Thursday, November 27, 2008

Kuih Talam Keladi

Entry kali ni nak tayang kuih talam keladi yang first time saya buat dengan jayanya. Beriya nak buat sebab baru ni balik dari Ipoh ke KL, sempat lagi lencong ke Cameron Highland. Dapat lah beli sayuran, keledek serta fresh flower. Resepi dari myresipi.com memang ok. Ikut sebijik2, kuihnya menjadi elok.


Bahan-bahan ( Loyang 10 x 10 cm )
Bahagian Atasnya :-
2 cawan gula pasir
4 cawan santan pekat
3 helai daun pandan
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 st. garam
1 st. perwarna purple
Bahagian Bawahnya :-
4 cawan santan cair
2 cawan tepung beras
1 cawan keladi dadu siap rebus
1 biji telur
1 st garam

Cara-cara
Untuk bahagian atasnya:- Satukan santan pekat,gula pasir dan daun pandan jerang atas dapur dengan api pelahan sekali mengelegak saja tutup api dan biarkan sejuk betul.Setelah sejuk masukan tepung pukul rata dan masukan telur yang dipukul ringan dengan garam dan kacau rata-rata kemudian di tapis dan campurkan dengan perwarna purple ketepikan dulu.
Untuk bahagian bawahnya:- Bancuh tepung beras dengan santan cair dan telur pukul ringan dgn garam dan di kacau rata-rata tapis masukan dalam periok dan jerang atas dapur dengan api pelahan dan kacau selalu supaya tidak bergentel2 setelah pekat masukan pula keladi dadu tadi dan digaul rata dan tuangkan dalam loyang yang siap dialaskan dengan plastik berukuran 14" x 14" rata kan adunan dan kukus selama 5 minit dulu dan tuangkan bahagian atasnya pelahan2 mengunakan senduk dan kukus semula dalam masa 10 minit buka tudung kukus dan lap diatas kuih dengan kertas tisu dan kukus semula selama 15 minit.Penutup kukus hendaklah dibungkus dengan kain dan kukus dengan api yang pelahan. Tunggu sejuk, barulah dipotong2.




Nampak lazat dan menyelerakan

Memang sesungguhnya lazat bila dimakan

Yang best tu, dah bagi seorang jiran disini yang buat katering, rasa kuih ni dan dia suka sangat. Hari sabtu baru ni dia ada katering order skali kuih saya ni....bisnes..jangan tak bisnes....

Bungaan pilihan saya


Bungaan pilihan Mr. Huby

"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”

Tuesday, November 25, 2008

Juadah pada 21 Ramadhan 1429H

Tajuk posting kali ni macam agak2 basi la pulak. Tapinya sebab nak jugak posting kan resepi masakan pada hari itu, jadi terpaksa jugak lah publish kan.

Ada banyak kuih tradisi yang menjadi kegemaran saya sebenarnya, antaranya kuih kasui. Walaupun saya tak berapa expert nak buat kuih2 tradisi ni, tapi masa bulan puasa baru ni cari2 kat internet terjumpa resepinya di myresipi.com. Masa bulan puasa tu tak dapat nak buat posting sebab sama la kes nya dengan resepi Kanji Apak tu...gambarnya misplaced. Bila dah buat menjadi elok pulak..suke hati le.....


Bahan-bahan ( 15-20 keping )
125 gm gula merah (1 cawan) masak dengan 2 cawan air hingga hancur dan sejukan.
250 tepung gandum ( 2 cawan 1/2)
40 gm gula pasir (lebih kurang 1/4 cawan)
40 gm tepung sagu (lebih kurang 3/4 cawan)
1 sudu makan air kapur (saya bancuh menggunakan 1/2 sudu teh kapur)
kelapa parut muda digaulkan dengan secubit garam.
sesudu minyak
2 cawan air

Cara-cara

Campurkan tepung gandum, tepung sagu, gula dengan air dan kacau rata.
Tambahkan sesudu air kapur. Ia akan bertukar sedikit kuning.
Masukkan campuran air gula merah. Kacau
Tapiskan adunan dengan penapis kelapa ke dalam bekas lain.
Sapukan loyang dengan minyak. Masukkan adunan ke dalam loyang. Panaskan kukusan. Kukus selama 5-10 minit. Setelah sejuk potong dan golekkan kedalam kelapa parut.




Pada hari yang sama juga saya sediakan butter prawn utk dimakan bersama nasi putih. Resepinya pun diambil dari myresipi.com

Bahan-bahan
udang yang sederhana besar (ikut suka berapa ekor)
butter
1 biji telur diasing putih dan kuning
susu
bawang putih (cincang)
daun kari
cili padi
garam
tepung beras

Cara-cara

1.Gaul udang, garam, tepung beras dan sebiji telur kuning (saya guna putih telur, sebab tak nak membazir putih telur) - biar sebati ~pastu goreng dan toskan~

2.Panaskan kuali, serta masukkan butter. Bila sudah cair, masukkan susu yang telah dicampur dgn sebiji telur kuning.
Bila dah agak pekat masukkn bwg putih, daun kari dan cili padi.
Kacau seketika kemudian letak udang yng sudah di goreng tadi.



Satu lagi masakan yang saya sediakan ialah tom yam. Cara masak tom yam ni, dalam pemerhatian saya ada banyak jenis sebenarnya. Tapi saya suka cara yang diajar oleh kawan baik saya semasa Matrikulasi 2 di USM Penang. Darin Wong, yang sememangnya mempunyai darah kacukan Siam disebelah ibunya dan Sabah disebelah bapanya. Resepi tom yam yang diajar oleh Darin ini tidak berminyak, warnanya putih kemerahan dan mudah untuk disediakan.

Tom Yam Putih Darin

Bahan2
Air secukupnya
3 biji tomato buah yg ranum
2 inci halia
3 batang serai
2 ulas bawang besar di potong bulat
3 biji bawang putih
10 helai daun limau purut
10 biji cili padi dipatah2- boleh tambah jika suka pedas
2 biji limau nipis di ambil air
sos ikan secukup rasa
Sebatang carrot dipotong bulat
1/4 bahagian cauliflower dipotong kecil
2 batang celery dipotong sepanjang 1 1/2 inci
1/2 cawan susu cair
Segenggam sotong
Segenggam udang

Cara
Didihkan air didalam periuk secukupnya. Masukkan tomato buah sebiji2 dan apabila telah lembut keluarkan ia dan dilenyek2kan. Masukkan semula kedlam air rebusan. Tujuannya ialah untuk mendapatkan warna kuah yang kemerahan. Masukkan halia dan serai yang telah diketuk serta bawang2an. Masukkan juga daun limau purut, cili padi, air perahan limau nipis serta sos ikan. Rasa dulu kuah tom yam, tambah apa yang perlu jika hendak lebih pedas tambah cili atau jika kurang masin tambahkan sos ikan. Apabila rasanya sudah ngam dengan citarasa masing2, barulah sayur carrot, cauliflower dan celery. Bila hampir empuk masukkan pula sotong diikuti dengan udang. Akhir sekali masukkan susu cair. Renihkan sebentar hingga udang dan sotong masak elok, tetapi tidak over cooked.

Nota:
Tujuan udang dan sotong dimasukkan kemudian adalah untuk mengekalkan kesegarannya.

Gambar tom yam ni nampak tidak menarik sebab tom yam nya dah nak abes baru teringat nak ambik gambo....hua..hua..

Dah lama tak jumpa Darin. Last sekali Darin datang rumah semasa si abang umur tak sampai setahun. Masa tu Darin baru start keje as a doctor at Hospital Kedah. Harap2 Darin teringat nak contact saya...boleh tunjuk posting ni kat dia dan bercerita tentang kisah masing2...mesti menarik punyeerrr.....

"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”

Monday, November 24, 2008

Kek Birthday Kak Yang

Dapat oderan daripada Ronita dari Bandar Bukit Puchong. Ronita nak mini choc layer indulge. Everytime kalau customer order kek mini, saya rasa 'letih' sikit nak buat sebab terpaksa membahagi 2 kuantiti bahan dalam resepi which is agak leceh la...itu pasal la regenya saya tak boleh bahagi 2, sebab ada lebih effort juga wastage bahan mentah. Tapi oleh kerana Kak Yang masih berada dirumah saya, saya buat lah full recipe tapi bahagi kepada 2 bekas.

Kak Yang ialah kakak saya yang no 3. Sampai kini umur sudah menjejak separuh abad, dia lebih senang meneruskan kehidupan sendiri. Tidak perlu memikir soal menjaga hati seorang insan bernama suami atau anak2 penghibur di kala sepi. Namun kehadiran anak2 buah nya saya kira sudah cukup untuknya meneruskan kehidupan. Kerjaya nya sebagai guru juga banyak menuntut masa nya untuk dihabiskan di sekolah. Kak Yang juga menghidap kencing manis, kek-kek ni sebenarnya tak berapa sheshuaaii le benornyeee....tapi tak pe la...buat suke2 je...

Birthday Kak Yang sebenarnya 1/12 nanti. Tapi hujung minggu ni dia dah nak balik Ipoh, so celebrate je lah awal since kek pun ada extra. Bebudak dua orang tu yang sebenarnya ter over exited. Siap suruh Mak Yang nya tiup lilin lagi, pedehal deme yang lebih meniup. Si baby tecikku Damia, macam biasa lah; bila ada orang lain yang dia tak biasa, dia tak lah dekat2 dengan Mak Yang nya. Sengih memanjang dari jauh...Diambil tak nak...

Anyway, semoga Kak Yang di kurniakan Allah kesihatan selalu....Amin....


Kek extra





Damia, reserve her space

"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”

Cerita Ayahanda Ku

'APAK'..itulah nama panggilan arwah ayah saya yang kami adik-beradik gunakan. Dulu2 di kampung semasa kecil saya rasa macam tak best betul nama panggilan tu, kerana sepupu2 saya memanggil ayah mereka dengan gelaran 'ABAH'. 'ABAH'...bunyi macam best jee...Sepupu2 yang rapat hanyalah anak2 kepada kedua2 orang adik Encik. Adik2 Encik seorang lelaki (arwah Ayah Ngah) dan seorang perempuan(Kecik) masing2 masa tu tinggal di KL dan JB. Masa kecil2 dulu dan apabila cuti sekolah, mereka akan datang berkunjung sementelah ibu mereka iaitu arwah Opah tinggal bersama keluarga saya.
Jarak umur saya dan sepupu2 saya iaitu anak2 Ayah Ngah serta anak bongsu Kecik tidak jauh berbeza, menjadikan kami seakan2 boleh geng lah bila mereka datang. Walaupun kesemua mereka adalah budak2 lelaki. Bila tak tahan dengan perangai lasak mereka, saya pun tak lah berkawan dengan mereka. Kebanyakan masa saya keseorangan, dan bila mendengar mereka memanggil ayah mereka 'ABAH' ketika itu jugalah saya akan berfikir...oo..deme duduk di KL memang le panggil 'ABAH'....
Jarak umur antara saya dan kak tun yang hampir 11 tahun juga menjadikan saya rasa agak terpisah dengan adik beradik sendiri. Dan masa itu, segala apa yang bermain dibenak saya jarang saya luahkan kepada sesiapa. Sekarang je, bila dah lebih dewasa dan ada keluarga, rasanya barulah saya lebih rapat dengan kakak2 saya kerana ada banyak perkara yang boleh di share bersama.

Banyak kisah Apak yang sebenar2nya saya tak berapa tahu. Terutama pekerjaan Apak. Setiap kali nak isi borang nak masuk sekolah sains juga nak masuk matrikulasi, dibahagian 'Pekerjaan Bapa'; saya kena tulis 'Bekerja Sendiri' dan itu lah yang Apak bagitahu. Tak lah macam2 kawan2 saya boleh tulis samada 'Guru' atau 'Petani' atau 'Polis' atau lain2. Semasa kecil, rasanya itu saja lah pekerjaan yang boleh difahami. Yang pasti Apak aktif dalam politik sekitar tahun 60-an hingga 70-an. Juga pernah menjadi ADUN. Saya juga pernah melihat gambar2 Apak semasa dia berada di Hong Kong, China dan beberapa negara lain yang saya pun dah tak ingat. Tak pasti juga lah apa yang dibuatnya di sana.

Dari cerita2 Apak, yang saya ingat dia pernah memberi instruction untuk kapal terbang mendarat dengan jayanya, mungkin semasa cuaca buruk lah agaknya. Cerita lanjut bagaimana dia pulak yang boleh berada di menara kawalan tu serta dimana tak pulak saya ketahuan, sebab semasa kecil saya bukanlah jenis kanak2 yang suka bertanya banyak2. Tak seperti anak2 saya sendiri, yang banyak sangat tanya sampai kan tak de idea nak jawab. Dia juga pernah menjadi bos kepada pemandu2 teksi di Parit. Perak. Tapi yang paling saya ingat ialah Apak mengusahakan kebun pisang di londang tidak jauh di belakang rumah kami di kampung dulu. Apa yang membanggakan saya ialah Apak speaking English boleh tahan. Pernah ada sekali tu semasa di sekolah rendah cikgu suruh saya buat karangan English, saya suruh Apak yang buatkan.....ahaks...

Semasa bulan puasa pula, setiap hari Apak akan berbuka dengan 'kanji' dan 'kerabu'. Sampaikan kadang2 Encik kata 'muak aku hari2 masak kanji ni...'

Bulan puasa baru ni, saya ada juga cuba memasak makanan kegemaran Apak. Puasa baru ni tak sempat nak posting resepinya sebab gambar nya tak tahu letak kat mana, ni baru jumpa. Rupanya tersorok kat phone memory.
Resepinya seperti ini:

Kanji

Bahan2
1 pot beras di basuh bersih
1 ulas bawang putih dimayang
2 ulas bawang merah dimayang
1 sudu kecil halba
1 cawan santan cair
sedikit garam

Cara
Masukkan beras dan bawang kedalam periuk dan masaklah dengan air yang banyak. Apabila telah mendidih dan nasi sudah agak lembik seperti bubur, masukkan halba dan santan. Renihkan seketika hingga santan dan nasi bercampur elok dan perasakan dengan garam. Setelah santan/air agak kering tutup api.

Kerabu
Bahan2

Segenggam pucuk paku
Segenggam pucuk gajus
Segenggam pegaga

Cara
Celur seketika semua bahan dan dihiris halus

Bahan sambal
Ikan masin digoreng, udang kepal/kering, ikan bilis, bawang merah, halia, cili hidup, kerisik, air asam limau. Semua bahan di tumbuk halus.

Campurkan semua ulam dengan bahan sambal.











"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”

Sunday, November 16, 2008

Cuti Sekolah dan Cerita Berkhatan

Beberapa minggu sebelum cuti sekolah, Munie jiran tingkat 6 dah ajak untuk pakat2 buat majlis berkhatan. Saya pun setujulah untuk khatankan si abang sekali dan cuba juga ajak best friend nya Hazim dan Sharul. Bila Hazim dan Sharul tak setuju untuk join (actually ayah msg2 yg nak buat tunggu diorang besar sikit); si abang pun macam dah tak nak, pujuk2 dia bagitau ada classmate nya pun nak berkhatan jugak di klinik yg biasa kami pergi iaitu Klinik Rahim, so dia pun setuju lah untuk berkhatan.

Sebelum hari berkhatan kami, ibu2 kepada kanak2 yang terlibat dah berbincang nak buat kenduri doa selamat di surau apartment ni. Kiranya share lah budget nya dan jemput kebanyakan daripada penduduk di sini juga keluarga yang dapat hadir. Agak meriah juga siap dengan pelamin yang di sponsor oleh Pn. Zai, kain pelamin itu jugak yang memang digunakan semasa majlis persandingannya 12 tahun yg lepas kalau tak silap yg diberitahu kepada saya. Ada bunga telur dan pulut kuning untuk disuap kepada kanak2 yg bersanding ni. Menu utama terdiri daripada nasi dagang, pulut kuning dan rendang ayam, macaroni goreng, roti canai serta kuih muih. Kami bahagi2 kan tugas untuk menyediakan juadah tersebut juga ada juga yg diorder.

Kak Tun dan abang Harun yg kebetulan datang KL untuk jumpa Liza pun dapat memeriahkan majlis.

Acara dimulakan dengan kata2 aluan oleh Pengerusi Surau, abang zainal dan diteruskan dengan bacaan doa selamat oleh Pak Imam Niza. Kemudian Pak Imam juga mengetuai selawat Nabi. Selepas itu diteruskan dengan ibu bapa masing2 menyuapkan pulut kuning kepada kanak2 yang disandingkan. Beberapa orang jiran2 yg lain juga ada memberi 'ang pau' kepada mereka.

Si abang dah dibuat apoinment dengan Dr. Rahim untuk dikhatankan pada hari isnin. Pagi2 lagi saya dah bawak si abang sebelum pintu klinik bukak supaya dapat yang first. Takut nanti dia tengok org lain tak jadi pulak dia berkhatan. Elok je dr rahim datang dah ready nak sunat kan dia; tetiba dia tak nak pulak bukak seluar. Dah la babah nya tak de sebab kerja. Puas saya dah dr rahim memujuk. Last2 dr kata tak boleh buat ni takut dia meronta2 nanti lagi payah. So, saya pun decide nak tunggu babahnya balik kerja, sebab dr rahim pun kata dia boleh je anytime.

Beberapa hari sebelum tu lagi, si abang dah berangan nak beli gameboy. Dah tanya dengan jiran yg juga classmate nya; Aiman harga gameboy nya. Aiman bagitau kat dia dalam rm140. Beriya dia nak beli jugak baru lah nak bersunat. Sebelum exam ituhari babah nya janji kalau dapat antara no 1 hingga 3 dia nak belikan PS. Oleh kerana usaha pun tak serupa macam orang nak dapat no 1, memang le confirm tak dapat memandangkan markah pun takat antara 75 ke 85 je. Jangan harap le nak dapat top 3. So, secara tak lansung ni la peluang dia nak membodek beli game. Check2 tengok gameboy tu mana dapat rege seratus lebih, paling murah pun empat ratus lebih. Kautim punya kautim dengan si abang, malam hari yg dia tak jadi bersunat tu siap pergi Giant...dapat la satu game ni yg agak2 cokia jugak tu pun dah terbang rm230. Nak kata saya ni kedekut sangat dengan anak2 tak juga...tapi memang saya dan Mr. Huby jarang sangat nak membazirkan duit dengan benda2 yg rasanya sangat tak berfaedah ni...tapi nak buat macamana anak punya pasal...sediakan jugak lah mana yg terdaya...

Besok paginya dah book dengan dr rahim sekali lagi; pergilah kami berdua suami isteri membawa si abang ke klinik utk dikhatankan. Memula saya rasa ngeri jugak...duduk kat belakang sikit...babahnya je yg dok kat sebelah dia. Bila tengok si abang dah meleleh ayaq mata..saya pun datang lah berdiri jugak kat sebelah dia tolong bagi semangat. Sempat jugak tengok cemana dr buat walaupun ada gak rasa ngeri tu...

Hari pertama selepas bersunat, balik je terus suruh dia mandi sebab dr pesan suruh mandi 4 kali sehari sebab guna method 'smart clamp'. Petang nye masa dah nak marghrib suruh dia mandi lagi, bila buang air kecik melalak2...PEDIH!!!!!PEDIH!!!! sudahnya tak jadi mandi. Besok pagi pulak takut lagi nak mandi, sebab lepas buang air kecik melalak lagi macam semalam. Petang tu lepas babahnya balik keje baru lah dia mandi tp takut nak buang air. Tahan tu sampai pagi esoknya saya paksa jugak dia buang air sebab dah seharian dan semalaman menahan. Tengok2 tak de pape pun..elok je air keluar dah tak sakit punnn....heiii!!!Sengal la budak nihhhh!!!!

Lepas2 tu baru la nampak muka ceria sikit....makan.. apalagi..asik keje mengunyah je...kalo tak takut pun nak makan minum....

Cemana pun pengalaman menjaga anak berkhatan ni rasanya sangat bererti..ye lah.. tu je lah satu2 nye anak lelaki yang saya ada...lepas ni tak dapat dah pengalaman macam ni....Harapan saya semoga besar nanti Arif akan jadi anak yang taat kepada Allah, berilmu dan dapat manafaatkan ilmunya serta ingat keluarga selalu.....

CAYALAHHH....AYIPPP!!!!!!



Kanak2 yang akan dikhatankan ibu2 kepada kanak2 yg terlibat Bergambar dgn ibu bapa My family and I..oppsss where's my baby??? Tak cukup korum la pulak...


Abg n kakak
Muka ceria selepas beberapa hari bersunat

abg n kakak n mak yang

"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”

Saturday, November 1, 2008

Nasi Dagang

3 Zulkaedah 1429H

Hari ini saya nak bercerita tentang resepi nasi dagang. Masa bulan puasa yg lepas lagi dah teringin nak makan. Ada sekali tu pergi PARAM tak ada orang jual la pulak. Bila belek2 kat myresipi.com jumpa pulak. Tu yang beriya2 nak try buat tu....

Bila tengok kat myresipi.com ada banyak version sebenarnya resepi dan cara memasaknya. Jadi saya cuba memasak mngikut apa bahan yg available di dapur saya...

Bahan2 Untuk Nasi

2 pot kecil beras dagang yang bewarna perang
2 pot kecil beras wangi
1 1/2 kotak kecil santan
3 ulas bawang putih dimayang
1 ulas bawang besar dimayang
1 inci halia dipotong seperti bilah mancis
1 sudu teh halba
garam

Cara

Basuh beras bersih2 dan rendam semalaman. Sediakan periuk kukus yg dilapik dgn kain napkin bersih agar beras tidak jatuh kedalam lubang2 pada periuk. Tunggu sehingga air kukus mendidih dan masukkan beras yang telah ditoskan. Kukus sehingga beras agak-agak 3/4 masak. Keluarkan beras dan masukkan ke dalam besen besar dan tambah 1/2 kotak santan, air hingga hampir menutupi paras beras serta garam (saya guna lebih kurang 1 1/2 sudu teh garam). Biar seketika hingga beras jadi kembang. Gaul beras dengan bawang, halia, dan halba. Toskan semula dan arun dengan santan pekat setelah itu kukus lagi sekali hingga beras masak elok.

Bahan2 Untuk Gulai Ikan Tongkol

1 ekor ikan tongkol besar di kerat2 dan direbus bersama 3 keping asam
2 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih, 2 cm halia } di'blend'
4 sudu besar biji ketumbar dikisar halus
3 sudu besar rempah kari
1 kotak santan
2-3 cawan air

Cara2

Masak santan bersama air hingga naik minyak. Masukkan bahan yang telah di blend serta serbuk kari. Tunggu hingga mendidih masukkan ikan yang telah direbus. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Reneh seketika.

Bahan acar

2 batang timun
1 batang lobak merah
1/2 biji bawang besar
1 biji lada besar
cuka, garam, gula

Cara2
Timun dan lobak dihiris panjang2. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas. Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika.







"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”
 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates