Saturday, April 18, 2009

Isya Main Netball

21 Rabiulakhir 1430H

Masa hantar my second child, Isya ke Tadika cikgunya kata hari sabtu nya ada game netball antara cawangan tadika nya.
Exited nya dia nak pegi main sbb cikgu kata kena berkumpul kat tadika pukul 7 pagi; pukul 6 pagi dia dah bangun. Dah siap2 kan dia, saya pula bersiap dan solat. Tunggu sampai pukul 7 baru gerak dari rumah sbb tadika pun tak le 5 minit nak menyampaikan ke sana.

Dalam pukul 9 lebih kitorang sekeluarga pula gerak dari rumah saja nak tengok game nye....
Teror gak bebudak sek dia. First game menang banyak...tp tak larat nak tunggu sampai habis sebab cuaca panas sangat. Sebelum habis semua pusingan ktorg pun gerak balik bawak Isya sekali. Tak sempat le dia continue main game seterusnya.....

Organiser

Isya and friends

My two daughters and I

Si kecik Damia and abang pun sebok nak eat!


Isya lapar lepas main first game

Team lain tgh lawan

Tuesday, April 14, 2009

Dah confirm!

15 Rabiulakhir 1430H

Pada 2 hb April baru ni, tetiba saya dapat surat daripada HR department. Ingatkan surat apa....rupanya surat confirm!

Terkejut jugak dapat surat confirmation awal daripada tarikh yg sepatutnya, lebih kurang 3 minggu awal...memula saya senyap je...Few days lepas tu baru cakap kat my immediate bos yg saya dah dapat surat tu...apalagi mulalah dia tuntut kek cekelat yang saya pernah cakap saya nak buat bila dah confirm...

Fikir2...tak kan nak bagi diorg makan kek je...so saya masak jugak lah spagetti meatball. Oleh kerana di office ni ramai yang berbangsa India jadi saya buatkan lah chicken ball. Resepinya ada saya tempek sebelum ni....



Hampir semua berkenan betul dgn kek coklat yg saya beri nama choc cake layer indulge ni...

ala2 choc indulgence kat SR tu....

Utk officemate yg berminat nak resepi nya seperti dibawah:

Ingredients for Choc Sponge Cake

250gm eggs or 4 eggs size A
125 gm caster sugar
110gm all purpose flour
50ml water
13gm emulsifier
15gm cocoa powder
60gm melted butter
1 teaspoon vanilla essens

Method

Whisk at high speed eggs, sugar, flour and emulsifier until light and fluffy. Lastly fod in the melted butter which is already mixed with cocoa powder. Bake in a 9" round line cake tin for 40 - 45 min at 180 degree C.

Ingredients for Cake filling
A) 350gm fresh cream or whipping cream + 1 cup milk + 1 teaspoon vanilla
B) 40gm cocoa powder + 50gm icing sugar
C) 1 tablespoon gelatin + 1/4 cup hot water

Method
Beat (A) first, then add in (B), (C) and (D)

Ingredients for Cake frosting
1/3 cup cocoa powder
45gm caster sugar
120gm double cream / fresh cream
60gm butter
1 tablespoon oil

Method
Cook the frosting over double boiler until well dissolved and well mixed. Remove from fire and add in oil and butter.

To assemble the cake
1. Slice the cake into 3 layer and sandwich each layer with filling
2. Finish off the top and all around with filling only
3. Refrigerated for few hours
4. Finally pour the frosting all over the cake


Ni potongan kek yang last sekali...yg lain semue dah kene ngap...

Sunday, April 5, 2009

Chicken Chop

Projek memasak chicken chop ni actually minggu lepas lagi dah buatnye....cuma baru sekarang sempat mengupdate...
Setiap weekend jika masa acara membeli belah barangan dapur tidak melampaui had masa makan tengahari, saya lebih suka memasak dirumah. Mencuba resepi yang biasanya saya saksikan di channel AFC, Rasa Halal Orient, daripada show tukang masak yang saya minati iaitu, Racheal Ray, Nigella, Jamie and bla....bla..bla...
Untuk itu pada minggu lepas untuk dinner, saya telah mencuba resepi chiken chop yg saya lihat Racheal Ray telah memasaknya....

Bahan2

6 ketul de-bone chicken
diperap dgn:
4 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada putih
2 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa

Bahan lain
1 atau 2 biji telur dipukul sedikit
serbuk biskut (boleh guna biskut 4 segi dan dihancurkan tak perlu halus sangat) minyak untuk menggoreng
Air rebusan ayam daripada tulang dan lebihan ayam yang telah diambil isinya

Cara
Perap ayam dengan bahan perapan sebaik2nya semalaman yang disimpan didalam peti sejuk.
Panaskan minyak. Kuantiti minyak cukup sekadar hingga separuh daripada paras ayam bila diletak dalam kuali apabila mengoreng. Celupkan ayam didalam telur dan golekkan didalam serbuk biskut. Pastikan minyak betul2 panas apabila memasukkan ayam didalam kuali. Apabila ayam telah masak sebelah, balikkan untuk memasakkannya disebelah lagi. Angkat dan letakkan diatas tisu dapur.


Bahan sos:
1 sudu besar minyak zaitun atau minyak jagung
4 biji bawang putih diketuk dan diracik halus.
2 sudu besar tepung gandum
5 biji cendawan butang dipotong kecil2
1 cawan air rebusan ayam
serbuk lada sulah, lada hitam dan garam secukup rasa


Cara
Panaskan minyak dalam periuk non-stick (sebaik2nya. Tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukkan cendawn butang. Masukkan tepung dan kacau hingga likat. Masukkan air rebusn ayam. Tambahkan serbuk lada sulah, lada hitam dan garam mengikut cita rasa sendiri. Renihkan hingga sos agak pekat.


Cara menghidang
Letakkan daun salad dalam piring leper saiz sederhana. Letakkan ayam diatas daun salad. Tambahkan kentang goreng atau bakar disebelah ayam. Tuangkan sos lada hitam diatas ayam dan kentang. Siap dihidang!






Yang ini pula adalah masakan untuk lunch. Lala ditumis dengan bawang putih, kuchai, taugeh besar dan sos tiram.

Friday, April 3, 2009

Kek Coklat Kukus

9 Rabiul Akhir 1430H

Weekend ni sampai 2 kali buat coklat kek. Dua-dua kali pun di buat last minute planning. Hari sabtu buatkan untuk dibawa ke rumah Yan jiran tingkat 4 sempena kenduri doa selamat untuk Yan yg bakal melahirkan anak dlm 2 minggu lagi.

Sekali lagi buat baru sekejap ni, untuk Timang, best friend ku yang nak datang untuk bertanya berkenaan proses pengambilan pembantu rumah.

Actually resepinya dapat dari member di ofis baru. Kek coklat ni bukan dibakar tapi dikukus. Ini la resepinya.....

Bahan2

A.Di ayak bersama
2 cwn tepung naik sendiri
1/2 sudu teh soda bikarbonat

B.Dikacau hingga sebati
1/2 cwn serbuk coklat
1 cwn gula caster
1 cwn minyak masak @ minyak jagung
1/2 cwn air suam

C.Di pukul hingga gebu
1 cwn susu pekat
4 biji telur

Cara

1.Sediakan acuan yg dilapik kertas atau dilengser dengan minyak.

2.Sediakan periuk untuk mengukus.

3.Sediakan bahan A dan ketepikan sebentar.

4.Sediakan bahan B. Masukkan bahan A sedikit demi sedikit dan kacau hingga tepung hilang dari pandangan.

5.Masukkan bahan C kedalam adunan tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.

6. Masukkan adunan kedalam acuan dan kukus hingga 1 jam. Kek telah masak elok jika cucuk tengahnya menggunakan pisau tiada lekatan kek pada pisau.

Bahan toppping.

50gm serbuk koko
1 sudu besar tepung kastad
200gm gula caster
1/2 cwn air
1 cwn susu cair
1 sudu teh esen vanilla
2 biji kuning telur
50gm butter

Cara
Ayak serbuk koko dan tepung kastad dan masukkan semua bahan dalam satu bekas kecuali butter. Kacau dengan whisker dan tapis kedalam periuk. Masak diatas api perlahan sambil mengacau dengan whisker hingga adunan agak pekat. Perlu sentiasa kacau untuk mengelakkan campuran berketul. Bila adunan sudah pekat tutup api dan masukkan butter dan kacau lagi hingga bercampur elok. Tuang diatas kek yang telah masak.






Timang baru saja mengerjakan haji pada bulan haji yang baru lepas. Sambil2 makan kek dapat lah tangok album gambar dia di tanah suci. Bestnya tengok gambar2 dia kat sana. Bila lah agaknya peluang saya pula utk menjejakkan kaki ke sana akan tercapai.....
 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates