Thursday, October 16, 2008

Open House for Housewives

Masuk hari ini dah separuh Syawal berlalu, di sana sini ramai yang mengambil peluang mengadakan rumah terbuka. Di bandar memang begitu lazimnya, jika nak berkunjung untuk beraya kenalah bagitau tuan rumah terlebih dahulu, kalau tidak mungkin terpaksa pulang begitu sahaja kerana tiada orang di rumah. Di bandar juga biasanya kita tunggu jiran atau rakan jemput ke rumah dahulu barulah boleh datang beraya. Lain pula halnya jika dikampung, kalau nak beraya tak kisah bila2 pun tak apa.

Alhamdulillah, awal2 lagi saya telah plan untuk puasa qada serta puasa 6 sekaligus. Siap sahaja puasa, plan nak ajak geng2 di apartment ni yang housewives datang makan2 di rumah. Fikir2 waktu yang sesuai ialah ajak diorang datang makan breakfast. Tapi tak le subuh 'sepiie' sangat...dalam lebih kurang antara 9 pagi sampai tengahari sebelum masing2 sebuk pula nak ambik atau tunggu anak balik tadika dan juga nak prepare lunch untuk yang ada anak2 yang sekolah rendah.

Jadi menu pilihan untuk breakfast Syawal hari ke 15 ini adalah ketupat mini dan kuah lodeh serta sambal tumis; lemang dan rendang ayam; cupcakes yang saya beri nama chocolate oreo temptation juga kek buah kukus serta nugget yg sesuai utk kanak2.

Rendang ayam ini saya masak stail masakan Encik semasa di kampung dulu2. Resepinya:

Bahan2

Seekor ayam di potong kecil (saya buang sebahagian besar kulitnya)
*5 ulas bawang merah besar - dimayang
*3 ulas bawang putih - dimayang
*2 inci halia - di potong halus memanjang
*2 helai daun kunyit - dihiris halus
*2 tangkai serai - diketuk
*2 sudu besar kerisik
*2 - 3 sudu besar cili boh (mengikut kesesuaian kepedasan yg diingini)
*2 - 3 sudu teh garam atau secukup rasa
*1/2 sudu besar paste asam jawa
1 1/2 biji kelapa - diambil santan pekat dahulu kemudian hampas kelapa diperah lagi dapatkan santan cair yang kuantitinya dapat menutupi ayam yang diletakkan didalam kuali

Cara

Basuh ayam dan toskan sebentar. Masukkan ke dalam kuali. Timbunkan ke atas ayam bahan-bahan bertanda *. Masukkan santan cair hingga parasnya menutupi ayam. Masak dengan api sederhana. Kacau hingga semua bahan bercampur gaul dengan ayam. Kacau lagi sekali sekala untuk mengelakkan ia lekat di permukaan kuali. Apabila sudah menggelegak atau kuah ayam tinggal separuh daripada semasa mula2 dimasak tadi, tuangkan santan pekat. Kacau lagi sekali sekala dan rasa jika perlu untuk tambah garam lagi. Masak lah sehingga kuah pekat.


Masa mula2 hidang tu lupa pulak nak ambik gambar, ni je lah gambar yang ada masa dah separuh kena makan....

Kuah lodeh mak mertua's stail
ketupat mini
rendang ayam Encik's stail
lemang...beli sajaaa...
My new cc - chocolate temptation oreo

Untuk geng2 Mr. Huby serta wife diorang yang bekerja buat next round of open house pula.....


"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”

Monday, October 6, 2008

Daging masak kicap

Balik dari beraya di kampung ituhari, tengok dalam freezer ada lagi seketul daging yg belum sempat dimasak. Kira ni daging beku abes lah nih...Tapi sebenarnya daging fresh tak elok utk org yg ada penyakit darah tinggi, maybe sebab darahnya masih 'panas' lagi dimakan pula oleh org yg ada darah tinggi memang 'kena' lah...
Dari hari tu dah plan nak buat daging masak kicap. Teringatkan ada sekali tu, Kak Tun cerita yg Yop sampaikan sms dia tanya resepi masak kicap ni. Masa Encik sihat, dialah yg selalu prepare daging masak kicap ni. Sepupu Encik yg kami gelarkan Mak We pun selalu masak stail ni. Jadi saya pun call lah Kak Tun utk tanya resepi dan cara menyediakannya.

Bahan2
1/2 kilo daging direbus hingga lembut
minyak utk menggoreng

Bahan kisar
3 ulas bawang besar
6 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering
2 inci halia
2 sudu besar minyak jagung utk menumis

Bahan ditumbuk
1 sudu besar lada hitam (boleh tambah jika nak lebih 'hot')

3 sudu besar tomato sos
4 sudu besar kicap masin
1/2 sudu besar gula
1 biji bawang besar dipotong bulat

Cara
Toskan daging yang telah direbus. Potong nipis melintang ira. Goreng daging yg telah dipotong, tidak perlu terlalu garing. Part menggoreng ni bahaya sedikit sebab minyak akan meletup2 sebab daging berair, jadi utk mengelakkan ia meletup letakkan gaging diatas kitchen tissue dan lap sebelum menggoreng. Tumbuk kepingan daging yang telah digoreng dalam lesung batu hingga ia menjadi nipis tetapi jgn sampai hancur pula.

Tumis bahan kisar dan lada hitam yang telah ditumbuk hingga naik bau. Masukkan sos tomato, kicap dan gula serta air rebusan daging tadi. Banyak kuah bergantung kepada pilihan sendiri. Masukkan daging yang telah ditumbuk. Renehkan hingga daging dan kuah sebati. Masukkan bawang yang dipotong bulat reneh kan sebentar lagi. Tutup api. Hidangkan.

Nota:
Daging masak kicap ini lebih sedap dimakan keesokkan harinya setelah dipanaskan.


Yang lain daripada lain resepi ni saya rasa ialah cara penyediaan dagingnya yg digoreng dan ditumbuk terlebih dahulu. Resepi2 yg saya jumpa di internet tak ada lagi yg begini. So kira special lah masakan daging masak kicap resepi keluarga saya ni....






"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”

Budak2 datang beraya

Balik ke Puchong dari Kota Tinggi, awal2 pagi lagi dalam 7 setengah dari Kota samapai Puchong pukul 12. Alhamdulillah tak traffic jam. Selalunya saya memang kalau balik dari travel sure mabuk tidur punya. Tengahari tu masak ala kadar je, apa yang ada dalam peti ais. Petangnya tak sempat berkemas, asal menyusukan si baby je, sendiri yang lelap...

Anyway, petang tu sempat jugak arrange sofa biar nampak lain dan lebih selesa. Memang saya ni suka tukar2 tempat perabot yg ada, bukan apa kalau dok tempat yg sama je sepanjang tahun jemu pulak mata memandang....

Tetiba dalam pukul 9 lebih, bell dirumah ni berbunyi tandanya ada tetamu datang...dengar bunyi suara budak2 panggil2 nama si abang....ni mesti datang nak beraya ni...Ajak diorang masuk, adalah 11 orang...cepat2 masukkan kuih yang tak berapa nak ada tu dalam bekas, tambah dengan kerepek yg mak mertua dah bekalkan masa balik pagi tadi...selamat....





"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”

Wednesday, October 1, 2008

Hari Raya Aidilfitri 1429H

Semenjak saya mendirikan rumahtangga dan setiap kali menyambut hari raya di rumah mertua; memang menu utama adalah ketupat yang dimakan bersama kuah lodeh dengan sambal tumis juga ayam masak merah dan daging masak kurma.Jiran sebelah menyebelah pula akan bertukar-tukar juadah dengan menghantar sedulang penuh dengan menu yang lebih kurang sama iaitu ketupat dan masak lodeh ditambah dengan masakan ayam dan daging.

ketupat siap dimasak
kuah lodeh
daging masak kurma kemestian bagi ayah mertua
ayam masak merah

Juadah dari jiran sebelah kiri
Juadah dari jiran sebelah kanan


Tradisi di rumah mertua juga yang tiada dilakukan pabila menjelang hari raya di rumah sebelah keluarga saya ialah aktiviti bersalaman selepas solat sunat aidilfitri secara mengikut aturan susunan dari anak sulung hingga anak terakhir diikuti oleh isteri/suami dan anak2 masing2. Bukan lah bermakna kami tidak bermaafan di hari raya tetapi rasanya lebih secara tidak formal dan secara volunteer.
Disini juga pada hari raya pertama akan selalu ramai tetamu terdiri daripada sanak saudara dan kanak2 yang datang beraya. Disebelah keluarga saya pula, biasanya kami yang akan mengunjungi sanak saudara dan pada keesokkannya baru lah menerima tetamu.
Namun begitu, pagi tadi awal2 lagi setelah siap lebih kurang urusan di rumah, cepat2 kami keluar beraya ke rumah saudara sebelah ibu mertua saya yang menjadi D.O di Kota Tinggi




get ready masuk barisan utk bermaafan

Ayah dan mak mertua tengah ready nak bermaafan

acara bermaafan dimulakan oleh suami kakak ipar yang sulung

Anak2 buah dan anak2 saya dgn kakak ipar
Budak2 kalut tengah kira duit raya yg dapat lepas salam2










"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”

Balik Beraya

28 Ramadhan 1429H, selepas menyiapkan tempahan kek dan biskut yang di order awal juga oderan last minute; dalam pukul 11lebih kami sekeluarga berangkat menuju ke selatan. Sebelum masuk ke highway sempat lagi deliver 3 biji kek yang di order oleh Afzan dari JKL; (gambar kek dan biskut raya di www.kejusedap.acx-comm.com ). Dalam bonet kereta ada sebiji kek lagi yang nak deliver ke Kulai untuk Che Zulkhairi. On the way nak ke Kota Tinggi memang lalu Kulai pun, so sekali jalan lah....
Untuk entry kali ini saya akan selitkan satu email cerita tentang nasihat seorang ibu kepada anak-anak perempuannya. Email ni saya dapat beberapa tahun dahulu dari seorang office mate. Dan setiap tahun bila menjelang hari raya, saya akan fowardkan kepada kawan2 perempuan yang terdekat, selain dapat dijadikan panduan dan peringatan seronok dapat mengusik mereka terutama yang asyik nak balik kerumah ibu sendiri dahulu setiap kali menjelang raya. Ini ceritanya:

UNTUK MEREKA YANG BERGELAR MUSLIMAH :

Sedutan dari XKUSZAGROUPS

Menarik juga artikel nie.. ada 1-2 org member kat off yg praktikkan amalan beraya di umah mentua dahulu (keluarga suami).

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kali nie saya tak bercerita tentang ustaz kecil ku tapi saya nak berkongsi pesanan Allahyarhamah ibu saya.

Setiap kali menjelang ramadhan tergiang-giang suara ibu yang rasanya baru saja saya dengar walaupun telah berlaku berbelas tahun. Diantara tazkirah ibu yang amat saya ingat ialah ketika bulan puasa selepas bersahor sementara menunggu waktu solat subuh ibu akan memanggil kami semua (3 orang anak perempuannya - ibu mempunyai 4 orang anak perempuan seorang dah berumahtangga dan dua orang anak lelaki) dan akan bercerita tentang kebesaran Allah dan hukum hakam dalam islam dengan menggunakan bahasa yang amat mudah difahami walaupun ketika itu saya masih lagi bersekolah menengah rendah dan ayah pula meninggal dunia ketika usia saya tiga bulan.

Ibu : Apa yang nak ibu cakap nie....dengar baik-baik lebih-lebih lagi pada Ateh (anak no. 3) dan Acik (anak no.5). Ateh akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi. Apabila hampir penghujung puasa dah tentu kamu suami isteri akan berbantah-bantahan untuk pulang ke kampung siapa pada hari raya pertama. Betul tak??????
Ateh & Acik : Betul....mestilah ghumah ibu dulu.........
Ibu : Dengar dulu....contohnya jika rumah kamu di Tanjong Malim, rumah ibu di Cheras dan rumah mentua kamu di Johor, rumah siapakah yang akan kamu tuju dulu?
Ateh & Acik : Ghumah ibulah.....sebab dekat Ibu : Tidak.......ibu tidak izinkan kamu balik ke sini.........baliklah ke rumah mentua kamu dan jika mentua dan suami kamu izinkan barulah balik ke rumah ibu........ibu tak kisah hari raya yang keberapa sekalipun.
Ateh : Mengangguk.......(tanda faham ler tue...... dia nie banyak ikut perwatakan ibu....penyabar, bertolak ansur dan mahir dalam menjahit, sulam menyulam, memasak dan juga pandai mengurut....diantara kami adik-beradik dialah yang paling dalam pengetahuannya dalam islam seperti ibu juga).
Acik : Mana boleh macam tu tak aci lahhhhhh......kena gilir-gilirlah baru adil. (dia nie memang kaki bangkang pun.....outspoken skit kalau dia tak puas ati) Ibu : Ingatlah......jika anak-anak perempuan ibu sayangkan ibu dan inginkan kebahagian ibu di akhirat nanti...taatlah pada suami dan mentua kamu........
Acik : Macam kaum h**** lak. Dah kawin tak boleh gi rumah emakbapak.
Ibu : Bukan macam tu......islam tu indah.......setiap anak-anak perempaun yang taat pada suami di samping mentua mereka, ibubapanya akan mendapat pahala di atas ketaatannya itu..... dan seperkara lagi.....untuk menjaga suami tidak sesusah mananye... hanya dua perkara kalau kamu nak menundukkan suami kamu mengikut islammmm......JAGALAH NAFSUNYA DAN JAGALAH PERUTNYA. InsyaAllah dia tak akan kemana.....kalau dia melilau pun dia akan kembali kepada kamu juga. Pahala kamu ada di dalam rumah kamu tak payah bersusah payah macam kaum lelaki di luar rumah mencari pahala.

Ditakdirkan Allah Ateh bernikah dengan abang ipar yang yatim piatu......jadi setiap tahun beraya bersama ibu manakala Acik pulak masih mempunyai ibubapa mentua . Hampir setiap tahun pada hari raya puasa Acik sekeluarga akan beraya di rumah mentua di Melaka cuma pada hari keempat atau selebihnya di rumah ibu (rumah Acik di Kedah).

Dengan takdir Allah ketika saya berada di tingkatan 6 rendah, dua hari sebelum hari raya puasa Acik sekeluarga tiba di rumah ibu. Ibu terkejut tapi saya rasa.........terkejut campur gembira agaknya ibu pada masa itu. Selepas pulang dari solat terawih ibu duduk berbual dengan abang ipar...

Ibu : Bila kamu nak bawa isteri kamu pulang ke Melaka?
Abang ipar : Kami akan beraya di sini dan raya ke dua nanti baru balik ke Melaka (dia nie memang malu sakan dgn ibu).
Ibu : Adakah ini desakan dari isteri kamu?
Abang ipar : Tidak bu.......saya izinkan keluarga saya beraya di sini.
Ibu : Bagaimana ibubapa kamu adakah mereka setuju?
Abang ipar : Mereka tiada halangan.
(dalam hati saya rasa terkilan..........apalah ibu nie....biarkan jerlah Acik nak beraya di sini) Ibu : Izinkan ibu bercakap dalam talipon dengan emak kamu. (abang ipar bangun dan mendial no. talipon kampungnya dan menyerahkan ganggang talipon pada ibu....lama gak ibu bergayut dengan besannya).
Emak kamu tak ada masalah kamu sekeluarga beraya bersama ibu di sini.
(sambil menitis airmata) Terima kasih kerana membawa anak dan cucu- cucu ibu ke sini.

Apabila habis bulan syawal seperti biasa hanya saya dan ibu saja tinggal di rumah. Sebagai anak yang bongsu dan paling rapat dengan ibu dan masih solo ketika itu, ibu mencurahkan perasaan dan berbangga kerana dapat membimbing anak-anak perempuan nya kearah islam tapi ibu amat kecewa dengan kedua-dua anak-anak lelakinya yang seperti lembu dicucuk hidung menjadi pak turut kepada isteri mereka. Bayangkanlah menantu perempuan ibu yang sulong tidak pernah bermalam di rumah ibu apatah lagi lepas makan nak tolong basuh pinggan ke atau menolong kerja-kerja rumah yang lain....(tak boleh cerita panjang.........dah masuk bab mengumpat lak.......).

Semasa saya di tingkat 6 atas ibu kembali ke rahmatullah membawa seribu kekecewaan di atas sikap anak-anak lelakinya. Alhamdulillah apabila saya mendirikan rumahtangga......masalah pulang beraya tak mendatangkan masalah pada suami kerana semua jenis cuti kami sekeluarga akan habiskan di rumah mentua saya. Saya juga salah seorang menantu yang disenangi.

Saya selalu bertanya pada diri saya sendiri......sempurnakah sudah aku sebagai seorang menantu? Sempurnakah aku sebagai seorang isteri yang solehah?.........berjayakah aku menjadi ibu sepertimana ibu ku dulu???????? Ya Allah.....berilah aku petunjuk dan pimpinlah aku ke jalan yang engkau redhai.....Aminnnnnn

Selamat menjalani ibadah puasa agar ibadah nie dapat menyihatkan iman dan fizikal kita.

Wassalam

Begitulah ceritanya....
Walaupun saya sendiri tidaklah setiap kali hari raya pulang ke rumah ibu mertua dahulu kerana MOU saya dgn Mr. Huby ialah balik mesti selang dan setiap kali cuti raya kami tak pernah balik ke kedua2 kampung di Kota Tinggi juga Ipoh. Tak kuasa nak bersesak2 di highway waktu cuti2 ni...Contohnya jika aidilfitri 2006 di rumah ibu Mr. Huby; aidiladha 2006 pula di rumah ibu saya dan aidilfitri 2007 di rumah ibu saya; aidiladha 2007 pula di rumah ibu Mr. Huby. Dan begitulah seterusnya. Namun jika pada tahun itu saya tidak pulang ke rumah ibu Mr. Huby, seboleh2 nya saya cuba menggembirakan mereka dengan kiriman buah tangan seperti biskut raya melalui kakak ipar yg juga tinggal di Puchong. Atau selalunya kami akan balik juga semasa permulaan atau pertengan bulan Ramadhan.
Di rumah ibu mertua saya, makanan utama yang akan disajikan pada hari raya pertama sudah semestinya ketupat. Kalau di Ipoh atau waktu di kampong dulu, keluarga saya mesti menyediakan lemang. Zaman kecik2 waktu di kampong semasa arwah Opah dan Apak ada, lemang memang dibakar sendiri. BIla sekarang adik beradik saya tinggal di Ipoh dan juga Encik yang terlantar tidak boleh berjalan tinggal di rumah Nyah, lemang beli saja lah...nak buat cemana...zaman dah berubah...
Jadi aktiviti sehari atau dua hari sebelum raya adalah menganyam ketupat. Untuk menolong tidak menjadi masalah bagi saya, kerana saya telah pernah belajar menganyam ketupat sedari waktu bujang lagi, walaupun saya Cuma tahu menganyam satu jenis ketupat sahaja iaitu ketupat bawang. Mr. Huby pun tak kurang juga expert menganyam ketupat...maklumle....orang Johor.....

kelongsong ketupan yang sudah siap

Mr. Huby jadi model tukang buat ketupat


"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”
 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates