Monday, January 12, 2009

Kekejaman Israel - Apa sumbangan kita?

15 Muharam 1430H



Sejak Israel melancarkan serangan terhadap bumi Palestin pada 27 December lalu, hingga ke hari ini; kita masih mendengar serangan yang tidak henti-hentinya. Seingat2 saya semenjak kecil semasa di bangku sekolah lagi cerita perang di sebelah tanah Arab terutamannya Gaza, Afganistan dan Iraq seakan sudah menjadi lumrah dalam kehidupan mereka. Saya masih ingat lagi, bila ada cerita perang sebegini di televisyen, kita akan menyaksikan bagaimana remaja dan juga kanak2 Palestin berusaha melawan dengan membaling batu kepada tentera Yahudi. Bagaimanalah kanak2 itu hendak melawan mereka yang bersenjata dengan teknologi moden. Betapa sukarnya kehidupan mereka jika dibanding dengan apa yang kita kecapi di negara kita yang aman dan makmur ini.



Jika kita baca sejarah Gaza, semenjak tahun 15 BCE hingga 1517 lagi, pemerintahannya sering bertukar tangan. Antara 1517-1948 Ottoman dan British menguasai. Selepas itu, antara tahun 1948-67 dikuasai pula oleh Egyptian dan disambung oleh Israeli pada 1967-94. Setelah lepas dari belengu Israel, Palestin memerintah pada 1994-2007. Pertelingkahan antara puak Hamas dan Fatah yang mungkin memberi peluang kepada Israel untuk campur tangan dan melancarkan serangan akhir tahun lepas. Sememangnya bangsa Arab dikenali dengan sifat yang panas baran, dan tiada perbincangan yang berjaya menyelesaikan masalah agaknya mungkin menjadikan salah satu sebab juga campur tangan Yahudi. Tambahan pula puak Hamas dianngap sebagai organisasi pengganas dunia oleh kuasa2 besar, memburukkan lagi keadaan.



Tidak dapat dibayangkan bagaimana perasaan mereka yang terutamanya berada di Gaza dan kawasan berhampiran, setiap hari mendengar dentuman yang maha dahsyat; pasti menggerunkan dan berada dalam ketakutan. Maut sentiasa menghampiri. Gencatan senjata yang dilaung2kan oleh pemimpin dunia terutamanya Amerika Syarikat entah bila menampakkan hasil. Berbagai usaha dan perbincangan antara mereka dilakukan namun keadaan masih lagi tidak berubah.



Hakikatnya, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Semenjak berita perang ini tersebar, banyak email dan sms yang diterima tentang apa yang boleh kita lakukan untuk memperlihatkan kebencian kita terhadap Israel dan sekutunya. Banyak yang memberi pendapat untuk memboikot barangan Amerika. Banyak juga produk2 makanan serta pasaraya serta franchise yang termasuk dalam senarai untuk diboikot. Selain dari itu ada juga yang menyarankan agar mengadakan solat hajat, membaca ayat2 dari surah2 dalam Al-Quran memohon pertolongan Allah. Selain dari itu, mengadakan demostrasi membantah serangan Israel serta menyumbang wang ringgit dalam bentuk derma. Jika lebih berani, boleh juga menjadi sukarelawan membantu mangsa2 yang cedera.



Bagi saya, saya lebih cenderung untuk memilih jalan memohon pertolongan Allah dengan cara berdoa, serta solat hajat juga menyumbang derma. Untuk pergi berdemonstrasi juga rasanya mungkin ok, tapi tiada peluang lagi.



Untuk memboikot barangan terutama produk makanan bagi saya kurang setuju. Rasanya impak terhadap ekonomi mereka seakan sebesar kuman sahaja. Setelah sekian lama barangan serta restoran franchise mereka bertapak di bumi Malaysia, dan setelah sekian lama juga kita menjadi pengguna, saya tidak pasti jika kita memboikoi sekarang akan dapat melumpuhkan ekonomi Amerika dan seterusnya menghentikan perang dalam masa yang singkat. Juga sampai bila kita boleh memboikot?



Saya bukanlah pakar ekonomi dan pengetahuan tentang ekonomi juga sangat ciput kerana bukan bidang yang saya ceburi dan untuk belajar juga tidaklah begitu berminat. Tapi secara logiknya, dengan adanya franchise serta barangan dari luar secara lansung dapat menjana ekonomi negara dan mewujudkan peluang pekerjaan di negara kita. Rasanya jika kita memboikot, orang yang akan benar2 terkesan adalah rakyat negara kita yang juga kebanyakannya adalah orang Islam. Adakah dengan niat kita untuk menolong saudara seagama kita diluar sana dengan tidak kita sedari, kita telah menganiaya saudara sesama Islam di negara sendiri.



Juga jangan lupa, OS, microsoft software yang kita gunakan untuk computer dan sesetengah jenama komputer juga adalah barangan Amerika yang bersekutu dengan Israel. Jika nak boikot macamana nak dapatkan info tentang berita terkini diluar sana....hhmm.....fikir-fikirkan lah.....



"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kepada orang orang Islam di Palestin, hancurkanlah rejim zionis..amin. ..."> > (Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)





0 comments:

 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates