded cukup la...yang lain2 tu beli je lah yang imitation...bukan ada orang nak kutuk pun...kalo orang kutuk pun lantak kita la, duit kita...
Kalau cerita bab barang kemas, lagi la buang duit memang membelinya oleh kerana harga emas yang melambung2 naik. Kalau nak bergaya banyak lagi alternatif lain, contohnya pakai barang kristal, emas sadur dan ape2 ajelah yang difikirkan menarik...
Kesimpulannya, saya lebih suka spend duit untuk sesuatu benda yang saya boleh dengan murah dan dapat banyak daripada dapat satu je tapi mahal.....

3. Bila nak makan
Azam didalam hati setiap kali nak makan jangan bertambah. Sebabnya kadang2 kita makan bertambah bukan sebab kita masih lapar tapi sebab makanannya sedap2. Makan sebanyak yang perlu saja, sebab terlebih makan adalah punca penyakit.

4. Bila nak beribadat; seperti sembahyang, puasa, baca quran
Tetapkan didalam hati setiap kali nak memulakan solat, nak khusuk dan nak lupakan perkara2 lain yang duniawi. sama juga bila nak baca quran, cuba berusaha baca dengan betul bukan sekadar baca dan langgar semua tajwid dan sekadar mengharapkan pahala membaca quran sahaja.

Dan banyak lagi perkara yang kita lakukan seharian yang memerlukan kita menetapkan hati dan pendirian, setiap kali sebelum kita mula lakukannya. Dan bagi saya itulah azam yang paling penting dan bermakna jika dilakukan dengan cara yang betul dan tidak hentam keromo saja......




0 comments:

 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates