Saturday, May 14, 2011

Emosi dan Realiti

15 May 2011.

Dalam entri yang lepas emosi ku agak berlebihan. Adakah kebetulan atau sememangnya ini yang akan berlaku. Hingga ke saat ini, sudah 10 hari berlalu selepas maid ku melarikan diri setelah 6 bulan berkhidmat kepada keluargaku. Cerita penuh di
http://www.facebook.com/#!/note.php?note_id=10150297893087524

Demi Allah, aku tak pernah menyangka apa yang pernah berlaku kepada kawan2 dan keluarga terdekat akan juga berlaku jua kepada ku. Dan yang paling ku kesal, aku anggap maid yang kedua ini lebih baik dari yg pertama.

Walaupun setelah beberapa insiden berlaku membawa aku menulis dalam entri yg lepas, namun aku tidak sampai mengsyaki yang dia akan melarikan diri tanpa dokumen.

Bila makin difikir, memang makin membara rasa marahku. Betul juga kata Mr. Huby, lupakan saja apa yang berlaku dan kalau perlu maafkan saja, agar tenang fikiran. Juga kata2 ustaz yang ku dengar di radio IKIM, cerita yang lebih kurang begini:

Ada seorang wanita, dizaman sahabat jika tak silap; mempunyai tanah bersebelahan dengan tanah seorang lelaki yang warak. Setiap kali wanita ini akan mengalihkan batu tanda sempadan tanah mereka. Hingga akhirnya luas tanah wanita ini menjadi semakin besar berbanding tanah lelaki tersebut. Lelaki ini walaupun haknya telah diambil, tetapi dia tidak pernah bermusuh dengan perempuan tersebut, kerana padanya harta adalah kepunyaan Allah jua. Hingga suatu ketika, lelaki ini sakit dan hampir hendak meninggal dunia, dia pun berdoa untuk perempuan tersebut agar Allah berikan lagi harta yang berlipat ganda, umur yang panjang dan agar wanita itu mati ditanahnya sendiri. Setelah lelaki tersebut meninggal, wanita ini semakin kaya dan panjang umurnya walaupun sudah tua kerepot tapi masih hidup. Pada suatu hari, wanita tua ini berjalan ditanahnya yang dipenuhi ladang jagung. Tiba2 semasa dia berjalan ia tidak nampak akan perigi buta diantara pokok jagungnya. Lalu ia terjatuh kedalam perigi buta tersebut. Tiada siapa yang sedar akan musibah yang menimpanya. Setelah lama, maka matilah wanita tua itu. Dengan itu termakbullah doa lelaki yang telah dianiaya pada mulanya itu.

Jadi moral of the story, adalah lebih baik aku melupakan apa yang telah dilakukan oleh maid ku yang lari itu. Mungkin juga aku boleh doakan dia agar diberi peluang oleh Allah untuk sedar akan kesalahan nya.

Semoga Allah memberiku kekuatan untuk melupakan kejadian tersebut. Insyallah.....
 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates