Thursday, December 25, 2008

Kuih Seri Muka

Hari ini belek2 blog mat gebu terjumpa satu resepi 'kuih seri muka'. Actually ni adalah kali ketiga saya cuba buat seri muka, sebelum ni tak pernah menjadi elok. Mesti 'kepala'nya asyik terlembek je...Kerana agak kerinduan untuk makan kuih ni yang biasa arwah Opah buat masa dikampung dulu, cuba2 lah cari resepi di tenet. Tapi hat versi mat gebu punya ni tak sama dgn yg biasa Opah buat. Opah biasa buat 'kepala' warna coklat sebab guna gula merah/kabung. Next time pulak lah cuba seri muka versi Opah. Dengan bangganya saya nak tayang... Inilah dia resepi dan gambar kuih seri muka versi mat gebu yang telah saya sediakan dgn jayanya.......

KUIH SERI MUKA
BAHAN LAPISAN BAWAH :-)
250 g beras pulut, cuci dan rendam 30 minit, toskan
200 ml santan cair*
1/3 camca teh garam*
1/2 camca besar minyak masak*(*disatukan dan kacau rata)
1 helai daun pandan, disimpul
Beberapa titik pewarna biru (optional)

BAHAN LAPISAN ATAS :-)
60 g tepung gandum
1 1/2 camca besar tepung jagung
90 g gula pasir
2 biji telur
1/3 camca teh garam
375 ml pati santan santan*
4 helai daun pandan*(*dikisar dan tapis)
1 camca teh pandan paste

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK LAPISAN ATAS :- Panaskan kukusan, tuang pulut ke dalam tin yang berukuran 8 x 8 x 3 incii, tuang bancuhan santan cair dan gaul rata, letak daun pandan atas pulut dan kukus 20 minit. Bila pulut masak, keluarkan 1/3 bahagian, dan campur dengan beberapa titik pewarna biru, gaul rata. Masukkan pulut bewarna ke dalam loyang berisi pulut biasa dan gaul rata. Kemudian tekan padat. Ketepikan sebentar. (kalau tak suka pulut ada warna, biarkan putih saja).

UNTUK LAPISAN ATAS :- Bancuh semua bahan2 untuk lapisan atas, kacau dengan whisk hingga gula hancur dan larut. Tapis adunan dan ketepikan.
UNTUK KUIH SERI MUKA/PUTRI SALAT :- Tuang bancuhan tadi atas pulut dan sambung mengukus selama 40 minit - 1 jam. Bungkus tutup kukusan dengan kitchen towel yang bersih untuk mengelakkan wap menitik atas kuih atau tutup permukaan tin dengan aluminium foil. Gunakan api sederhana kuat semasa mengukus. Biar kuih betul2 sejuk sebelum dipotong...



The very the sangat the lemak nih...

Gemok la kalo makan selalu...





"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”

Saturday, December 13, 2008

A Place I Used to Call Home....

Hari Raya Aidiladha baru ni, balik Ipoh..dah memang giliran ke sana pula. Sempat lagi saya menjenguk kampung halaman di Bota Kanan tempat saya dibesarkan. Cuma tak sempat nak berjumpa dengan saudara mara yang masih berada disana. Rumah peninggalan arwah Apak masih tersergam utuh. Namun kelihatan dari luar keadaannya tidak semolek dahulu. Keadaan persekitaran tidak berjaga seperti ketika kami tinggal disana. Dibahagian dalam apatah lagi, keadaannya sangat menyedihkan. Bersepah dan sangat kotor. Walaupun rumah itu kini disewa oleh sekumpulan lelaki Siam yang bekerja sebagai pemotong rumput, tetapi keadaan rumah tidak terjaga tambahan pula mereka semua bukan orang Islam. Dulu ada seorang yang baru memeluk agama Islam tinggal disana tetapi kini tidak lagi.

Banyak kenangan indah dan sedih yang ditinggalkan disana, yang tak mungkin dapat saya lupakan. Keluasan rumah memang besar, lebar dan panjang serta dua tingkat. Bila semua adik beradik saya balik juga keluarga Ayah Ngah dan Kechik, tak jadi masalah untuk menempatkan kesemua ahli kelaurga yang ada. Kadang-kadang ada juga rasa terkilan kerana saya tak berpeluang mengadakan kenduri kahwin disana, kerana ketika itu Encik dah tidak lagi tinggal disana. Semasa itu Encik dijaga oleh Nyah yang pada ketika itu tinggal di Melaka. Jadi kenduri kahwin saya terpaksa lah diadakan di Melaka juga.

Ingat lagi pernah semasa disekolah rendah dalam darjah 2 atau 3. Cikgu menyuruh saya sekelas melukis gambar rumah masing2. Dengan lurus bendulnya saya bawalah kerusi dan meja duduk di depan rumah dan cuba melukis. Oleh kerana tangan tak berapa nak berseni, dah cuba berkali2, tak jadi2 jugak rupa rumah sebenar. Memang saya tak berpuas hati masa tu, mengadu2 dengan Apak. Last2 Apak kata, lukis je la rupa rumah apa2...cikgu bukan tau pun...akhirnya jadi la jugak rupa rumah kotak sempoi.....

Kalau tiba musim buah2an pula, paling best dudok kat bawah pokok manggis..jolok satu makan satu...bila dah penat, Opah (arwah) yang tolong jolok, saya makan je lah...pokok manggis tu ada dua, sangat besar tapi berada di sebelah rumah Opah yang bersebelahan dengan rumah Apak. Pokok yang betul2 berada di sebelah rumah Apak ialah pokok rambutan, langsat serta sebatang pokok durian. Beberapa tahun sebelum Apak meninggal, pokok durian tu telah ditebang sebab takut menimpa rumah bila waktu angin kuat, sayang juga sebab buahnya sedap. Bila tiba musim durian, Encik dan Opah akan menyediakan pulut untuk dimakan dengan durian...iaitu 'pulut durian'. Masa tu semua ahli keluarga akan berkumpul. Bestnyeeee....masa tu....

Bila petang, Apak akan menyapu daun kering yang bertaburan dihalaman serta membelek bunga-bungaan tanamannya. Kekadang Apak suruh jugak saya tolong, penat betul sebab halamannya sangat luas. Sebelum Magrrib, saya akan mengejar ayam halau masuk ke reban. Yang best tu, dalam reban yang besar tu ada rumah2 ayam yang tertentu. Ayam2 tu semua dah tahu dah rumah memasing. Cuma ada jugak yang degil tak nak masuk rumah. Seingat2 sayalah, keluasan keseluruhan reban mungkin menyamai luas apartment saya ni yang sebesar 1040 sq.ft....hhmmm... how amazing life before....







Setiap kali balik ke sini, saya selalu mengimpikan dapat agar dapat tinggal beberapa hari, agar anak2 saya dapat bermain kejar2 dihalaman, halau ayam masuk kereban, menjolok buah rambutan dan langsat serta makan durian ditepi tangga.

Namun semuanya memang mustahil. Kesemua kami adik beradik sudah mempunyai kediaman masing2 yang selesa untuk ahli keluarga sendiri. Hanya untuk berkumpul beramai-ramai yang menjadi masalah dek kerana ruang yang terhad. Kadang2 saya terfikir...kalaulah saya ada duit beratus ribu ringgit, akan saya bina semula rumah ini menjadikan ia tempat yang selesa agar kami adik-beradik yang masih ada serta Encik dapat berkumpul sekali sekala untuk bermesra bagai dulu..........


"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”
 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates