Friday, April 3, 2009

Kek Coklat Kukus

9 Rabiul Akhir 1430H

Weekend ni sampai 2 kali buat coklat kek. Dua-dua kali pun di buat last minute planning. Hari sabtu buatkan untuk dibawa ke rumah Yan jiran tingkat 4 sempena kenduri doa selamat untuk Yan yg bakal melahirkan anak dlm 2 minggu lagi.

Sekali lagi buat baru sekejap ni, untuk Timang, best friend ku yang nak datang untuk bertanya berkenaan proses pengambilan pembantu rumah.

Actually resepinya dapat dari member di ofis baru. Kek coklat ni bukan dibakar tapi dikukus. Ini la resepinya.....

Bahan2

A.Di ayak bersama
2 cwn tepung naik sendiri
1/2 sudu teh soda bikarbonat

B.Dikacau hingga sebati
1/2 cwn serbuk coklat
1 cwn gula caster
1 cwn minyak masak @ minyak jagung
1/2 cwn air suam

C.Di pukul hingga gebu
1 cwn susu pekat
4 biji telur

Cara

1.Sediakan acuan yg dilapik kertas atau dilengser dengan minyak.

2.Sediakan periuk untuk mengukus.

3.Sediakan bahan A dan ketepikan sebentar.

4.Sediakan bahan B. Masukkan bahan A sedikit demi sedikit dan kacau hingga tepung hilang dari pandangan.

5.Masukkan bahan C kedalam adunan tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.

6. Masukkan adunan kedalam acuan dan kukus hingga 1 jam. Kek telah masak elok jika cucuk tengahnya menggunakan pisau tiada lekatan kek pada pisau.

Bahan toppping.

50gm serbuk koko
1 sudu besar tepung kastad
200gm gula caster
1/2 cwn air
1 cwn susu cair
1 sudu teh esen vanilla
2 biji kuning telur
50gm butter

Cara
Ayak serbuk koko dan tepung kastad dan masukkan semua bahan dalam satu bekas kecuali butter. Kacau dengan whisker dan tapis kedalam periuk. Masak diatas api perlahan sambil mengacau dengan whisker hingga adunan agak pekat. Perlu sentiasa kacau untuk mengelakkan campuran berketul. Bila adunan sudah pekat tutup api dan masukkan butter dan kacau lagi hingga bercampur elok. Tuang diatas kek yang telah masak.






Timang baru saja mengerjakan haji pada bulan haji yang baru lepas. Sambil2 makan kek dapat lah tangok album gambar dia di tanah suci. Bestnya tengok gambar2 dia kat sana. Bila lah agaknya peluang saya pula utk menjejakkan kaki ke sana akan tercapai.....

0 comments:

 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates