Sunday, September 14, 2008

10 Ramadhan: Tragedi Sedih di bulan Ramadhan 1429H

Tengahari 10 Ramadhan, kakak saya no 5; Eteh hantar sms bagitau yang kakak saya no. 4; Etak yang badannya lemah sangat sampai nak berjalan pun tak boleh. Etak dah hampir 5 tahun menjalani rawatan dialisis akibat buah pinggangnya rosak punca daripada sakit kencing manis yang telah dihidapinya dari zaman remajanya lagi.

Keesokkan paginya, kakak saya no 3, Kak Yang pula hantar sms bagitau yang dia di hospital menunggu Etak yang ditahan diwad. Saya tanya apa yang doktor bagitau, Kak Yang jawab yang doktor masih lagi periksa Etak. Saya dah mula rasa tak sedap hati. Petang tu Eteh call, dengan nada sebak; dia kata doktor cakap condition Etak sangat teruk dan harapan hanya 50-50. Tanpa berfikir panjang lagi saya bagitau saya akan balik malam itu juga. Saya terus talifon Mr. Huby yang masih berada di office bagitau keadaan Etak dan cakap nak balik Ipoh lepas berbuka. Mr Huby ok saja...

Dari pukul 5.30 dengan express saya terpaksa juga menyediakan juadah berbuka sebab bahan2 semua dah ready sambil packing baju bebudak, baju saya dan baju Mr. Huby. Kemas rumah mana yang patut. Suruh bebudak semua mandi dan get ready masing2, sebab lepas berbuka dan solat maghrib nak terus nak shoot to Ipoh. Saya berdoa dalam hati janganlah Etak pergi sebelum saya sempat melihatnya buat kali terakhir.

Sampai di tol Simpang Pulai dah pukul 10.30 malam. Talifon Kak Yang katanya dia masih dihospital. Saya mintak dia tunggu sebab saya nak terus ke hospital. Sampai di hospital hampir jam 11 mlm. Eteh juga berada dihospital, temankan saya naik ke wad ICU, cuma 2 orang dibenarkan, Mr. Huby dan bebudak tunggu di GF.
Melihat wajah etak yang sembab dan terpasang beberapa wayar dan tiub kerana dialisis masih lagi dijalankan dan dia juga dibantu dengan oksigen, hati saya amat sayu. Saya usap tangannya. Harapan saya dia dapat rasakan kehadiran saya disitu. Sambil mengusap tangannya saya suruh dia ucapkan 'Laailahailallah....' Saya lihat kaki nya tersentak beberapa kali seakan dia ingin sedar. Selama hampir 1 jam saya mengadap Etak. Nurse bertugas bagitau yang jika ada apa2 kecemasan mereka akan hubungi ahli keluarga kerana tiada sesiapa dibenarkan menunggu disitu.

Kami pulang kerumah Nyah, kakak no 2 di Simpang Pulai hampir jam 12.30 pagi. Malam itu saya tak dapat melelapkan mata, ditambah pula hujan lebat dengan petir. Pukul 2 lebih saya terlelap juga akhirnya. Pukul 3.45 saya dikejutkan bunyi indicator hp yg saya terima miss call. Oohh...rupa2nya Kak Tun, kakak saya no. 6 call bgtau dia dah sampai dari Labis, Johor. Saya bangun dan turun kebawah tengok2 Kak Yang pun dah bangun, bila tanya mana Kak Tun, Kak Yang kata diorang dah pergi rumah Kak Yang di taman berhampiran.

Bila dah terjaga saya tak dapat tidur lagi, dah hampir pukul 4.30 pg saya pun bersahur dan selepas itu kejutkan Mr. Huby dan si abang. Pukul 5 pagi hospital call bagitau yang Etak dah nazak. Kami cepat2 sudahkan sahur dan bertolak ke hospital besar Ipoh. Sampai disana Kak Tun dengan suaminya Abg Harun dan anak perempuannya Liza dah berada disana. Etak diajar mengucap. Lama juga keadaannya begitu, Abg Harun yang tak sampai hati melihat dia terseksa lama, minta pada nurse surah Yassin dan bacakan pada Etak. Tidak lama selepas itu jam 6.34 pagi pada 11 Ramadhan 1429H Etak pulang ke Rahmatullah dengan aman.....Alfatihah.....


"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”

1 comments:

a Z u said...

kmye, takziah dari sy utk kmye sekeluarga, sy arini baru tau kmye ade blog lain,jgn lupe update lg ehh, sy nih rajin membaca..hihih

 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates