Saturday, August 15, 2009

Nasyid Competition

24 Syaaban 1430H

Aktiviti dihujung minggu ini kami penuhi dgn menghadiri pertandingan nasyid antara tadika PASTI daerah Puchong. Isya antara 10 kanak2 yang mewakili sekolah mereka. Pertontonkan............

Monday, July 20, 2009

Bibik....

Hari sabtu baru ni masa belek2 calendar; baru perasan yang birthday bibik ku dah lepas iaitu pada 16/07. Dulu lagi saya memang dah berniat nak buatkan kek utk dia. Bukan ape..saje nak ambik hati..mana lah tau kot kot bila kami layan dia baik... harap2 nak le dia sambung lagi kerja di sini lepas habis kontrak 2 tahun.

Kalau nak dikatakan bibik ku ni perfect sangat tidak lah...dari segi mengemas ada juga yang tak puas hati. Dari segi memasak pun sama juga banyak benda lagi yang dia kena belajar, walaupun saya lebih prefer masak sendiri...ye lah...yang nak makan laki ku juge..serta anak2...tak kan asik nak bagi makan air tangan orang lain...

Namun begitu, dari segi penjagaan anak2 boleh dikatakan ok. Bagi saya itu yang paling penting. Biarpun rak berhabuk atau tepi singki dapur masih terdapat sedikit kulat; kebajikan anak2 tetap terjaga. Ada orang yang sediakan makan bila diorang balik sekolah, mandi dan basuhkan 'yak' Damia, temankan Arif dan Isya turun lif masa pergi sekolah dan lain2 lagi semasa ketiadaan saya keluar bekerja; itu semua amat saya syukuri.

So, pagi2 ahad tu lepas siapkan breakfast; saya pun terus bancuh kek coklat kukus. Bila bibik ku tanya, alasan saya saja buat kek untuk pulangkan bekas mangkuk Siti (ibu susuan) Damia yang dulu dia pernah bagi makanan. Kononnya nak buat surprise le....

Masa bibikku tengah tidurkan Damia, suruh anak2 yang dua lagi serta Tina deco kan kek tu. Saje...je...tak le nampak saya je yang beriya2..lepas tu sorokkan kek tu dalam master bedroom.

Tak de plan pun nak invite sesapa; except for Teacher Ani, yang anaknya (Tina) memang ada kat rumah ni since Sabtu tengahari, Kak Mariam tukang urut (sebab bibik ku se'negara' dan kenal kakak ni..), Azua sebab Hazim datang main kat sini; serta Siti.

Petang tu keluar kejap, beli lah sedikit kuih muih karipap, cempedak goreng serta cucur udang buat tambahan makanan.

Masa tolong siap2 kan meja, bibik ku curious jugak; dia tanya ada ape ni makanan banayk2..dgn selamba saya jawab...'saja nak jemput Siti ngan Teacher Ani datang minum petang...'

Dalam pukul 5, bila jemputan dah datang (kecualia Azua sebab sakit mata); panggil la biibik ku keluar....bila nampak kek baru dia tahu kek tu untuk dia....

Bebudak ni ...(dan juga selitan dari orang dewasa) nyanyi la Happy birthday untuk dia...

Komen Siti...'susah nak dapat majikan macam ni...' walaupun saya ikhlas...dalam hati saya tetap berdoa agak bibik ku sanggup untuk sambung stay disini selepas habis kontraknye...

Rasanya denagn adanya bibik ni, saya pun dah jadi sangat kurang lost temper berbanding dulu kerana kebanyakkan chores dah beres dan saya ada banayk quality time bersama anak2 serta suami tercinta.....
















Monday, June 29, 2009

Sedikit tazkirah....

7 Rejab 1430H

Artikel ini agak sedikit panjang untuk dibaca; tetapi amat berguna untuk menjadi panduan hidup kita dalam menegakkan syiar Islam...

Hadis Palsu Rejab, Syaaban
Disiarkan pada Jun 23, 2009 dalam kategori Ibadat
Artikel ini merupakan Himpunan penulisan Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin yang terdahulu dicadangkan untuk bacaan bersempena bulan Rejab.

Agama wajib dipelihara ketulenannya supaya tidak berlaku campur aduk antara rekaan manusia dan perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika agama boleh direka cipta, maka wahyu sudah tentu tidak diperlukan, juga Rasul tidak perlu diutuskan. Oleh itu Islam mengharamkan pembohongan di atas nama agama.


Dalam persoalan hadis, ramai kalangan kita yang begitu tidak berdisiplin dalam memetik hadis-hadis Nabi s.a.w., begitu juga dalam menghuraikannya. Sebahagiannya langsung tidak mengambil berat persoalan kethabitan iaitu kepastian di atas ketulenan sesebuah hadis.

Apa sahaja yang dikatakan hadis terus sahaja dibacakan kepada masyarakat tanpa meneliti takhrij dan tahqiq (keputusan) para ulama hadis terhadap kedudukannya.

Lebih malang ada yang menyangka apa sahaja yang dikatakan hadis maka pastinya sahih dan wajib diimani.

Dengan itu apa sahaja yang mereka temui daripada buku bacaan, yang dikatakan hadis maka mereka terus sandarkan kepada Nabi s.a.w. tanpa usul periksa, sedangkan mereka lupa akan amaran yang diberikan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadis yang mutawatir: “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain).

“Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka).

Berbohong menggunakan nama Nabi s.a.w. adalah satu jenayah yang dianggap sangat berat di dalam Islam. Perbohongan atau berdusta menggunakan Nabi s.a.w. adalah menyandar sesuatu perkataan, atau perbuatan, atau pengakuan kepada Nabi s.a.w. secara dusta, yang mana baginda tidak ada kaitan dengannya.

Ini seperti menyebut Nabi s.a.w. bersabda sesuatu yang baginda tidak pernah bersabda, atau berbuat, atau mengakui sesuatu yang baginda tidak pernah melakukannya.

Maka sesuatu yang dikaitkan dengan Nabi s.a.w. sama ada perkataan, atau perbuatan atau pengakuan, maka ia disebut sebagai al-hadis.

Namun menyandar sesuatu kepada Nabi s.a.w. secara dusta, bukanlah hadis pada hakikatnya. Cuma ia disebut hadis berdasar apa yang didakwa oleh perekanya dan ditambah perkataan al-Maudu’, atau al-Mukhtalaq iaitu palsu, atau rekaan. Maka hadis palsu ialah: “Hadis yang disandarkan kepada Nabi s.a.w. secara dusta, ia tidak ada hubungan dengan Nabi s.a.w.” (lihat: Nur al-Din Itr, Manhaj al-Nadq fi ‘Ulum al-Hadis, m.s.301, cetakan: Dar al-Fikr al-Mu‘asarah, Beirut).

Perbuatan ini adalah jenayah memalsu ciptakan agama, kerana Nabi adalah sumber pengambilan agama. Seperti seseorang yang memalsukan pasport di atas nama sesebuah kerajaan. Ia sebenarnya melakukan pembohongan dan jenayah terhadap kerajaan tersebut.

Kedudukan Nabi s.a.w. tentunya lebih besar dan agung untuk dibandingkan. Oleh itu dalam riwayat yang lain Nabi s.a.w. menyebut: “Jangan kamu berdusta ke atasku, sesiapa berdusta ke atasku maka dia masuk neraka.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Kata al-Hafizd Ibn Hajar al-‘Asqalani (meninggal 852H) dalam mengulas hadis ini: “Ia merangkumi setiap pendusta ke atas Nabi s.a.w. dan semua jenis pendustaan ke atas baginda.”

Mendengar

Maksudnya: “Jangan kamu sandarkan pendustaan ke atasku (menggunakan namaku)” (rujukan: Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari, jld 1, m.s. 270, cetakan: Dar al-Fikr, Beirut).

Bukan sahaja membuat hadis palsu itu haram, bahkan meriwayatkannya tanpa diterang kepada orang yang mendengar bahawa ia adalah hadis palsu juga adalah sesuatu yang haram.

Kata al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H): “Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui ia hadis palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya.” (Ibn al-Salah,‘Ulum al-Hadis, m.s. 98)

Misalnya di tanah air kita, didapati apabila munculnya bulan Rejab dan Syaaban maka hadis-hadis palsu mengenai bulan-bulan tersebut akan dibaca dan diajar secara meluas. Antaranya hadis: “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku.”

Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha‘if, m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu‘at al-Islamiyyah, Halab, Syria). Nama penuh Ibn Jahdam ialah Ali bin Abdillah bin Jahdam al-Zahid.

Ibn Jahdam meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadis palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada Jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-‘Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173, cetakan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut).

Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H) menyebut: Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi).

Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka.

Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. Alhamdulillah. (Ibn al-Salah, ‘Ulum al-Hadis, m.s. 99)

Golongan penceramah, imam, khatib, dan media massa pula, ada menjadi ejen menyebarkan hadis-hadis palsu mengenai amalan-amalan yang dikatakan disunatkan pada bulan-bulan tersebut.

Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H): Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada Jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w.

Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadis-hadis mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu).

Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).

Sebenarnya hadis sahih mengenai kebaikan malam Nisfu Syaaban itu memang ada, tetapi amalan-amalan tertentu khas pada malam tersebut adalah palsu.

Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah: “Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain).

Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. (jilid 3, m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma‘arf, Riyadh).

Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan dari ajaran Nabi s.a.w.

Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Syaaban: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam.”

Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid.

Mereka membaca surah Yasin dan solat dua rakaat dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi‘in dan tabi’ tabi‘in). Ia satu doa yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan sunah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya.

Ibadat

Perhimpunan (malam Nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidaah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas.

Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidaah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidaah, dan setiap yang bidaah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, fatawa Mu‘asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).

Inilah kenyataan Dr. Yusuf al-Qaradawi, seorang tokoh ulama umat yang sederhana dan dihormati.

Namun dalam masalah ini beliau agak tegas kerana ia bercanggah dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Justeru, hadis-hadis palsu mengenai Rejab dan Syaaban ini hendaklah dihentikan dari disebarkan ke dalam masyarakat. Kita perlu kembali kepada agama yang tulen.

Hasil dari memudah-mudahkan dalam hal seperti ini maka muncullah golongan agama yang suka mendakwa perkara yang bukan-bukan.

Dengan menggunakan nama agama segala rekaan baru dibuat untuk kepentingan diri dan kumpulan. Islam tidak pernah memberi kuasa kepada golongan agama, atau sesiapa sahaja untuk mendakwa apa yang dia suka kemudian menyandarkannya kepada agama.

Agama kita rujukannya ialah al-Quran dan al-sunah yang dipastikan kesabitannya mengikut yang diputuskan oleh para ulama hadis. Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah (seorang ulama hadis al-Azhar): “Masih ada para penceramah yang tidak ada ilmu hadis, sama ada ilmu riwayat atau dirayah (mengenai teks hadis).”

Mereka hanya membaca hadis apa yang mereka hafal dan dari tulisan-tulisan tanpa mengetahui kedudukan hadis tersebut.

Apa yang mereka pentingkan hanyalah reda orang ramai. Lalu mereka menyebut perkara yang berlebih-lebih, pelik dan ajaib yang Islam tiada kaitan dengannya.

Mereka ini sepatutnya dihalang dari berceramah, memberi nasihat dan bertazkirah. (Abu Syahbah, al-Wasit fi ‘Ulum wa al-Mustalah al-Hadis, m.s. 322, cetakan: Dar al-Fikr al-‘Arabi, Kaherah).

Saya menyeru diri sendiri, para penceramah, ustaz-ustaz, media elektronik dan cetak, bahkan semua pihak yang membaca sesuatu hadis memastikan kesahihannya dahulu. Semoga Rejab dan Syaaban tahun ini tidak dibaluti dengan pembohongan terhadap Nabi s.a.w.

Wallahualam...

Sunday, June 28, 2009

Kek Durian

5 Rejab 1430H

Musim durian datang lagi....dah puas makan durian raw, rasa2 macam nak try buat kek la pulak. Resepi dari Mat Gebu:

Bahan-bahan ( 10 - 15 orang )
• 185 g mentega
• 150 g gula aising
• 4 biji telur Gred A, asing kuning dan putihnya
• 185 g tepung berserbuk penaik (self raising flour), diayak
• 125 g isi durian segar, dikisar
• Secubit cream of tartar
Cara-cara
1. Pukul mentega dan gula hingga putih. Masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan gebu.
2. Masukkan tepung berselang - seli dengan isi durian hingga habis. Gaul hingga rata.
3. Dalam mangkuk lain pukul putih telur bersama secubit cream of tartar hingga kembang dan kental. Kaup dan gaulkan ke dalam adunan kek tadi menggunakan senduk secara sehala (jangan terlebih gaul) hingga rata.
4. Tuang dalam tin kek yg telah digris dengan mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C selama 40 - 50 minit. Bergantung pada oven masing-masing.
5. Uji kek dengan cara mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek jika lidi itu keluar licin, kek anda telah masak. Selamat mencuba.....





Hat ni pulak cucur durian....teringat zaman kecik2 masa kat kpg...bila musim durian mesti berlambak2 kami dapat durian sebab arwah Apak ada kebun sendiri...banyak la durian yang tak termakan. Yang elok2 bole la dibuat jemput durian. Yang tak berapa elok, buat la tempoyak.....

 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates