Friday, September 19, 2008

19 Ramadhan 1429H

Diam tak diam dah lebih separuh bulan Ramadhan pergi meninggalkan kita. Dalam kesibukan melayan kerenah anak2 berpuasa, persiapan menjelang Syawal, menguruskan rumahtangga dan anak2; sedetik dua ingatan saya melayang teringatkan arwah Etak. Betapa selama ini dia redho dengan takdir yang telah ditetapkan keatas dirinya. Banyak perkara yang berlaku kepadanya sejak dia berkahwin yang amat sukar diterima oleh kami sekeluarga, namun dia tetap tabah menjalani kehidupan tanpa rasa kesal dan ingin berpaling. Perjalanan kehidupannya yang saya kira penuh kepayahan dan pemergiannya dengan tenang menimbulkan rasa kesyukuran yang teramat sangat di jiwa saya dengan apa yang telah saya miliki. Selama ini saya selalu rasa ada kekurangan dan ketidakpuasan hati terhadap apa yang telah saya kecapi, namun dengan memori arwah Etak diingatan akan saya cuba jadikan panduan hidup yang berguna dan belajar menerima kekurangan dalam mendidik jiwa menjadi seorang yang penyabar. Hanya Allah yang mengetahui tentang segala apa yang telah berlaku kepada arwah Etak, semoga ruh Etak sentiasa tenang dan dicucuri rahmatmu ya Allah.....

Dalam pada teringatkan arwah Etak, juadah berbuka harus juga saya sediakan untuk kami sekeluarga. Hari ini saya memilih resepi ala kebaratan...tentu Etak tak pernah menjamah hidangan seperti ini......aahhh...teringatkan Etak lagi....


Resepi ini sebenarnya saya dapat semasa menonton show hosted by Racheal Ray. Ada di NTV9 setiap isnin hingga jumaat pukul 11 pagi. Mulanya saya nak check diinternet resepi sebenar, tp connection bermasalah pula, jadi saya masaklah mengikut apa yg saya ingat....


Meat Loaf

Bahan2

1 pek daging cincang Ramli Burger
1 ulas bawang besar diracik
3 ulas bawang putih diracik
1 biji cili merah diracik
1 genggam parutan keju
6-8 ketul biskut lutut dipotong kiub
sejemput daun sup dihiris halus
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk oregano
sebiiji telur


Cara
Gaul rata semua bahan menggunakan tangan. Bentukkan seperti loaf dan bakar dalam loyang yang dilapik aluminium foil pada suhu 220 degree C selama 40 minit atau sehingga masak. Pabila masak potong melintang seperti memotong sebuku roti.

PASTA SALAD
Bahan2
1/2 paket pasta curl direbus hingga empuk
Tomato ceri

Bhn A
Cili sos maggi bawang putih
2 biji bawang putih diracik halus
1 biji bawang besar dimayang
3 sudu besar mayonis
1/2 sudu teh garam

Bhn B
1 batang carrot dipotong dadu
1/2 biji sengkuang sederhana besar dipotong dadu
6 tangkai asparagus

Cara
Campurkan semua bahan A kedalam mangkuk dan gaul dgn pasta yg telah direbus. Masukkan tomato ceri. Masukkan bahan B yang telah direbus hingga empuk. Gaul rata kesemuanya. Hidangkan bersama meat loaf.


campurkan semua bahan
gaul rata
bentukkan seperti sebuku roti
letakkan dalam loyang yg dilapik aluminium foil dan bakar
potong slices seperti roti

pasta salad with meat loaf



"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”

17 Ramadhan 1429H

Mula2 tak teringat hari ini public holiday sempena Nuzul Quran. Selangor cuti tapi KL tidak, tu yang tak teringat tambahan pula semenjak duamenjak dah tak bekerja ni, hari cuti pun dah tak berapa ambil tahu. Kebetulan pula hari ini harijadi si abang. Balik sekolah je semalam dia dah tanya tak nak buat birthday dia ke? Tak plan lah nak buat apa2 sebab hari tu dah discuss dgn Mr. Huby memula saya ada juga terfikir nak ajak jiran2 terdekat datang berbuka dirumah sambil potong kek. Tapi Mr. Huby tak setuju sebb masa pendek sangat sebab nanti kelam kabut nak solat Isyak dan terawih pula. Katanya celebrate je masa raya sekali open hse raya.
Si abang pula dah mention nak ajak juga sesapa datang berbuka dan nak suruh saya buat kek sekali...fikir2...ajak aje lah best friends nya Hazim dan Shahrul. Tapi mestilah ajak parents diaorang sekali. Ok lah kalau masak utk 2 family campur family kami 3 family. Boleh lah tu...
Kek nya dah buat malam tu jugak. Muak dah nak buat kek coklat, cakap kat si abang buat kek butter oren je lah, dia pula demand nak gambar ASTRO BOY




Untuk main dish saya masak nasi putih dengan lauknya AYAM KALASAN, GULAI LEMAK NENAS dan SAMBAL TERUNG BAKAR DAN TEMPE. Resepi ayam kalasan dapat dari blog Jeni.

Ayam KalasanSumber :
Variasi Masakan Selatan oleh Norzailina Nordin
Bahan-bahan
500 ml santan dari 1 biji kelapa
1 ekor ayam potong 8
1 sudu makan kicap manis
1 sudu teh kunyit serbuk
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak

Bahan (A) ditumbuk kasar
6 cm lengkuas
5 cm halia
4 cm kunyit
5 ulas bawang putih
5 batang serai
2 biji bawang besar
2 sudu besar biji ketumbar (yg ni saya tambah)

Cara Membuatnya
Perap ayam bersama kicap, serbuk kuinyit dan garam selama 1 jam.
Rebus ayam dengan santan dan bahan (A). Tambah gula dan garam secukup rasa.
Bila ayam setengah masak, angkat ayam dan letak di dalam penapis. Toskan bahan rebusan. Ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ayam hingga keemasan. Letak di dalam pinggan.
Goreng pula bahan rebusan yang ditapis di dalam minyak tadi. Bila sudah garing, angkat, toskan dan taburkan di atas ayam tadi.



GULAI LEMAK NENAS
Bahan2
1 biji nenas sederhana besar - dibelah 6 dan dipotong dalam ketebalan 1cm
1-1 1/2 cwn air
1 1/2 kotak santan KARA

Bahan (A)
1 1/2 sudu besar minyak
1 batang serai - diketuk
1 helai daun kunyit - diikat
1 biji bawang besar - diracik halus
2 biji bawang putih - diracik halus
2 inci halia dipotong nipis
1 biji cili merah - dipotong nipis

Cara
Rebuskan nenas hingga lembut. Sambil itu tumiskan bahan A hingga kekuningan dan masukkan kedalam periuk rebusan nenas tadi. Biar mendidih. Masukkan santan dan masak sehingga renihkan lagi hingga nenas sebati dengan santan.



Resepi ini sebenarnya sangat simple, tapi kombinasi nya amat digemari oleh saya dan Mr. Huby....

SAMBAL TERUNG BAKAR DAN TEMPE
Bahan2
Sebiji terung panjang - dipotong menyerong dan bakar dalam kuali tanpa minyak hingga lembut
Sekeping tempe - digoreng
Segenggam ikan bilis - digoreng

Bahan sambal
3 ulas bawang besar - diracik halus
3 ulas bawang putih - diracik halus
2 inci halia - diracik halus
3 sudu besar cili boh cap Puteri
2 sudu teh gula
2 sudu besar tomato sos
1 sudu besar sos tiram
sedikit air - jika sambal terlalu pekat

Cara
Tumis bawang dan halia hingga kekuningan. Masukkan cili boh dan kacau rata. Masukkan gula, sos tomato, sos tiram dan gula. Masak hingga pekat.

Cara menghidang
Letakkan terung, tempe dan ikan bilis sebelah menyebelah. Taburkan sambal keatas ketiga2nya. Siap dihidang...




ASTRO boy dah kena pancung...




"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”

16 Ramadhan 1429H

Hari ini teragak nak berbuka dengan nasi pula sebab ada ikan siakap besar yang baru beli weekend baru ni belum dimasak lagi. Kalau nak buat bersahur gerenti tak habis punya. Fikir2 cuba masak kukus lah.....





SIAKAP KUKUS


Bahan2 (diperap sebentar dan dikukus hingga ikan separuh masak, dalam 15 ke 20 minit)
Seekor ikan siakap
2 ulas bawang putih - diracik
1 inci halia - diracik
1 inci kunyit hidup - diracik
2 batang serai - diketuk
8 helai daun limau purut

Perahan limau nipis (2 biji)



Bahan2 ditabur diatas ikan yg separa masak dan kukus lagi selama 10 minit
1/2 batang carrot - diparut
1 biji sengkuang saiz kecil - diparut
6 batang asparagus

Bahan sos

1 sudu besar minyak jagung untuk menumis
2 ulas bawang putih
1 sudu serbuk lada hitam
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu besar gula


2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung dicampur 1/2 cwn air


Cara
Tumis semua bahan kecuali sos tiram dan tepung jagung. Apabila bahan tumisan sudah kekuningan masukkan sos tiram dan tepung jagung dan renihkan hingga sos menjadi pekat. Tuang ke atas ikan yg siap dikukus.














"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”

15 Ramadhan 1429H

Setiap hari terpaksa berfikir apa nak masak utk berbuka. Bagi saya, saya lebih suka bersederhana, cukup setakat 1 jenis masakan yang agak berat dan satu juga jenis kuih. Rasanya memasak sendiri sangat menjimatkan sebabnya bila pergi ke PARAM rasa macam semua benda nak dibeli, maklumlah tengah lapar. Nasib baik lah Mr. Huby dan anak2 tak berapa cerewet. Makan saja apa yang saya sediakan. Jadi hari ini saya memilih untuk memasak mee bandung muar. Dapat resepi daripada http://www.fishing.net.my/forum/topic.asp?ARCHIVE=true&TOPIC_ID=8648

Namun oleh kerana ada bahan2 yang tak ada, so macam biasalah saya membega resepi mengikut citarasa dan bahan2 yang available.

Resepi asal
Mee Bandung Muar (resepi asli Muar)
Bahan-bahan:
1 kg mee kuning [saya guna kuew tiow]
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan) [saya guna 5 biji sbb bebudak tak makan pedas]
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis) [saya guna mince meat buat bulat2 dan rebus]
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ - 1 cawan gula pasir [saya guna 2 sudu besar shj]
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)

NOTE: Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.

Cara memasak:
1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
4. Masukkan sos tiram
5. Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada).
6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat

Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
5. Hidangkan.

kuew tiow bandung


Untuk hidangan kuih pula, teringat pula nak makan kuih sagu

KUIH SAGU
Bahan2
1 cwn sagu
2 - 2.5 cwn air
3/4 cwn gula
kelapa parut digaul dgn garam

Cara
Masak gula dengan air hingga gula larut.
Titikkan pewarna.
Masukkan sagu dan kacau hingga mendidih & sagu pun nampak jernih.
Tuang kan dalam bekas dan sejukkan.
Bila benar2 sejuk, potong dan terus gaulkan dengan kelapa parut.
Siap untuk dihidang.


kuih sagu

Untuk resepi diatas boleh muat loyang bulat sebesar lebih kurang 8" diameter. Yang dimakan hanya gambar dalam piring tu, selebihnya hantar surau sebab anak2 tak berapa gemar. Mamanya je yang beriya2 nak makan....

"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”

12 Ramadhan 1429H

Selepas sehari pemergian Etak, kesemua kami adik beradik perempuan masih berkumpul dirumah Nyah, kakak saya yg no. 2; kecuali abang sulung saya yang sudah pun pulang ke Kelantan. Walaupun sangat sedih dengan pemergian Etak, namun saya rasa bersyukur juga kerana dia pergi menemui Allah di bulan yang penuh barakah ini di bulan Ramadhan. Dan Etak juga pergi bersama segala derita yang ditanggung sendiri sejak sekian lama lebih kurang 5 tahun dengan keperluan nya menjalani rawatan dialysis 3 kali seminggu. Semoga ruh nya aman bersama golongan orang2 yg beriman.
Bila berkumpul adik-beradik, teringat kenangan semasa Encik masih sihat dulu2 di kampung. Bercerita tentang masakan yang biasa disediakan oleh Encik dan arwah Opah, membuatkan kami (terutamanya saya sendiri) teringin untuk merasai dan memasak makanan2 yang biasa kami santapi bersama dahulu. Memang menjadi masalah bagi saya untuk menyediakan kuih2 melayu seperti limas, jongkong dan seri muka yang biasa arwah Opah sediakan. Almaklumlah, semasa itu saya masih lagi dibangku sekolah rendah, bila naik sekolah menengah saya jarang ada dirumah kerana sedari tingkatan satu lagi sudah duduk di asrama. Semasa di sekolah rendah, kehadiran saya di dapur diaanggap sesuatu yang merimaskan bagi Opah. Masa tu pun tak berapa nak minat bab masak2 ni, tak pernah pulak terlintas nak menyalin resepinya. Baru Memang tiada sukatan yang tepat semuanya main agak2 saja. Antara kakak2 saya rasanya Eteh lah yang paling terror bab agak2 ni, bila Tanya sukatan mesti dia cakap...alah..celup je jari dalam bancuhan tepung tu tengok ada lekat sikit2 ok la tu....iissyyy...payah tul la...tu yang sampai hari ini saya masih belum Berjaya nak posting cerita pasal ‘limas opah’ dalam blog ni sebab masih tengah dok buat trial lagi adunan limas nye....
Hari ini mintak Eteh masakkan nasi yang saya panggil nasi kelabu. Nama sebenarnya nasi lemuni. Nasi dimasak dengan menggunakan sejenis tumbuhan herba diberi nama daun lemuni. Dulu masa di kampong ada seorang mak saudara yang rajin memasak dan membekalkan kami dengan nasi ini.

Info yang saya dapat dari satu website berkenaan daun lemuni ini adalah seperti berikut:

Nama Tempatan: Lemuni
Nama Saintifik: Vitex Trifolia var Negundo
Nama Lain: Dangla, lagundi,lipuk, tigau,three leaves chaste tree,Indian Privet, Indian wild-pepper
Famili: Lamiaceae/Verbenaceae
Lokasi dijumpai:
Asal:

keterangan:
Lemuni ialah tumbuhan dari jenis renek yang boleh mencapai ketinggian 1 hingga 4 meter.Satu tanggai daun memegang 3 daunnya,dengannya daunnya berkilat dibahagian atas.Menurut kajian, daunnya juga mempunyai minyak pati dan resin.
kegunaan:
Akarnya boleh direbus dan diminum bagi perempuan lepas bersalin.Ia juga boleh digunakan untuk merawat luka terbakar dengan cara memanaskan daunnya didalam periuk yang panas tanpa dicampur air. daun yang panas ini kemudiannya ditekapkan pada luka tadi.Lakukannya dua hingga 3 kali sehari.Daunnya juga boleh digunakan untuk merawat penyakit beri beri, rheumatik dan cirit birit dan juga boleh digunakan sebagai antiseptik.Dimalaysia daunnya yang telah ditumbuk bersama bawang butih, lada hitam, kunyit dan nasi, kemudian digentel kecil-kecil digunakan selalunya untuk merawat sakit kepala, mata berair dan juga untuk menggalakkan pertumbuhan janggut.Ia juga digunakan untuk merawat kanser payudara.selain itu daunnya boleh juga dijadikan bantal untuk mengubat sakit kepala selain daunnya juga dijadikan ulam dan bahan campuran ketika memasak nasi.Daunnya juga dapat membunuh jentik-jentik dan boleh digunakan sebagai ubat nyamuk (nyamuk aedes).untuk keterangan lanjut sila ke: http://www.herbmed.org/Herbs/Herb135.htm#Category25Herb135


RESEPI NASI LEMUNI
Bahan2
2 pot beras dibasuh bersih
Segenggam daun lemuni dibuang tangkai dan diblender - campurkan air yg secukupnya untuk menanak 2 pot beras
2 sudu besar santan pekat
1 ulas bawang besar diracik
3 ulas bawang putih diracik

Cara
Campurkan semua bahan diatas dan tanaklah nasi seperti biasa.


Lauknya padan dgn gulai kari ikan atau sambal tumis.


Rupa daun lemuni
daun lemuni
daun lemuni yang telah diblender

semua bahan dicampur untuk ditanak
nasi yang siap dimasak















"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”

Sunday, September 14, 2008

10 Ramadhan: Tragedi Sedih di bulan Ramadhan 1429H

Tengahari 10 Ramadhan, kakak saya no 5; Eteh hantar sms bagitau yang kakak saya no. 4; Etak yang badannya lemah sangat sampai nak berjalan pun tak boleh. Etak dah hampir 5 tahun menjalani rawatan dialisis akibat buah pinggangnya rosak punca daripada sakit kencing manis yang telah dihidapinya dari zaman remajanya lagi.

Keesokkan paginya, kakak saya no 3, Kak Yang pula hantar sms bagitau yang dia di hospital menunggu Etak yang ditahan diwad. Saya tanya apa yang doktor bagitau, Kak Yang jawab yang doktor masih lagi periksa Etak. Saya dah mula rasa tak sedap hati. Petang tu Eteh call, dengan nada sebak; dia kata doktor cakap condition Etak sangat teruk dan harapan hanya 50-50. Tanpa berfikir panjang lagi saya bagitau saya akan balik malam itu juga. Saya terus talifon Mr. Huby yang masih berada di office bagitau keadaan Etak dan cakap nak balik Ipoh lepas berbuka. Mr Huby ok saja...

Dari pukul 5.30 dengan express saya terpaksa juga menyediakan juadah berbuka sebab bahan2 semua dah ready sambil packing baju bebudak, baju saya dan baju Mr. Huby. Kemas rumah mana yang patut. Suruh bebudak semua mandi dan get ready masing2, sebab lepas berbuka dan solat maghrib nak terus nak shoot to Ipoh. Saya berdoa dalam hati janganlah Etak pergi sebelum saya sempat melihatnya buat kali terakhir.

Sampai di tol Simpang Pulai dah pukul 10.30 malam. Talifon Kak Yang katanya dia masih dihospital. Saya mintak dia tunggu sebab saya nak terus ke hospital. Sampai di hospital hampir jam 11 mlm. Eteh juga berada dihospital, temankan saya naik ke wad ICU, cuma 2 orang dibenarkan, Mr. Huby dan bebudak tunggu di GF.
Melihat wajah etak yang sembab dan terpasang beberapa wayar dan tiub kerana dialisis masih lagi dijalankan dan dia juga dibantu dengan oksigen, hati saya amat sayu. Saya usap tangannya. Harapan saya dia dapat rasakan kehadiran saya disitu. Sambil mengusap tangannya saya suruh dia ucapkan 'Laailahailallah....' Saya lihat kaki nya tersentak beberapa kali seakan dia ingin sedar. Selama hampir 1 jam saya mengadap Etak. Nurse bertugas bagitau yang jika ada apa2 kecemasan mereka akan hubungi ahli keluarga kerana tiada sesiapa dibenarkan menunggu disitu.

Kami pulang kerumah Nyah, kakak no 2 di Simpang Pulai hampir jam 12.30 pagi. Malam itu saya tak dapat melelapkan mata, ditambah pula hujan lebat dengan petir. Pukul 2 lebih saya terlelap juga akhirnya. Pukul 3.45 saya dikejutkan bunyi indicator hp yg saya terima miss call. Oohh...rupa2nya Kak Tun, kakak saya no. 6 call bgtau dia dah sampai dari Labis, Johor. Saya bangun dan turun kebawah tengok2 Kak Yang pun dah bangun, bila tanya mana Kak Tun, Kak Yang kata diorang dah pergi rumah Kak Yang di taman berhampiran.

Bila dah terjaga saya tak dapat tidur lagi, dah hampir pukul 4.30 pg saya pun bersahur dan selepas itu kejutkan Mr. Huby dan si abang. Pukul 5 pagi hospital call bagitau yang Etak dah nazak. Kami cepat2 sudahkan sahur dan bertolak ke hospital besar Ipoh. Sampai disana Kak Tun dengan suaminya Abg Harun dan anak perempuannya Liza dah berada disana. Etak diajar mengucap. Lama juga keadaannya begitu, Abg Harun yang tak sampai hati melihat dia terseksa lama, minta pada nurse surah Yassin dan bacakan pada Etak. Tidak lama selepas itu jam 6.34 pagi pada 11 Ramadhan 1429H Etak pulang ke Rahmatullah dengan aman.....Alfatihah.....


"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”

Tuesday, September 9, 2008

9 Ramadhan 1429H

Hari ini hidangan sangat ringkas, nasi lemak ayam lada hitam dan popiah goreng


NASI LEMAK
Bahan2
3 pot beras dibasuh bersih
1/2 biji bawang besar dipotong nipis
2 biji bawang putih dipotong nipis
1 inci halia diracik halus
1 sudu teh halba
1 1/2 kotak santan KARA
Air secukupnya

Cara2
Campurkan semua bahan dan tanak nasi hingga masak.



AYAM LADA HITAM
8 ketul ayam yang dipotong kecil
2 - 3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu teh kunyit serbuk
Minyak untuk menggoreng

Cara
Perapkan bahan diatas selama lebih kurang satu jam dan goreng ayam sehingga masak.



Untuk hidangan kuih pula saya memilih untuk menyediakan popiah goreng

POPIAH GORENG

Bahan2
Kulit popiah secukupnya - saya gunakan yg saiz kecil

Bahan inti
1 sudu besar minyak untuk menumis
1 biji carrot diparut
1 biji kecil sengkuang diparut
segenggam udang kering*
1/2 biji bawang merah*
1 biji bawang putih*
*bahan ditumbuk bersama

Bahan utk melekatkan kulit popiah
1 sudu besar tepung gandum**
2 -3 sudu besar air**
** bahan dicampur hingga likat

Cara
Tumis bahan tumbuk hingga kekuningan. Masukkan carrot dan sengkuang kacau rata hingga layu. Sejukkan. Letakkan 1 sudu besar inti ke atas kulit popiah. Gulung kemas dan lekatkan bahagian yg paling hujung. Buat hingga habis dan goreng popiah hingga kekuningan.







"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”

8 Ramadhan

Di minggu baru ini, barang basah dah kekurangan sebab weekend baru ni tak pergi shopping sebab sebok dengan projek cc. Kalau nak pergi shopping barang dapur biasa pergi dgn Mr. Huby sebab nak ngangkut kanak2 di rumah ni, tak terlarat nak cari barang lagi nak layan kerenah diorang lagi...jadi menu berbuka hari ini gunakan saja lah apa yang ada dan yang boleh didapati dari kedai kat apartment ni.

Tengok dalam petiais, ayam dan ikan ada lagi. Tapi biasanya berbuka tak makan nasi so, tak de la nak masak ikan tu. Tengok2 ada lagi daging burger beberapa keping. Secara spontan, dapat idea; goreng je lah bihun dengan perencahnya daging burger.

BIHUN GORENG BURGER (Hidangan utk 4 org)

1/3 paket bihun direndam
3 keping daging burger dipotong dadu
sedikit minyak jagung
3 ulas bawang putih diracik halus'
2 ulas bawang besar diracik halus
1 biji cili merah dibuang biji dan diracik halus
1 biji cili hijau dibuang biji dan diracik halus
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1/2 - 1 st garam
1/3 biji kubis bulat dipotong2


Cara
Panaskan kuali non-stick. Masukkan daging burger dan goreng hingga agak garing. Tekan-tekan sedikit supaya minyak daripada dalam daging itu keluar. Buangkan minyak dari daging berger itu. MMasukkan sedikit sahaja minyak jagung. Masukkan bawang putih, bawang merah dan cili, goreng bersama daging burger yang telah sedikit garing tadi. Masukkan sos tomato dan sos tiram. Masukkan garam. Masukkan bihun yang telah direndam dan kubis. Kacau rata hingga bihun dan kobis lembut. Jika agak keras masukkan sedikit air panas. Kacau lagi hingga rata, tutup api dan siap dihidang!



Menu kedua pula ialah:

SARDIN ROLL

Bahan2

1 buku roti gardinea saiz besar yang dikukus seketika
1 tin besar sardin buangkan sosnya didalam tin itu
1 sb minyak jagung
1 ulas bawang besar diracik halus
2 ulas bawang putih diracik halus
2 biji cili merah dibuang biji dan diracik halus
separuh biji perahan limau nipis
sedikit daun sup diracik
1/2 st garam

2 biji telur putih

2 sb tepung gandum*
4 -6 sb air*
* campurkan hingga likat

Minyak untuk menggoreng

Cara
Panaskan kuali dan masukkan minyak jagung. Tumiskan bawang besar, bawang merah dan cili. Setelah bawang keperangan masukkan sardin dan dhancurkan didalam kuali sambil mengacau hingga rata dengan bahan tumisan. Masukkan perahan limau nipis dan garam. Kacau rata dan tutup api.

Sediakan periuk kukus. Setelah air dalam periuk kukus mendidih, masukkan roti sebanyank yang boleh muat didalam periuk kukus. Kukus roti jangan sampai benyek, cukup sekadar ia lembut sahaja. Canai roti hingga nipis. Masukkan inti sardin sebanyak lebih kurang 1 sudu besar. Gulungkan kemas-kemas dan gamkan hujungnya dengan tepung gandum yang bercampur air. Buat hingga habis sebuku roti. Celup roti yg telah digulung didalam putih telur dan goreng didalam minyak yang panas hingga kekuningan setelah itu angkat dan toskan minyak.









"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”

7 Ramadhan

Hari ini dah lega sikit, sebab cc yang 160 tu dah siap, tinggal lagi 20 additional order from bos dan secretary di ofis southern region.

Mr. Huby pagi2 dan melayan budak berdua tu bawak pergi swimming. Si abang yang posa tu yang beriya2 sebenarnya nak pergi swimming...alasannya dok rumah pun bukan boleh makan...haiii...suka hati la....jangan pi minum air pool tu sudah...

Alhamdulillah posa si abang hari ni tak bolos, boleh je sebenarnya kalo dia nak puasa...saje..je...buat2 tak larat...

Hari ini terasa rajin sikit nak buat pizza. Fikir2 apa nak buat untuk makanan manisnya. Hmm..dapat idea! Buat aje satu doh donut, pas tu separuh buat donat separuh lagi buat base pizza. Kan senang!

DOH DONUT (dapat 10 ketul donut untuk separuh doh)

Bahan2
340gm tepung roti
160gm tepung kek
80gm gula halus
1 st baking powder
1 st garam
2 st yis - boleh juga gunakan sepaket habis paket yis yg warna kuning tu
1 sb susu tepung
2 biji telur
200ml air sejuk
60gm shortening

Cara
Masukkan semua bahan kecuali shortening dalam mangkuk pemutar dan gunakan dough hook untuk menguli selama 3 minit. Masukkan shortening dan uli selama 10 minit dengan kelajuan maksima. Boleh uji doh dengan cara ambil secubit dan tarik tepung itu. Doh yang sudah terbentuk elok ialah apabila ditarik ia dapat membentuk lapisan yg nipis tanpa koyak. Perap doh selama 1/2 jam atau hingga ia naik sekali ganda. Tumbuk doh yang telah naik untuk mengeluarkan angin daripada doh yg telah kembang itu. Ambil separuh daripada adunan doh dan canai hingga tebalnya menjadi 1/2cm lipat 2 dan canai lagi. Buat yang sama 2 atau 3 kali. Ambil penerap bentuk donut cecahkan ke dlam tepung supaya doh tidak melekat pada penerap donut apabila ditekan kepada doh nanti. Terap pada doh dan bentukkan donut sehingga habis doh digunakan. Letakkan di atas tray yang ditabur tepung atau paper cup yang licin untuk mengelakkan doh melekat apabila hendak mengangkatnya nanti. Biar lagi 1 atau 2 jam supaya doh membesar seperti yang diinginkan dan goreng didalam minyak panas dengan api perlahan. Paipkan coklat masakan yang telah dicairkan mengikut corak yg diinginkan dan taburkan kepingan badam.




PIZZA

Bhn untuk topping

1 tin sos prego perasa apa2
1 sudu besar minyak jagung untuk menumis
3 ulas bawang putih diracik halus
2, 3 renjis lada putih
2, 3 renjis lada hitam
2 genggam mix vege
4 biji tomato buah dipotong dadu
6 batang sosej dipotong bulat
2 genggam keju parut mozarella

Cara

Panaskan periuk dengan minyak. Masukkan bawang putih dan tumis hingga kuning.Masukkan mix vege dan kacau hingga sayur sedikit empuk. Masukkan sos prego. Masukkan sedikit air kedalam tin prego yang telah dikeluarkan isinya dan goncang sedikit untuk membersihkan lebihan sos didalamnya(supaya tak membazir!). Masukkan lebihan sos itu kedalam periuk dan kacau rata. Masukkan lada putih, lada hitam dan garam jika perlu. (Biasanya sos prego telah dimasukkan garam).

Sediakan 2 mangkuk pembakar berukuran dalam 8 inci diameter. Tabur sedikit tepung. Canai sebahagian daripada doh donut yang telah disediakan tadi bentuk bulat agar dapat menutupi seluruh mangkuk pembakar. Tekan2 dengan jari pada doh didalam mangkuk pembakar dan masukkan kedalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 darjah C selama 15 minit. Masukkan beberapa senduk sos pizza dibahagi sama rata kepada 2 mangkuk doh tadi dan ratakan. Taburkan sosej, tomato dan parutan keju mozarella. Bakar lagi selama 15 minit. Siap dihidang!







"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”

6 Ramadhan 1429H

Hari ini saya agak sibuk kerana nak menyiapkan oderan cc sebanyak 185 bijik daripada kengkawan di ofis lama. Diorang nak buat jualan ke kontraktor. Jadi bermula daripada selepas solat subuh dah bertapa di dapur. Si abang pula tak sekolah kerana hari ini hari sabtu, lagi la penat nak melayan kerenah berpuasanya. Mr. Huby pula pagi2 dah keluar kerana ada kerja yang perlu diselesaikan, tapi tghari boleh siap katanya. Lega sikit kalau tak pening jugak nak melayan si abang dari pagi ke petang dah la saya sibuk nak pulun buat cc, malam esok member dari ofis lama nak ambik dan nak bawa balik ke southern branch office di Yong Peng.

Jadi untuk hari ini, bagitau kat Mr Huby juadah berbuka kena beli di PARAM lah sebab mungkin tak sempat nak sediakan.

Tengahari Mr. Huby balik si abang dok lagi merengek2 nak kata lapar dan nak makan. Mungkin hari ini cuaca agak sejuk dan menjadikan perut nya sangat lapar kot. Mr. Huby pulak dengan baik hatinya bagi la si abang kebenaran untuk berbuka, walaupun saya tak berapa setuju sebab sebelum tu dia dok main melompat dgn si kakak yang tak posa, tu boleh pulak. Jadinya untuk hari ini, posa si abang dah bolos...so tolaklah seringgit duit upah dia berpuasa.

Macamana pun agak2 dah pukul 5.30 ptg, masa Mr. Huby dah nak pergi PARAM cakap kat dia beli kuih saja lah, saya boleh goreng kuew teau. Jam 6.30, cc tinggal 2 tray lagi dok dalam oven; sempat lagi prepare kuew teau sotong express.

KUEW TIAU SOTONG EXPRESS (hidangan untuk 4 orang)

Bahan2

Sebungkus kuew tiau
1 - 2 sudu besar minyak untuk menumis
3 biji bawang putih - diracik halus
segenggam sotong kecil
1 sudu makan cili boh
3 - 4 renjis sos ikan
2 sudu makan tomato sos
2 biji telur ayam
segenggam kuchai dipotong sepanjang 1 1/2 inci
sedikit daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan

Cara
Panaskan kuali dan minyak, tumis bawang putih. Setelah agak kuning masukkan sotong kacau seketika dan masukkan cili boh. Masukkan sos ikan, tomato sos dan telur. Kacau rata seketika. Masukkan kuew tiau - pastikan kuew tiau tidak melekat2 antara satu sama lain. Akhir sekali masukkan kuchai. Kacau higga rata dan tutup api. Hidangkan bersama taburan daun bawang dan bawang goreng.






"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”

Thursday, September 4, 2008

4 Ramadhan 1429H

4 Ramadhan 1429H

Hari keempat masih lagi si abg dengan kerenahnya yang mengacah2 nak berbuka puasa sebelum waktu. Beberapa kali hampir2 terbabas air kat mulut. Penat memujuk dia supaya terus menahan diri untuk berpuasa. Berkat kesabaran saya yang dah ke tahap maksima, kadang2 kena jugak tempik macam Mak Som dalam cerita Putera Shazlan di Astro Ceria tu....mana idaknya dah janji nak terus puasa kalau saya buatkan apa yang dia mintak, lepas tu masih lagi sebok2 buka petiais dan cuba nak minum air vitagennya. Saya memang tak penyabar pun orangnya...tapi di bulan yg mulia ni bawak2 juga la bersabar.....

Jom cerita tentang penganan berbuka pula. Semenjak berumahtangga, Mr. Hubby dan saya bila datangnya ramadhan kami jarang berbuka dengan nasi. Selalunya mesti makan sesuatu selain dari nasi. Kecuali kalau balik kampung atau pergi ke PARAM, kadang2 teringin pula nak makan nasi dagang atau nasi kerabu. Hanya bila bersahur baru kami menjamah hidangan nasi.

Jadi kali ini saya cuba bega2 resepi yang pernah dilihat tapi jarang dicuba. Resepi ini sesuai jika ada lebihan lauk semalam seperti daging atau ayam yang masih elok utk dimakan. Maklumla bulan puasa ni semua teringin nak makan...sudahnya berlebihan. Ia juga saya kira baik untuk yang mementingkan kesihatan kerana tiada penggunaan minyak yang berlebihan juga banyak sayuran digunakan. Resepi ini saya beri nama:

Tortilla Roll with Chicken Fingger

Bahan2
Tortilla bread
Sengkuang di parut kasar
Carrot di parut kasar
beberapa biji tomato ceri
mayonis, cili sos, krim mustard dan apa2 sos yang diingini

Bahan Utk Chicken Fingger (Hidangan utk 4 orang)

3 ketul ayam dibuang tulang dan diblender(utk ayam lebihan gulai semalam lebih elok dibasuh supaya rasanya tidak bercampur dengan adunan bahan yang hendak digunakan utk resepi ini; jika menggunakan ayam yg belum dimasak rebus ayam terlebih dahulu)
1 biji tomato ranum sederhana besar
1 biji telur

Kesemua bahan diatas diblender sebentar

2 sudu besar minyak jagung atau Extra Virgin Olive Oil (EVOO)
sejemput daun parsley atau daun sup yang telah dicincang
1 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh garam (boleh tambah jika kurang masin)

6 keping biskut tawar (Hwa Tai)
oat secukupnya
sedikit minyak untuk menglengser acuan

Campur bahan diatas dengan campuran ayam yang telah diblender dan digaul dengan tangan. Bila sebati masukkan biskut satu persatu sambil dihancurkan menggunakan tangan agar tidak terlalu halus. Gaul hingga adunan boleh dibuat bentuk, ambik agak2 segenggam dan golekkan hingga membentuk seperti sosej.





Golekkan kedalam oat hingga oat menyaluti chicken fingger tersebut. Letakkan dalam acuan yg dilengser dan bakar didalam oven bersuhu 180 degree C selama 20 ke 30 minit.






Apabila chicken fingger masak elok, letakkan keatas roti tortilla yang dipotong separuh bulat dan di sapu dengan mayonis dan cili sos atau sos pilihan masing2.



Susun chicken fingger secara selari dengan diameter tortilla separuh bulatan tersebut dan letakkan juga sengkuang dan carrot yang diparut juga tomato ceri.



Boleh juga taburkan parutan cheese jika suka. Gulungkan menjadi bentuk kon.





Siap untuk dimakan!





"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”

Tuesday, September 2, 2008

3 Ramadhan 1429H

Alhamdulillah, hari ketiga berpuasa dilalui dengan jayanya oleh kami sekeluarga especially si abang. Sama macam 2 hari yang lepas, asyik merengek haus dan mintak nak minum air. Balik sekolah je terus buka sanga (tutp makanan atas meja). Kebetulan ada pulak lebih samosa semalam yang saya ingatkan si kakak nak makan, jadi biarkan kat situ. Sikit lagi dah nyaris nak masuk mulut. Pujuk2....last2 si abang pun mengalah. Hari ni permintaan nya lain pula...nak pergi swimming. Awal2 dah janji, bagi tau kalau pergi swimming letih pun tak boleh minum, sebab dia yang beriya nak pergi jugak. Katanya nak pergi pukul 3...fikir2...kalau pukul 3 naik nanti dah dalam pukul 4...lama lagi nak berbuka tu...boleh tahan ke dia? Ni kena lambat2 kan dia ni, at least sampai dah dekat waktu berbuka. Kebetulan saya memang nak pergi post office untuk beli setem, renew licence dan nak ambil rebat kereta. Jadi bawak budak2 semua2 sekali. Sampai kat post office yang kebetulan terletak dalam banggunan pusat belibelah Puchong Perdana, ada pula jualan baju raya. Since baju raya diorang pun memang tak beli lagi dan ada duit ditangan dapat daripada rebet kereta. So, pergi la jalan2 dulu tengok2 baju raya. Sampai rumah dah dekat pukul 5, terus diorang pergi swimming. Saya pula terpaksala menunggu. Ingatkan si abang jgn tertelan pulak air pool tu.....Naik kat rumah dah dekat pukul 6, terus solat asar dan sediakan makanan untuk berbuka. At the end, untuk hari ketiga; si abang berjaya lagi menghabiskan puasanya....

Hari ini saya memilih untuk masak ala kebaratan. Iaitu spaghetti meatball. Resepi asal saya cedok daripada Racheal Ray. Selalunya masakan Racheal banyak menggunakan cheese. Oleh kerana Mr. Huby seorang yang sangat conscious tentang penggunaan minyak dan lemak dalam penyediaan makanan, jadi saya omit the cheese. Saya juga tidak menggunakan tomato puri kerana Mr. Huby juga tidak suka kuah spagetti yang masam.

Spaghetti Meatball
Bahan-bahannya (Hidangan untuk 4 orang)
Untuk kuah sos
2 sudu besar minyak jagung
1 biji bawang besar, di racik
2 carrots, dipotong dadu
3 ulas bawang putih, dicincang
1 kiub ikan bilis Maggi without MSG
6 biji tomato ranum - diblender
2 - 3 senduk sos tomato
1/2 sudu teh garam
sedikit oregano

Untuk meatball
Segemgam besar daging cincang cukup untuk menghasilkan 12 biji meatball
Daun English parsley, diracik halus (a generous handful)
1 biji telur
1/4-1/3 cawan serbuk roti
1/2 sudu teh garam dan 1 sudu teh lada putih atau secukup rasa

250gm spaghetti di rebus hingga lembut

Cara
Panaskan dan masukkan minyak jagung ke dalam periuk. Bila minyak sudah panas, masukkan bawang merah, bawang putih dan carrot dan dikacau, biar selama 5 ke 10 minit. Masukkan kiub ikan bilis, tomato yang telah diblender dan sos tomato, biarkan mereneh dengan api kecil.

Dalam mangkuk, satukan daging cincang, parsley, telur dan serbuk roti; perasakan dengan garam dan lada putih. Gaul rata menggunakan tangan dan bulat2kan membentuk bola.Jatuhkan bola2 daging ke dalam kuah sup perlahan2 dan jangan dikacau untuk mengelakkan bebola daging terpecah. Setelah dalam 5 minit balikkan bebola daging perlahan dan kacau sedikit2 kuah sos untuk meratakannya. Biarkan mereneh hingga kuah pekat.

Bahagikan spagetti yang telah direbus kedalam 4 pinggan, setelah kuah agak pekat, curahkan keatas spagetti dengan meletakkan 3 biji bebola daging setiap satu pinggan. Boleh juga ditabur parutan cheese jika menginginkan rasa ala Itali. Siap dihidanhg!

kuah pekat didalam periuk

spaghetti siap dihidang


Selain daripada spaghetti meatball ada 2 lagi juadah yang saya sediakan. Juadah ini biasa disediakan oleh Encik (mak saya) semasa saya kecil2 dulu waktu di kampung.

Jemput Kuchai

Bahan2

300gm tepung gandum
segenggam kuchai yang telah dipotong sepanjang 1 inci
segengam taugeh
sejemput udang kering
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
air secukupnya

Minyak dalam 1 1/2 inci tinggi dari dasar kuali untuk menggoreng.

Cara

Campurkan semua bahan kedalam besen kecil. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau. Adunan haruslah sangat pekat dan kental. Setelah adunan bercampur elok, sendukkan menggunakan sudu besar kedalam kuali yang berisi minyak panas. Goreng hingga kekuningan.


Encik juga selalu menyediakan manisan berupa pengat pisang yang saya kira tak sama dengan yang dijual di kedai2 makan atau yang disediakan oleh orang lain.

Pengat Pisang Encik

Bahan2 (Hidangan untuk 2 orang)

4 biji pisang nipah yang kulitnya sudah kuning tetapi isinya tidak berapa lembik
1/4 cwn gula pasir
1/3 cwn air
1/3 cwn santan
sehelai daun pandan

Cara
Potong pisang nipah memanjang untuk mendapatkan 2 kepingan setiap satu. Kemudian potong 3 secara menegak untuk mendapatkan 6 ketulan kecil pisang bagi setiap biji pisang yang digunakan.

Masukkan gula kedalam periuk dan panaskan hingga gula cair menjadi gula hangus (caramel). Gula harus dikacau sentiasa agar tidak hangit. Setelah gula cair masukkan air sedikit2 dengan berhati2 kerana caramel didalam periuk boleh memercik keluar jika air dituang sekali gus. Kacau lagi hingga rata dan masukkan daun pandan yang telah disimpul dan pisang yang telah dipotong2. Biar hingga mendidih. Setelah caramel agak menyusut dari kuantiti asal, masukkan santan. Biar mendidih dan tutup api.

Note:
Kuah pengat yang biasa disediakan oleh Encik selalunya agak kering dan pisang tidak benyek. Itulah keistimewaan pengat pisang Encik ini.

gambar pisang, jika ada yang tak tau pisang nipah

pengat pisang yang siap dihasilkan

Untuk sahur pula saya sediakan masak gulai taucu ikan patin. Gulai taucu juga selalu disediakan oleh Encik. Baru-baru ni tengok rancangan memasak hosted by Chef Wan ada juga ditunjukkan caranya. Tetapi kali ini saya akan sediakan mengikut versi saya sendiri.

Gulai Taucu Ikan Patin

Bahan2
Ikan tenggiri/merah/patin potong
Garam
Kunyit
Minyak untuk menggoreng

Bahan kuah
Sebiji bawang merah sederhana besar - diracik
3 biji bawang putih - diracik
sebiji cili hidup merah - dipotong memanjang dibuang biji
sebiji cili hidup hijau - dipotong memanjang dibuang biji
seinci halia - dipotong nipis
Sebiji timun - dipotong menegak dalam 1 1/2 inci, dibuang bahagian tengah dan potong memanjang
sepeket taucu - dibasuh sedikit supaya tidak terlalu masin
garam jika perlu

Cara
Lumur ikan dengan garam dan kunyit - goreng hingga garing

Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, cili hingga sedikit garing.Masukkan taucu dan kacau hingga rata. Masukkan timun yang siap dipotong. Masukkan air mengikut banyaknya mengikut kehendak masing2. Masukkan ikan yang telah digoreng. Biar mendidih. Perasakan dengan garam jika perlu.




"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”

Monday, September 1, 2008

2 Ramadhan 1429H

Hari ini hari kedua berpuasa, si abang balik dari sekolah nampak steady lagi. Elok je landing depan tv, dia mintak nak minum. Saya pun cuba la memujuk nya dengan mengingatkan nya bagaimana semalam dia berjaya berpuasa, tentang upah yang saya janjikan dan macam2 lagi lah. Si kakak yang tak puasa pun cuba menolong. Dah lah babahnya tak ada dirumah, jadi terpaksala saya bertungkus-lumus cuba mengalihkan perhatian nya daripada ingatkan tentang nak berbuka sebelum waktunya. Siap ajak duduk dalam bilik, pasang air-cond nak suruh dia tidur. Yang herannya dia kata dia tak ngantuk pun...saya yang terlelap beberapa kali....Tapi pantang keluar bilik je mulala dia mintak nak minum air.

Cabaran juga bagi saya yang berpuasa ni.....


Ya Allah kau kuatkan lah semangat anakku untuk berpuasa.....


Dari pukul 2 saya pujuk2 dia hinggalah akhirnya waktu berbuka...alhamdulillah selamat juga akhirnya puasa si abang untuk hari kedua ini.....


Juadah berbuka hari ini, saya plan nak masak bihun goreng tom yam. Resepi saya dapat daripada show chef wan di afc. Sebab masa tengok show tu saya tak menyalin pun resepinya, jadi bahan2nya agak2 saja lah...Tapi rasanya 90% betul la bahan2nya.....

Resepi 1

Bihun Goreng Tom Yam
sumber: Chef Wan

Bahan2

4 keping tauhu - di goreng dan di potong
2 ulas bawang besar - diracik halus
6 ulas bawang kecil - diracik halus
3 sudu besar minyak utk menumis
4 keping daging ayam - dibuang kulit dan tulang
10 ekor udang sederhana besar - dibuang kepala dan ekor
2 sudu besar cili boh
2 kiub tom yam (chef wan gunakan pes tom yam)
2 sudu besar oyster sos
1/2 bungkus bihun - direndam hingga lembut dan ditoskan
garam secukup rasa
secekak kuchai - dipotong sepanjang 1inci
segenggam taugeh
beberapa helai daun limau purut diracik halus
Limau nipis - ambil perahannya
Sedikit bawang goreng - utk hiasan

Cara

Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Masukkan bawang dan tumis hingga naik bau dan sedikit garing. Masukkan daging ayam dan udang kacau hingga agak masak. Masukkan cili boh dan oyster sos dan di gaul rata. Masukkan kiub tom yam, pastikan kiub hancur dan gaul rata lagi. Masukkan bihun dan kacau hingga bahan tumisan tadi digaul rata dengan bihun. Tambah garam secukup rasa. Masukkan kuchai, taugeh, daun limau purut dau tauhu. Kacau sebentar dan tutup api. Masukkan kedalam pinggan besar hidangan kemudian perahkan limau nipis dan taburkan bawang goreng sebagai hiasan.




Resepi 2

Samosa Sweet Potato


Bahan2


Kulit popiah ready made sekucupnya


Bahan untuk melekatkan kulit popiah


1 sudu besar tepung gandum

1/2 sudu besar tepung jagung

sedikit air


Bancuh tepung dengan air yg dimasukkan sedikit2 hingga tepung pekat


Bahan inti


2 sudu besar minyak untuk menumis

2 ulas bawang besar - dimayang halus

4 ulas bawang putih - dimayang halus

sedikit daging cincang

2 sudu besar serbuk kari - bancuh dengan sedikit air dijadikan pes

sebiji keledek sederhana besar - di potong dadu

2 sudu teh garam atau secukup rasa

beberapa helai daun kari


Cara

Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Bila minyak agak panas masukkan bawang dan tumis hingga wangi. Masukkan daging cincang dan kacau hingga agak masak. Masukkan pes kari dan kacau hingga garing dan masukkan sedikit air untuk mengelakkannya menjadi hangit. Masukkan keledek dan gaul rata. Masukkan lagi air hingga agak sama paras dengan keledek. Masukkan garam. Kacau sekali sekala hingga air kering dan keledek empuk.


Setelah inti masak dan agak sejuk, letak inti keatas kulit popiah dan lipat lah sesuka hati. Gamkan bahagian kulit yang hujung supaya inti tidak keluar semasa menggoreng dengan adunan tepung. Gerong hingga kekuningan. Siap!







Untuk sahur pula, lauk yang disedian ialah sambal ikan bilis petai. Walaupun bau nya memang 'kuat' tapi petai banyak khasiatnya. Saya akan ceritakan khasiat petai dalam entry yang akan datang.....





"Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...”

1 Ramadhan 1429H

Sketsa Di malam 1 ramadhan

Arif: Mama, esok kejut arif ye nak sahut tau...
Mama: Ye lah esok mama kejut kul 5.30 jgn tak bangun lak....



Sketsa di pagi 1 Ramadhan



Pukul 9.30a.m

Arif: Mama, arif haus la.....
Mama: Tahan la kata nak puasa...kan dah sahur tadi...
Arif: Nak minum sikit je...
Mama: Kalau minum sikit pun batal jugak puasa....
Arif: Tak tahan ni...nak minum jugak...
Mama: Dah...dah..cuba jugak puasa...mama nak pegi pasar ni...jgn minum...mama tak nampak tp Allah nampak....

Pukul 11a.m

Arif: Mama wat pe ni?
Mama: Nak bersihkan ayam ni....ha...tgk ni...ni hati ayam...ni jantung...
Arif: Nak minum boleh tak?
Mama: Arif...kalau arif dapat puasa betul2 mama bagi duit....1 hari dapat singgit....2 hari dapat 2 inggit...ha...kalau 30 hari dapat 30 inggit...nak tak?
Arif: Bila mama nak bagi duit tu? Esok ke?
Mama: Nanti masa raya....arif bole guna terus duit tu nak beli apa2....

Pukul 12.30p.m

Arif: Babah, nak makan pisang....
Babah: Arif...tahan la dah nak dekat tengahari dah ni....
Arif: Tadi babah kata kul 1 boleh makan....(dgn muka yg monyok macam tak makan seminggu...)
Mama (menyampuk): Mana bole! Pasai apa pulak nak makan kul 1!!!
Babah: Arif...arif kena tahan...arif tau tak kenapa kita kena puasa....sebab Allah nak kita bersyukur sebab kita senang ada makanan...tengok orang susah yang takde duit nak beli makanan tu...sekarang bila kita puasa kita tau macamana yg orang tu rasa kan.....
Mama: Sini..sini..baring kat mama...jom mama bacakan cerita nabi....(mama pun bercerita lah tentang Nabi Isa bagaimana baginda dilahirkan tanpa ayah dan bila sudah menjadi rasul, baginda diancam bunuh oleh suku kaum bani israel dan kemudian baginda diangkat ke langit oleh Allah S.W.T
Mama: Jom mama bacakan pulak apa erti puasa, fadhilat puasa dan perkara2 yg membatalkan puasa.
Arif: Nak mandi lah....
Mama: Ha..mandi..mandi..bagi segar badan...jgn minum air paip tu sudah la...
Arif: Setitik ni pun tak bole?
Mama: Tak bole....

Pukul 2.30p.m

Arif: Mama nak makan pisang....
Mama: Ya Allah ..ingat nak makan lagi ke?
Arif: Tak tahan ni....
Mama: Arif nak duit tak...sehari...satu ringgit...dua hari...dua ringgit...
Arif: Hrmm...dulu masa arif demam tu tak makan apa2, asyik muntah je bole lak tahan ek...
Mama: Hah...tau pun...boleh pun tahan...ni tak demam mesti lagi bole tahan kan....
Arif: Tak tahan ni...nak pisang...
Mama: Arif..lagi 5 jam je....arif dah tahan 8 jam dah...cuba la tahan lagi....tido la...
Arif: Mama nak makan pisang...
Mama: Arif cakap je kat babah nak makan apa, nanti babah beli kat pasar ramadhan....nak ice-cream dalam tapawe tu ...nak tak....

Pukul 4.30


Arif: Mama, nak makan kat Secret Recipe boleh tak....
Mama: Hmmpp...(terkejut...) ...oookkk...owww...tu kena tanya babah......
Arif: Babah, bole tak nak makan kat secret recipe?
Babah(tgh tido..): Ok, babah sanggup....
Mama: Babah cakap apa?
Arif: Babah kata dia sanggup....
Mama: Hua...hua...babah sanggup.....
Babah: I'll do anything for him to make him fasting.....
Mama: Mama baru nak cuba resepi chef wan ptg ni...mihun goreng tom yam...tak pe aa...kalo gitu tak yah masak...aa....


Itu lah dialog kami anak beranak bagaimana payahnya nak melatih anak sulung saya yg darjah satu untuk berpuasa. Sebenarnya panjang lagi rengekannya nak makan dan minum..tp telah diringkaskan seperti diatas...seharian saya dan Mr. hubby memujuk si abang utk tahan diri daripada makan dan minum. Mungkin keadaan hari ini dan 28 tahun yang lepas sangat berbeza, dulu kata ibu dan ayah diturut tanpa banyak soal. Tapi anak2 hari ini, membesar dengan ganjaran. Hai...entahlah...mungkin taraf kehidupan yang lebih baik mencetus perubahan dalam
cabaran membesarkan anak2. Walau apa pun cabaran yang mendatang, hanya satu yang saya harapkan agar anak2 dapat membesar menjadi insan yang kamil pabila mereka dewasa kelak.....







Muka ceria sebab dapat berbuka kat secret recipe


Tension....makanan dah sampai tapi still tak bole makan lagi sbb belum azan...





Gelisah...bila la nak azan nih...antara makanan yang diorder

lagi makanan yg diorder

tengok sikecik ni makan lagi la tension si abang....


Balik dari secret recipe, prepare pulak lauk utk bersahur, teringat haritu tengok Jamie Oliver kat AFC masak green curry chicken...teringin pulak nak try....


Fragrant Green Chicken Curry
Recipe courtesy Jamie Oliver


Green Curry Paste:


6 spring onions, washed and trimmed
4 to 6 medium green chilies, seeded and finely chopped
2 cloves garlic
1 tablespoon fresh ginger root, peeled and finely chopped
1 tablespoon coriander seeds, pounded and crushed
1/2 teaspoon freshly ground black pepper Sea salt and
freshly ground black pepper, to taste
1/2 handful lime leaves, torn
2 lemon grass stalks, trimmed back and finely chopped
2 good handfuls fresh basil on the stalk
3 good handfuls fresh coriander on the stalk
3 tablespoons extra virgin olive oil
4 limes, zested and juiced
4 chicken breasts without bone and skin, each cut into 5 large pieces
16 ounces coconut milk

1 handful chopped pistachio nuts
Put all the green curry paste ingredients in a food processor and whizz to a smooth green paste. Marinate the chicken in a little of the paste for 30 minutes, then add a little oil and the chicken pieces to a hot casserole-type pan or wok. Fry for 4 minutes, then add the remainder of the marinade -- it will sizzle and spit. Stir in the coconut milk, bring to the boil and simmer gently for 8 minutes until the chicken is cooked. Season to taste.

The flavor should have a kick but be reasonably mellow -- very fresh and fragrant.
Sprinkle with the pistachios and some coriander leaves and serve with steamed rice or noodles, and chunky coconut, tomato, cucumber and lime relish.



 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates