Sunday, February 1, 2009

Berdarah kepala di hari minggu

5 Safar 1430H

Hari-hari minggu begini kebiasaannya jika tak kemana2, anak bujangku yang sorang ni macam panas punggung je duduk di rumah. Ada saja la plan nya nak kerumah best friend nya samada Hazim atau Shahrul. Paling tidak suruh babahnya tunggukan dia utk swim kat swimming pool di apartment ni. Kalau babah yang tunggu, si kakak pun mesti ikut sekali punya. Sebagai syarat untuk mengizinkan dia 'berfoya2' dengan kengkawan; 4 m/surat buku latihan matematik yang dibelikan oleh Mak Yangnya mesti disiapkan dulu. Elok je saya keluar bilik air lepas mandi, tengok2 dia dah hilang. Buku matematik yg saya suruh dia buat dah siap letak kat atas katil utk suruh saya check. Belek2; hanya 2 muka sahaja yng siap. Banyak salah pulak tuh...ni yang hanggin nih...Suruh kakak panggil dia balik...bila masuk rumah je dia bagitau yg 2 muka lagi tak tau nak buat. Memangla....kalau tak mengadap bila suruh dia buat exercise cam ni, memang tak jalan! Dah tu sebuk kata nak main jugak basikal kejap dengan Shahrul sebab lepas ni dia dah nak keluar. Oleh kerana saya pun sebuk nak ke pasar dan tak sempat nak mengadap dia buat latihan tu, jadi saya pun izinkan dia pergi main dulu, dan bgtau bila shahrul dah pergi kena sambung buat latihan tu semula.

Tau2, balik je dari pasar, kedua2 orang kanak2 dirumah ni dah pergi pool dengan babahnya. Oklah, saya pula dah sebuk nak prepare utk lunch. Tak lama lepas tu babahnya balik dengan si kakak, yang si abang sebuk nak swimming lagi dengan Hazim. Tengah sebuk2 bakar piza, dengar ada orang tekan loceng dan suara macam si abang menangis meraung2. Tengok2 kepala nya; atas sikit dari mata sebelah kanan berdarah. Ada seorang lelaki India yang tidak saya kenali dan Hazim tolong hantar dia balik. Saya rasa agak panik juga; tanya Hazim cemana boleh jadi macam tu....Hazim kata Alisya, anak jiran tingkat 6 yang baling batu kat si abang. Menyirap jugak dengar macam tu sebab saya memang biasa dgn mama alisya dan kenal betul dengan familynya. Cepat2 siap kan si abang, dan babahnya terus bawak pergi klinik.

Saya duduk sekejap dan tenangkan hati, cuba call mama Alisya. Tanya dia kat mana dan Alisya kat mana, betul la katanya Alisya main kat pool. Saya terus bagitau yang kepala Arif berdarah masa main kat pool, dan cakap yang Hazim bagitau Alisya yang baling batu kat dia. Saya cuba control nada suara supaya tak ketara rasa jengkel. Mama Alisya terkejut jugak dengar, dan kata dia tak tau pun dan dia akan cari Alisya.

Tak lama, si abang dan babahnya balik dari klinik dan bagitau doktor tak boleh nak jahit luka nya sebab dia dok menangis jadi doc tampal saja lah....Kemudian lepas tu, mama Alisya call, bagitau mintak maaf sesangat pasal anak dia kepala si abang berdarah dan cerita yang memang diorang main baling dan cari batu dalam pool tu. Si abang yang kebetulan ada kat tepi terkena batu. Dan dia bagitau jugak Alisya tadi tak balik2 sebab takut kena marah. Lah...kesian pulak saya dengar saya kata tak apa lah tak sengaja...

Bila petang, dan nampaknya keadaan si abang dah tenang sedikit. Saya tanya kenapa diorang main batu kat pool. Dan juga tanya samada dia main sekali tak. Bila dia kat dia pun main, memang le kena marah la dengan saya berkati2. Mulalah leter kat dia tanya otak letak kat mana! Tak boleh fikir yang main baling batu tu bahaya!

Macamana pun saya bersyukur yang saya tak cepat melatah menyalahkan anak orang lain bila anak saya yang tercedera. Juga saya amat bersyukur yang anak saya dicederakan oleh orang lain dan bukan dia yang mencederakan anak orang lain.

Mungkin ini juga pengajaran untuk anak saya sendiri, agar lain kali dengar cakap ibu sendiri dulu sebelum nak bersuka ria dengan kengkawan. Serta, pengajaran untuk saya juga dalam mengharungi hidup membesarkan anak2; supaya selidiki sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum cuba nak menyalahkan orang lain. Yang saya perhatikan, di zaman serba canggih ini, kebanyakan ibu bapa moden sekarang terlalu memanjakan anak dalam hal2 kesalahan yang dilakukan oleh anak2 jarang diakui. Lebih selesa menyalahkan orang lain atau guru terutamanya. Lain sangat jika dibanding dengan cara orang2 dahulu mendidik anak; seingat saya dulu2 jika kita balik rumah berdarah lutut, emak akan tambah lagi pukul kita sebab dia kata kita yang nakal. Atau jika mengadu cikgu disekolah pukul tapak tangan dengan pembaris atas apa2 kesalahan jua pun, emak atau ayah akan tambah lagi kena rotan di ponggong! Mampukah saya mengajar anak cara begitu???? Adus....mencabarnya kebidupan ini.....!!!!!
 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates