Sunday, April 5, 2009

Chicken Chop

Projek memasak chicken chop ni actually minggu lepas lagi dah buatnye....cuma baru sekarang sempat mengupdate...
Setiap weekend jika masa acara membeli belah barangan dapur tidak melampaui had masa makan tengahari, saya lebih suka memasak dirumah. Mencuba resepi yang biasanya saya saksikan di channel AFC, Rasa Halal Orient, daripada show tukang masak yang saya minati iaitu, Racheal Ray, Nigella, Jamie and bla....bla..bla...
Untuk itu pada minggu lepas untuk dinner, saya telah mencuba resepi chiken chop yg saya lihat Racheal Ray telah memasaknya....

Bahan2

6 ketul de-bone chicken
diperap dgn:
4 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada putih
2 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa

Bahan lain
1 atau 2 biji telur dipukul sedikit
serbuk biskut (boleh guna biskut 4 segi dan dihancurkan tak perlu halus sangat) minyak untuk menggoreng
Air rebusan ayam daripada tulang dan lebihan ayam yang telah diambil isinya

Cara
Perap ayam dengan bahan perapan sebaik2nya semalaman yang disimpan didalam peti sejuk.
Panaskan minyak. Kuantiti minyak cukup sekadar hingga separuh daripada paras ayam bila diletak dalam kuali apabila mengoreng. Celupkan ayam didalam telur dan golekkan didalam serbuk biskut. Pastikan minyak betul2 panas apabila memasukkan ayam didalam kuali. Apabila ayam telah masak sebelah, balikkan untuk memasakkannya disebelah lagi. Angkat dan letakkan diatas tisu dapur.


Bahan sos:
1 sudu besar minyak zaitun atau minyak jagung
4 biji bawang putih diketuk dan diracik halus.
2 sudu besar tepung gandum
5 biji cendawan butang dipotong kecil2
1 cawan air rebusan ayam
serbuk lada sulah, lada hitam dan garam secukup rasa


Cara
Panaskan minyak dalam periuk non-stick (sebaik2nya. Tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukkan cendawn butang. Masukkan tepung dan kacau hingga likat. Masukkan air rebusn ayam. Tambahkan serbuk lada sulah, lada hitam dan garam mengikut cita rasa sendiri. Renihkan hingga sos agak pekat.


Cara menghidang
Letakkan daun salad dalam piring leper saiz sederhana. Letakkan ayam diatas daun salad. Tambahkan kentang goreng atau bakar disebelah ayam. Tuangkan sos lada hitam diatas ayam dan kentang. Siap dihidang!






Yang ini pula adalah masakan untuk lunch. Lala ditumis dengan bawang putih, kuchai, taugeh besar dan sos tiram.

 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates