Tuesday, August 3, 2010

Bibik Oh! Bibik!

4 August 2010

Kini setelah hampir setahun, tergerak hati menulis semula di blog ini. Blog ini seakan tempat untuk mencurah isi hati sebagai salah satu pengubat jiwa.

Dalam 3 bulan akan datang ini, saya terpaksa menempuh lagi proses yang pernah dilalui pada suatu ketika dulu. Proses pengambilan pembantu rumah warga asing. Dulu juga telah pernah ditinta disini pengalaman yang ditempuhi. Cerita tersebut telah ditulis dalam entry:
http://lailatulalias.blogspot.com/2009/03/prosedur-pengambilan-pembantu-rumah.html

Sememangnya saya benar2 berharap agar bibik sekarang dapat menyambung kontrak nya agar saya tak perlu lagi melalui proses yg menyusahkan ini. Dan tak lain tak bukan juga dapat menyelamatkan beribu-ribu biji lemon duit yang bakal di keluarkan untuk di bayar kepada agen.

Telah pun saya berusaha sedaya upaya menjadi majikan yang baik dan di senangi oleh bibik. (Lihat enty ini: http://lailatulalias.blogspot.com/2009/07/bibik.html)

Bukan lah bermaksud hendak mengungkit kebaikan yang saya lakukan terhadap bibik atau tak ikhlas berbuat baik. Namun sedikit sebanyak kesal juga bila kebaikan kita dibalas dengan sesuatu yang bukan menjadi pilihan atau kehendak kita.

Seorang agen telah pun ku hubungi bertanyakan tentang proses serta yang paling utama...ONGKOS NYA....
Proses dengan imigresen hampir keseluruhannya telah pun saya ketahui kerana saya sendiri yang turun naik pejabat imigresen, pejabat cukai serta fomema; sambil mengheret ketiga2 anak untuk menyiapkan proses pengambilan pembantu rumah.

Beberapa option telah di consider; seperti menempatkan anak2 di kedai sewaktu saya dan Mr Huby keluar bekerja. Juga terfikir untuk mencari orang kita sendiri yang tinggal sebatang kara yang mungkin boleh tinggal dengan kami sambil menjaga anak2. Selain dari itu, ada juga saya cuba hubungi saudara di Ipoh yang pernah mengambil orang Kemboja untuk menjaga ibunya. Semua option yang ada seakan tidak dapat di realiti kan setelah menimbang buruk baiknya.

Pilihan yang ada kini ialah mengambil pembantu menerusi seorang agen. Orang Melayu kita yang ada bisnes barangan kraftangan di OUG, Kak Liza. Dia mengiklan kan servis nya melalui 'Melayu Trade'. Kalau di tengok, agak mahal jumlah duit yang perlu disediakan. RM6500 - all in. Tetapi setelah menimbang beberapa faktor yang telah Kak Liza terangkan dengan panjang lebar melalui talifon; agak setengah jam jugak bersembang dengannya itu hari...sampai panas rasa telinga...kiranya option ini yg agak reliable. Hanya tunggu masa saja untuk berjumpa dengan Kak Liza, agar Mr Huby lebih confident untuk menggunakan servisnya.

Saya hanya berdoa semoga Allah memudahkan urusan saya kali ini. Dan juga dengan harapan yang besar semoga bibik kali ini dapat berkhidmat sekurang-kurangnya sehingga Damia menjangkau umur sekolah rendah....

“Rabbi inni lima anzalta ilaiya min khairin faqir” (”Wahai Tuhanku, Sesungguhnya aku ini kepada apa sahaja kebaikan yang Engkau turunkan amatlah fakir”).
(Doa yang dibaca oleh Nabi Musa ketika baginda ditimpa kesusahan, dipetik dari blog http://drmaza.com/home/?p=967#more-967)

0 comments:

 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates